Alhamdulillah, syukur pada-Nya pada jam 2.40ptg waktu Malaysia, aku telah berjaya menamatkan semester 5 di Monash dengan jayanya. Seperti biasa, penutup kepada setiap semester diakhiri dengan kertas-kertas peperiksaan
Uniknya semester 5 ini, aku kena mengharungi 2 papers dalam sehari yang mana ini adalah cabaran yang agak menarik untuk dilalui. Ya, setelah mengharungi detik-detik kritikal itu, aku rasa bagaikan... "wow" Oh Allah, ko passkan lah paper Genetic3030 ku itu. Rasanya aku telah membuat sepenuh usahaku di waktu itu, mungkin tidak seoptimumnya kerana banyak info2 yang aku terlupa di masa mengulang kaji GEN3030 itu. Ya, seperti biasa, subjek yang kena banyak menghafal akan menjadi masalah bila sesuatu term tidak berjaya dikenal pasti. Ambil satu contoh... Hox gene? hah, pelajar Biotek jer tau, i mean yang amik GEN3030 la kan. Apa pun, harapan untuk lulus itu ada jika aku menilai diri sendiri yang menghadapi paper itu. InsyaAllah.
Paper petangnya pula, huhuhu... aku memulakan pembacaan hanya selepas aku habiskan paper GEN3030 yang susah itu. Ya, aku telah membuat keputusan untuk mengabaikan paper 2 MIC2011, paper mikrobiologi. Mungkin pada pengalaman aku (as a repeator for this subject) mengatakan paper ini tidak akan sesukar mana. Alhamdulillah, paper 2 itu bagaikan pengulangan paper 2 last year. Mungkin last year aku rase paper tu cam xxx jer.... skang nie, rasenyer nak score tu insyaAllah dalam tangan
Keseluruhannya, aku dah dapat bayangkan gred2 yang akan aku dapat untuk subjek2 sem ini. Nak tau prediction aku??? ok, apa yang aku inginkan sudah pasti sumer dapat 4D (4 Distinctions)... tapi realitinya, aku mungkinlah boleh menggenggam 2D jika tiada aral melintang kat paper MIC2011 dan SCI3751. dan untuk paper MBB dan GEN3030, aku sangat bersyukur kalau dapat C tak bermaruah (cite from Jelly n Intan), maksud die C rendah la kot, itu yang paling hebat aku boleh capai untuk 2 subjek itu berdasarkan kemampuanku. tapi apa2 boleh berlaku. Kuasa di tangan Allah swt. Allah tau apa yang terbaik untukku sejajar dengan usahaku
OK, habis exam, aktiviti cuti pertama aku tadi ialah makan free. Thanks kepada bakal adik iparnya Adib atau adik biologinya DJ. Belanje aku makan Sushi King which is d second time i go there.
Pastu, aktiviti kedua cuti diselang dengan latihan firsbee bersama enchik Adib yang mana hari ini teknik membaling baru berjaya diterokai, thanx for d tips yang membuatkan aku terbuka sedikit mata untuk melakukan balingan aper ntah name die. Apapun, aku masih tak mampu nak baling aper ntah name balingan tu... hahaha, aku nie reti nak men jer
Dan sebelum bermulanya coretan cuti ini, aku berjaya melakukan "sepam" bersama Sladar. Aku berjaya mensayurkan 5 AI insane yang terdiri daripada Aqasha, Pisang, Skeleton King, Nevermore dan Tormented Soul. Analisa permainan, aku berjaya membunuh sebanyak 31 kali, mati sekali dan bunuh Roshan sekali. Level game, senang.
Itu sahaja coretan blog mlm nie, malam nie mungkin "berpam2" bersama adib, rashid dan zaki.... mungkin. Akhir kata, kepada mereka yang x abes exam lagi, all d best terutama kepada Cik DJ yang sdg struggle kat depan nie, batch2 aku (Intan, Jeli, Masitah n Husni) ntuk paper last korang... juniorku yang akan bersama2 berjuang DOTA khamis nie (nak senaraikan gak ke? korg x bace blog ak pown).... so, ganbatte berusaha(^^)
-RedBloodCell-