BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 7, 2009

Mari Politikkan Perak:)

  1. Keadaan politik di Perak? agak menjengkelkan skarang di mana kerajaan dan pembangkang masing-masing menegakkan hak mereka ke atas negeri tersebut.
  2. Bagi pihak BN, beberapa kelemahan yang dapat saya lihat seperti terburu-buru menerima masuk bekas ADUN Perak yang menghadapi tuduhan rasuah seks? apakah ini? ini dilontarkan oleh Tun Dr. M sendiri yang memang nyata menunjukkan keterdesakan BN. Bagi memburukkan spekulasi ini, kita dapat lihat BN cuba sedaya upaya untuk mengelak berlakunya pilihan raya dilakukan semula di mana pada saya itu adalah penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut.
  3. Pada hemat saya, kenapa pilihan raya adalah saluran terbaik kerana rakyat adalah yang berhak memilih pemimpin JIKA itu yang anda namakan DEMOKRASI... Ingatkah kamu wahai BN kata-kata hikmat anda semasa kebiasaan PRU... "Undilah PARTI dan bukannya populariti calon berkenaan"... oppss, jika ini diambil kira, rasanya anda tahu apa maknanya untuk melakukan PRU di Perak.
  4. Kepada Pihak Pembangkang, mungkin kamu menang kali ini di mata saya tetapi cara pihak anda dalam keinginan untuk memfailkan saman mungkin agak keterlaluan di kala anda ingin menyaman dek pemimpin tertinggi negeri tersebut. Apa pun, saya tidak berani menyalahkan anda 100% kerana saya hanya mendengar media kerajaan.
  5. Apapun, berfikiranlah untuk kebaikan rakyat dan bukan kepentingan politik anda semata-mata. Anda dibayar untuk mewakili rakyat.

1 comments:

Anonymous said...

ak akn respon dlm entri ak nnt...