BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 26, 2010

Itulah Politik Namanya.... (nurkilan Dr. MaZa)

Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka.
Jika kamu berwang banyak aku kata: kuat kamu berusaha
Jika kamu berkereta lawa, aku kate itu berkat berkerja
Jika kamu berumah mewah, aku kata: untuk tamu yang melimpah

Jika kamu kebencianku semua dinilai celaka
Jika kamu berwang banyak, aku kata duit orang kamu lanyak
Jika kamu berkereta lawa, aku kata kamu mengada-ngada
Jika kamu berumah mewah aku kata itu duit rasuah

Jika kamu pilihanku semuanya akan setuju
Jika kamu bercakap kasar kataku mereka memang perlu diajar
Jika kamu cakap berputar aku kata mereka itu yang celupar
Jika kamu berdusta aku kata bohong mereka lebih berganda
Jika kamu bersumpah aku kata itu tanda mereka bersalah
Jika kamu berdansa itu hanya untuk rakyat bersuka

Jika kamu seteruku semua tindakanmu aku palu
Jika kamu bercakap lunak aku kata kamu memang nak berlagak
Jika kamu bercakap lurus aku kata harapan kamu dah putus
Jika kamu bercakap benar aku kata kamu hanya buat kelakar
Jikka kamu bersumpah aku kata kamu memang telah diupah
Jika kmau berzikir aku kata kamu hanya cuba menyindir

Musuhku semuanya haram
Pilihanku semuanya harum...

Ajaran tuhan jangan hukum ikut perasaan dan sangkaan
Jangan hukum ikut kumpulan dan pasukan
Hukumlah ikut firman dan alasan
Ajaran Syaitan hukumlah ikut perasaan dan kebencian
Lihat dili kawan atau lawan
Bukan kata tuhan atau sabda junjungan

Maka dunia pun bertukar
hukum pun menjadi putar-putar
siapa sahabat maka dia diangkat
siapa tak sepakat, maka dia musibat...

Pilihanku semuanya ditabal mulia
Pilihanmu semuanya ditabal celaka
Tanya mereka mengapa begitu jadinya?
Jawabku. itula politik namanya


Renung-renungkanlah sahabat..

Sunday, April 18, 2010

Sayakah? Akukah? (plz bg opinion korg)

SAYA dan AKU....

Di kala aku masih di sekolah rendah, "saya" dan "aku" diperkenalkan kepada ku sebagai kata ganti diri pertama. Maksudnya di sini, kata ganti diri pertama digunakan untuk merujuk diri sendiri dalam ayat.

Mari kita lupakan dari sudut tatabahasa, apa yang bermain-main difikiranku adalah bilakah sepatutnya diri ini menggunakan aku dan saya. Entah kenapa pada hari ini aku mula terkeliru dalam diri dan nak tak nak mengubah cara berbahasa pada saat itu gak.

Kebiasaanya, aku akan menggunakan aku untuk semua rakan-rakanku, formaliti ketika berurusan dengan hal-hal pejabat atau pada yang betul-betul digelar orang tua. Kerungsingan ini timbul apabila terdapat rakan-rakan kita yang terbiasa menggunakan saya dalam percakapan seharian.

Contoh 1:
Saudara andoc. Mungkin budak nie x pernah menggunakan saya kat aku akan tetapi diberitakan budak ini asalnya menggunakan istilah saya pada mulanya. Ya, pernah gak dia tersasul menggunakan saya, dan aku hanya tergelak dalam hati. Apa pun, tiada kejanggalan di situ untuk terus menggunakan aku kerana pada situasi aku dan dia, aku dirasakan lebih mesra dan andoc pun guna aku gak kat aku. Benarkan Andoc?

Contoh 2:
Ini berlaku juga pada housemate terkiniku. Namanya hmmm... Epul. Sebenarnya harapan aku mereka-mereka yang aku libatkan memberi komen kot tapi apakan daya sapa jer yang layan blog akukan:P. Epul juga rakan ku yang kerap kali menggunakan saya dalam pertuturan seharian. Dan pada situasi aku dan dia, dia membahasakan dirinya sebagai saya, dan aku guna aku. Terus terang aku terasa janggal di sini.... Aku tak ingin menyalahkan Epul kerana ini hanya melibatkan diriku, Persoalan yang timbul adalah, "Sopan kah aku dah dia nir guna ganti nama "saya", patut ke aku gune saya gak?"... well, kadang-kadang, Epul nak membiasakan diri menggunakan aku... dan result die aku trasa janggal... hahaha, nice try Epul... Apa pun, aku nak soh Epul bace nie dan sila tolong bagi komen bagi at least aku tau apa yang sesuai kan.

Contoh 3:
Yang nie blaku kat cikgu Anis (arisa). Heh, sebenarnya problem ini biasanya melibatkan cik2 dan puan2 yang melunturkan aku untuk menggunakan saya dalam berbahasa. Namun, sebenarnya terasa janggal kot. Lidah rasa kelu nak ckp saya, Problem2. Pendapat anda cik Anis? maksud saya apakah yang sesuai untuk digunakan dalam berbahasa dan sesungguhnya anda mungkin mewakili beberapa wanita di luar sana.

Contoh 4:
Ok, budak nie die xkan bace blog aku. Aku kira nie ada dua perempuan... rakan uni ku. Kedua-duanya membahasakan diri mereka "kite"... adik beradik "saya" la kan.... dan Aku sehingga kini menggunakan kata ganti diri "aku" dengan selesa... tapi hakikatnya janggal... maksudnya di sini, (persoalan: sopankah aku? akan bermain-main di minda). Yang nie, sapa2 ada pendapat sila2lah komen.

Contoh 5:
Sekali lagi berlaku pada insan yang bernama wanita. Yang nie aku x bley bla... pada diri sendiri.... dia menggunkan istilah "saya" dan pada awlnya aku gune aku la kan. Namun, trasa macam kasar dan tiba2 terguna la saya blek... dan ini blaku pada orang yang dalam Contoh 3 tadi. Mungkin pada yang budak-budak ini, aku terasa ya, agak kasar kot guna "aku" kat korang nie.

Contoh 6:
X gune langsung pkataan2 itu dan sewaktu dengannya. Ya, ada.... ini berlaku di kala ingin mengenal pasti kata ganti apakah yang sesuai. Kedua-duanya bermain kata-kata sambil ngelat x nak gune kata ganti. Na tunggu sapa guna dulu so that bley jadikan ia sebagai ukuran.

Apa-apapun kerana ini, rapuan aku dah terlebih... dan untuk pengetahuan am, aku sendiri pada mulanya menggunakan istilah saya sebelum fasih berbahasa melayu semenanjung nie. Which mean during my Year 1 secondary school

So, komen?


-RedBloodCell-

Wednesday, April 14, 2010

14 April 2010, a day to remember

ini hanya sekadar hari yang ada signifikasi kepada mereka-mereka yang mengikuti perlawanan futsal antara Boy Band FC vs T10 pada petang itu.

Petang itu merupakan perlawanan keempat bagi kedua-dua pasukan di dalam Liga Futsal Monash 2010 atau lebih dikenali sebagai Sky Blues League. Menariknya dari perlawanan ini, kisah comeback pasukan Boy Band FC yang akhirnya memenangi perlawanan menentang pasukan T10. Berdasarkan prediction plaudit, T10 adalah antara pasukan faveret untuk menjuarai liga ini maka pastinya kemenangan ini telah membakar semangat para pemain.

Pada awal permainan, Boy Band FC telah ketinggalan 3-0 dan ini sesungguhnya telah menjatuhkan moralku sebagai keeper. Lepas itu, kami berjaya mencari sebijik gol tapi malangnya pasukan lawan kembali menjarakkan diri dengan sebijik gol menjadikan keputusan 4-1 pada babak pertama. Memang sangat kecewa. Tapi, berbekalkan semangat dan taktik baru, kami melangkah pada babak kedua dan wow..... inilah pertama kali aku men futsal kene kejar team len. Dengan niat di hati at least seri. Maka kami berjaya mengejar mereka dan kedudukan menjadi 4-4. Dan selepas itu kami berjaya mendahului mereka buat pertama kalinya. Pada saat itu adalah masa-masa kecederaan dan pasukan lawan terus mencuba terus dan malangnya aku terlepas bola mudah... cisss... alhamdulillah, team aku react dengan pantas dan akhirnya kami memenangi perlawanan dengan 6-5.... sangat best:)