BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 26, 2010

New World

Hari ini tanggal 26 Mei, signifikasinya hari ini hari lahir ibuku. Apapun bukan inilah yang ingin aku ceritakan. Hari ini maka tinggal 30 hari lagi untuk aku menamatkan pengajian aku dalam sijil Sarjana Muda (bioteknologi). Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk bernafas sampai tika ini dan harapnya dapat merasa nikmat menamatkan pengajian ini.

Maka, di sini ingin sekali aku merenung apa yang akan ku hadapi selepas habis belajar. Apa yang pasti prioriti hidupku akan diteruskan di tanah air tempat tumpah darahku di Sarawak dan berdasarkan perancangan, aku akan mengisi masa sebelum mendapat pekerjaan tetap dengan menjadi guru pengganti di sekolah lamaku. Mungkinkah aku bersedia untuk bergelar cikgu? oh munkin tidak? Apa pun, cabaran itu akan ku tempuhi jika inilah pilihanku selepas tamat pengajian

Pilihan berikutnya, mungkin aku diterima oleh mana-mana syarikat yang berkaitan? maka adakah aku benar-benar bersedia menyumbangkan apa yang aku pelajari selama ini untuk diriku khususnya dan seluruh masyarakat amnya. Jauh di sudut hatiku terasa bagaikan tidak ingin lagi melangkah ke alam pekerjaan. Mungkin kerana aku belum tamat pengajian, harapnya aku bersedia dengan pilihan kedua ini jika ia berlaku. InsyaAllah.

Pilihan ketiga, mungkinkah tiba-tiba aku ingin melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya? jika ini berlaku aku kena tunggu masa untuk IPTA2 membuka pendaftaran kemasukan maka dalam bulan 10-11 barulah ada peluang di situ. Pilihan ini, memang terdetik dalam hatiku... tapi lihatlah apa yang akan berlaku.

Oh ya, persoalan yang kiranya penting. Adakah aku bersedia untuk menyambung bekerja di Semenanjung lagi selepas ini? Orang tuaku jika dilihat ingin sekali melihat aku terus berada di Sarawak, hmm.... apa pun, jika ditanya pada hati. Aku tak kisah, janji peluang pekerjaan ada di situ dan juga mungkin gaji yang lebih lumayan? hahaha, aku perlukan wang untuk bayar balik kepada MARA kot....

Ok, apapun... harapnya dapat membuat keputusan yang tepat.... amin


-RedBloodCell-

Wednesday, May 5, 2010

Pagi Yang Gelap

Di pagi yang gelap ini, beberapa persoalan bermain di mindaku.

- Apa ibu bapa dia buat sampai anak yang bergelar remaja keluar malam?

- Bagaimana dia pandai memandu di usia itu?

- Kenapa lari?

- Tiada jalan lainkah selain membunuh mereka?

- Perlukah ada 2 versi ceritera yang mengelirukan orang awam?

Persoalan ini timbul kerana, siapa rasa dia rakyat Malaysia, pi la bace paper...
Apapun yang berlaku, marilah sama kita jadikan ini sebagai iktibar.

Al-fatihah kepada dia, aku kasihan pada keluarga arwah.

Dan aku juga kasihan pada keluarga yang mungkin pihak bertentangan akan dibuang kerja, sapa nak bagi makan.....

Dan kasihan pada yang mempolitikkan perkara ini.

Coretan di atas tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati................. (kot)


-RedBloodCell-