BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 28, 2010

Dalam Hati Ada Taman

Nampak menarik jiwang skali topik yang dipostkan kali ini, hmmm.. mula mengenali ayat nie dari filem melayu... yang dinamakan Adnan Sempit... terima kasih kerana memperkenalkan ungkapan ini di dalam kamus hidupku ini sehingga menjadi topic postku setelah sekian lama sikda keja molah keja dijadikan sarang labah-labah.

Dalam Hati, Ada Taman.... ungkapan yang hanya akan digunakan untuk lelaki... dan tidak mungkin kepada perempuan... kerna sebelum ungkapan kata ini.. mestilah diselingkan dengan...

"Muke garang.... tapi... dalam hati ada taman"

Maka, perempuan yang memang dikenali di mana-mana sahaja adalah taman kepada mereka. Maka persoalannya.... adakah diriku tergolong dalam golongan laki2 ini? atau hanya mat bunga semata2... hahaha, ok... aku bukan termasuk dalam 2 golongan yang aku sebutkan itu.

Tapi, ungkapan ini memang menarik untuk menjadikan bahan kutukan pada mereka-mereka yang bergelar lelaki yang konon sejati di mana mereka inilah yang kita katakan tidak ada perasaan langsung kasihnya dipaculkan..... Maka, di dalam kepala warga Makmur 505 dan Michigan 12 sepatutnya terfikir pada seseorang yang aku tidak ingin mempromosikan namanya... tapi dialah antara yang kita katakan dalam hati ada taman... dia tidak lain tidak bukan..... (ok)

Ungkapan ini? bukanlah satu kutukan, sindiran pada pendirian otakku yang bijak pandai ini, tapi pada aku... ia satu errrr..... satu... perasaan kagum bila mana mereka yang mukanya tidak ada perasaan sayang menunjukkan sifat-sifat itu... owh, masa dah mencukupi... maka tamatlah karangan yang bertajuk Dalam Hati Ada Taman

Terima kasih.

Yang benar,
RedBloodCell