BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 18, 2010

Sayakah? Akukah? (plz bg opinion korg)

SAYA dan AKU....

Di kala aku masih di sekolah rendah, "saya" dan "aku" diperkenalkan kepada ku sebagai kata ganti diri pertama. Maksudnya di sini, kata ganti diri pertama digunakan untuk merujuk diri sendiri dalam ayat.

Mari kita lupakan dari sudut tatabahasa, apa yang bermain-main difikiranku adalah bilakah sepatutnya diri ini menggunakan aku dan saya. Entah kenapa pada hari ini aku mula terkeliru dalam diri dan nak tak nak mengubah cara berbahasa pada saat itu gak.

Kebiasaanya, aku akan menggunakan aku untuk semua rakan-rakanku, formaliti ketika berurusan dengan hal-hal pejabat atau pada yang betul-betul digelar orang tua. Kerungsingan ini timbul apabila terdapat rakan-rakan kita yang terbiasa menggunakan saya dalam percakapan seharian.

Contoh 1:
Saudara andoc. Mungkin budak nie x pernah menggunakan saya kat aku akan tetapi diberitakan budak ini asalnya menggunakan istilah saya pada mulanya. Ya, pernah gak dia tersasul menggunakan saya, dan aku hanya tergelak dalam hati. Apa pun, tiada kejanggalan di situ untuk terus menggunakan aku kerana pada situasi aku dan dia, aku dirasakan lebih mesra dan andoc pun guna aku gak kat aku. Benarkan Andoc?

Contoh 2:
Ini berlaku juga pada housemate terkiniku. Namanya hmmm... Epul. Sebenarnya harapan aku mereka-mereka yang aku libatkan memberi komen kot tapi apakan daya sapa jer yang layan blog akukan:P. Epul juga rakan ku yang kerap kali menggunakan saya dalam pertuturan seharian. Dan pada situasi aku dan dia, dia membahasakan dirinya sebagai saya, dan aku guna aku. Terus terang aku terasa janggal di sini.... Aku tak ingin menyalahkan Epul kerana ini hanya melibatkan diriku, Persoalan yang timbul adalah, "Sopan kah aku dah dia nir guna ganti nama "saya", patut ke aku gune saya gak?"... well, kadang-kadang, Epul nak membiasakan diri menggunakan aku... dan result die aku trasa janggal... hahaha, nice try Epul... Apa pun, aku nak soh Epul bace nie dan sila tolong bagi komen bagi at least aku tau apa yang sesuai kan.

Contoh 3:
Yang nie blaku kat cikgu Anis (arisa). Heh, sebenarnya problem ini biasanya melibatkan cik2 dan puan2 yang melunturkan aku untuk menggunakan saya dalam berbahasa. Namun, sebenarnya terasa janggal kot. Lidah rasa kelu nak ckp saya, Problem2. Pendapat anda cik Anis? maksud saya apakah yang sesuai untuk digunakan dalam berbahasa dan sesungguhnya anda mungkin mewakili beberapa wanita di luar sana.

Contoh 4:
Ok, budak nie die xkan bace blog aku. Aku kira nie ada dua perempuan... rakan uni ku. Kedua-duanya membahasakan diri mereka "kite"... adik beradik "saya" la kan.... dan Aku sehingga kini menggunakan kata ganti diri "aku" dengan selesa... tapi hakikatnya janggal... maksudnya di sini, (persoalan: sopankah aku? akan bermain-main di minda). Yang nie, sapa2 ada pendapat sila2lah komen.

Contoh 5:
Sekali lagi berlaku pada insan yang bernama wanita. Yang nie aku x bley bla... pada diri sendiri.... dia menggunkan istilah "saya" dan pada awlnya aku gune aku la kan. Namun, trasa macam kasar dan tiba2 terguna la saya blek... dan ini blaku pada orang yang dalam Contoh 3 tadi. Mungkin pada yang budak-budak ini, aku terasa ya, agak kasar kot guna "aku" kat korang nie.

Contoh 6:
X gune langsung pkataan2 itu dan sewaktu dengannya. Ya, ada.... ini berlaku di kala ingin mengenal pasti kata ganti apakah yang sesuai. Kedua-duanya bermain kata-kata sambil ngelat x nak gune kata ganti. Na tunggu sapa guna dulu so that bley jadikan ia sebagai ukuran.

Apa-apapun kerana ini, rapuan aku dah terlebih... dan untuk pengetahuan am, aku sendiri pada mulanya menggunakan istilah saya sebelum fasih berbahasa melayu semenanjung nie. Which mean during my Year 1 secondary school

So, komen?


-RedBloodCell-

10 comments:

Syasya said...

AbiAbiAbi!
Mula dulu kan aku pun selalu gune 'saya' sehingga rakan2 sekolah ku mula memberi tugas kepadaku menggunakan aku.Jadi sekarang ni aku gune aku la.
Tapi,bile aku bertemu dengan orang baru, aku menggunakan 'saya' sehingga aku sedar yang mereka menggunakan 'aku'.Sementalah itula aku menukar nya.Namun tidak mudah untuk menukarnya.Sekiranye aku bertemu dengan orang baru yang berlainan jantina, aku menggunakan 'saya'.Masalahnye,aku tak tau bile nak tukar guna 'aku' dengan diorang ni.
Apa-apahal pun,pa molah kaw gago pasal 'aku' ngan 'saya' tok?Sik paham ku eh.Tapi aku harap aku pnu penjelasan dapat juak tolong kaw dengan kawan2 lain kelak.
=>

Anonymous said...

1st, mmg dr kecik aku gune "saya" sampailah kat sunway.maybe masa dr kecik mak ayah aku x bagi gune "aku".abg2 aku pun x gune "aku" dlm mbahasakan dirinya. "aku" cume dgunakan diorang masa bcakap ngan kwn2 ataupun masa marah. jadi, "aku" mrupakan idikasi perasaan..
aku bertekad berubah sebab aku rase makin selesa bcakap ngan korang2. bile ak sorang je y gune "sy", mcm x best je...kdg2 bile nak ckp hal serius contohnye politik ke, falsafaf ke, pgunaan "aku" mcm lebih tegas maka lebih seronok. selain tu, aku start gune aku sebab aku nak cabar diri aku boleh x bertukar dr "sy" ke "ak".masa sekolah lu, ak pun jeles ngan kwn2 y gune "aku" sedangkan aku xleh..
lagipun aku bertukar sebab pompuan.kalau aku gune "sy", nampak mcm aku nak ngorat die plak. pompuan tu plak akan gune "sy/awak". so gelilah aku "sy/awk".maka lagi mudah untuk aku gune "aku/ko" sebab boleh ckp ngan sape2 pun dgn selesa tanpa mengira jantina.
dr segi sopan or x..aku rase bile ngan kwn2, lebih sopan dan selesa gune 'aku'. bile ngan famili n org lain, lebih sopan gune "sy". ak x ckp x sopan bile gune "aku" cume lebih sopan gune "saya". mgambil contoh ketegasan y aku cakap td, contohnye bile bcakap ngan mak ayah, pgunaan "aku" tu tegas jd x sopan untuk tujukan kepada mak ayah.bile bcakap ngan cikgu plak, sama jugak, ketegasan akan memberikan mereka untuk berfikir secara serius y semestinya tidak sesuai dlm hubungan pelajar/guru sebabnya org y paling serius dlm bfikir adalah cikgu bukan pelajar.pelajar cume bfikir bdasarkan apa y diajar.

kesimpulannya, ko gune je apa y ko nak..jgn difikir kompleks sgt..lagipun x slh campur2 sebab 22 kata ganti diri pertama kan..

n FYI berhubung dgn sopan or x ni, cikgu aku bkata "kenapa dengan tuhan kita gune aku contohnya dlm doa,jika dengan org, aku dianggap tidak sopan, apatah lagi dengan tuhan.."saya ni berasal daripada sahaya, dulunya digunakan dlm "hamba sahaya" y merupakan satu golongan y terbawah dlm hierarki masyarakat. kalau zaman dulun hamba tu bererti "saya", tapi "hamba sahaya" bererti mmg betul2 kuli. so tidakkah kita terlalu merendah2kan diri jika mggunakan "sy", bukankah "sy" y patutnya kita guna dengan tuhan sebab mmg kita hambanya...fikir2kanlah

Zaujah Umar Hamzah said...

kata andoc, kalau cakap ngan cikgu kene guna saya kan?? sooo... gne saya lah dengan cikgu ok..??

RedBloodCell said...

syahadah:
wokeyh, aku gago psl aku ngan saya sebab aku takut mun guna aku, kaum yang menggunakan saya ya sik selesa. ya jak kot. soklan extra ntuk girl since ko pon pompuan, ko rasa mun laki guna "saya awak" kat pompuan, sik plek ka bunyi? i mean rs cam laki ya mok ngorat???

andoc:
hm, a ah.... point ko tkut org kate ngorat tu pon pernah terlintas dlm pemikiran aku. hahaha, well... nice. dan lawak seyh, famili x bg ko gne aku time kecik2... hahahaha

anis:
hahahha, tapi anda bukan cikgu gie kan? dan kalau anda tetibe nak bukak gie, sebagai perempuan, apakah pendapat anda bila laki2 gune "saya awak" dalam berbahasa? x macam nak ngorat kah?

IFyani said...

aku ada masalah ni sekarang pun. bergantung dengan siapa aku bercakap. tak salah pun laki nak cakap saya awak, it's probably nothing to care about if him speaking that way fits his personality etc, akan jadi pelik bila tahu yang laki tu cakap aku kau dengan orang lain macam biasa.

di mana aku hari ini tak tau nak bahasakan diri dengan orang lebih muda yang panggil aku "kak", sebab aku tak mampu nak meng"akak"kan diri sendiri, dan pelik pulak cakap aku bila diorang panggil kak jugak. heheh

Anonymous said...

setuju gak ngan if...

RedBloodCell said...

hahaha, dah tambah satu kes senario nie gak da kat aku... br jer ade member baru Michigan 12 msk aie nie n die pggl ak abang.... tidak!!! tp yg nie ak rs kne dah kot, bdk br pas spm la katekan... rsnyer ak kne membiasakan diri dah kot... abg abi... hahaha

Syasya said...

abi, Aku rasala, mun aku guna saya/awak ngan laki, aku rasa sopan sikit bah.Ada juak la peringatan untuk diri sendiri supaya aku tauk jaga diri.Aku sik rasa saya/awak ya di guna untuk bergerek.Ya apa yang aku rasa la.Tapi mun aku udah lama kenal ngan orang laki ya, tukar juak kali mun nya tukar guna aku.Lupak ku,dolok, kita gune apa kah masa baruk kenal?

Anonymous said...

erm... bak kata abi...a.k.a an....
dengan ALLAH, kita bahasakan diri AKU... sbb dengan bahasa "AKU" kita rasa lbh dekat dengan NYA... nak tanya kepada sesapa... pernahkah kita berdoa... " ya ALLAH ya Tuhan saya..ampunlah dosa2 saya..kedua ibu bapa saya...." kagum laaaa mun ada...very the sopan... nyway, juz a respon...sikit respon about aku dan saya...kih3...

RedBloodCell said...

syahadah:
kalau macam ya, saya mok guna kedak tok la klaka ngan awak... hahaha.... gelik rasa eh.. ko awl2 gik tros guna ak ko rsnyer kot.... sbb ak akan rs janggal mun org mpuan klaka ak ko...

Anonymous:
yang madah psl Aku ngan ALlah ya membe la ktk.... eh3... rs cam knl jak Anonymous... mak seh kerna singgah... hahaha