BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 22, 2009

sem baru, azam baru... sem akhir, azam berakhir

alhamdulillah saya akhirnya berjaya menjejaki alam semester terakhir saya pada tanggal 20 Julai 2009. Berbekalkan keputusan yang tidak seberapa itu saya melangkah dengan penuh keyakinan ke alam belajar setelah tiga minggu menrkaratkan kepala.

Semester baru ini saya ada empat subjek sepeti biasa di mana dua subjek wajib dan dua elektif. Menariknya, elektif kali ini saya berada di dalam kelas yang kecil bilangan pelajarnya. Environmental Chemistry atau bahasa melayunya Kimia Persekitaran hanya ada 7 tujuh orang pelajar sahaja dan dengan ini saya berikrar tidak akan tidur dalam kelas sekecil itu. Kelas Pemuliharaan Biodiversiti pula adalah bilangan pelajar sebanyak 14 orang yang juga membuat saya berikrar untuk jadi pelajar yang tidak tidur juga.

Walaupun begitu, 2 subjek wajib itu dipenuhi dengan manusia-manusia bernama pelajar dan dengan ini ada juga masa untuk tidur dalam kelas kot. Apa pun, diharap sem ini saya dapat tempuhi tanpa ada cacat cela pada result... iA...

-RedBloodCell-

0 comments: