BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 23, 2009

Surat untuk Mr Bill Gate... tlg sampaikan pd die ek

Dear Mr Bill Gates,
We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice
1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.
2. We find there is 'Run' in the menu. We request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.
3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at home.
4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ' find' button, but was unable to trace. Please rectify this problem.
5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when will you provide that?
6. I bought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'My Computer'; when will you provide the remaining items?
7. It is surprising that windows says 'My Pictures' but there is not even a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.
8. There is 'Microsoft Office' what about 'Microsoft Home'? since I use the PC at home only.
9. You provided 'My Recent Documents'. When will you provide 'My Past Documents'?
10. You provide 'My Network Places'. For God Sake! Please do not provide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

Regards,
RedBloodCell

Last one to Mr Bill Gates :
Sir, how is it that your name is Gates but you are selling
> WINDOWS?

Tuesday, February 17, 2009

Terbubarnya Negara Makmur?

Ya, comformlah sudah cerita perpindahan warganegara Makmur ke sebuah negara baru yang belum diberi nama mahupun presiden yang baru, tapi kini dijangka YB Perak aka Sham akan jd presidennya dan nama negara akan ditentukan dalam masa terdekat.... Populasi jangkaan adalah seramai 7 orang iaitu Mr. Adib, Husni, Bob, Zaki, Fiq, Sham dan Aku sendiri. Mulanya dijangka seramai 10 orang akan menghuni di situ akan tetapi mengapakah pula 3 orang tersebut menarik diri saat akhir??? apapun, lantak la, kita mau tolong dan memang kami along:P

Saturday, February 7, 2009

Mari Politikkan Perak:)

  1. Keadaan politik di Perak? agak menjengkelkan skarang di mana kerajaan dan pembangkang masing-masing menegakkan hak mereka ke atas negeri tersebut.
  2. Bagi pihak BN, beberapa kelemahan yang dapat saya lihat seperti terburu-buru menerima masuk bekas ADUN Perak yang menghadapi tuduhan rasuah seks? apakah ini? ini dilontarkan oleh Tun Dr. M sendiri yang memang nyata menunjukkan keterdesakan BN. Bagi memburukkan spekulasi ini, kita dapat lihat BN cuba sedaya upaya untuk mengelak berlakunya pilihan raya dilakukan semula di mana pada saya itu adalah penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut.
  3. Pada hemat saya, kenapa pilihan raya adalah saluran terbaik kerana rakyat adalah yang berhak memilih pemimpin JIKA itu yang anda namakan DEMOKRASI... Ingatkah kamu wahai BN kata-kata hikmat anda semasa kebiasaan PRU... "Undilah PARTI dan bukannya populariti calon berkenaan"... oppss, jika ini diambil kira, rasanya anda tahu apa maknanya untuk melakukan PRU di Perak.
  4. Kepada Pihak Pembangkang, mungkin kamu menang kali ini di mata saya tetapi cara pihak anda dalam keinginan untuk memfailkan saman mungkin agak keterlaluan di kala anda ingin menyaman dek pemimpin tertinggi negeri tersebut. Apa pun, saya tidak berani menyalahkan anda 100% kerana saya hanya mendengar media kerajaan.
  5. Apapun, berfikiranlah untuk kebaikan rakyat dan bukan kepentingan politik anda semata-mata. Anda dibayar untuk mewakili rakyat.

Friday, January 30, 2009

2 weeks left n I am boring rite now:P

aduh, kenapakah tiba2 aku berfikiran seperti ini? ya kerana skarang agak kurang aktiviti yang dijalankan maka aku tak tahu apa yang patut aku lakukan selain repot oh repot... apapun, terasa puas di sini apabila ku lihat ikan ternakan kini dah besar walaupun blom bley dimakan.... ok, ini memang satu repekan buat seketika sahaja....

Ya, semalam sekali lagi air naik di rumah nenekku dan kondisinya tidaklah kritikal tetapi agak menggoncang jiwa juga. Apapun diharap hari ini kembali seperti biasa... Oh ya, di kala tahun baru ini, pastinya muncul azam2 baru, opss, dah hari2 terakhir january dah pun, azam aku tahun ini sama seperti tahun lepas, nampaknya cam x tercapai akalku lagi:P... ok cukup sudah, kembali bekerja

Thursday, January 15, 2009

Long time no blogging

Hmmm, jika dilihat lama juga aku tidak mengcoretkan kata-kata tak bermakna di sini. Nak kata sibuk tidak juga tetapi kemudahan internet yang kadang-kadang ada dan tidak menyebabkan aku tidak berkesempatan melakukan rutin cuti ku ini. OK, skarang ini aku di pejabat, tengah bosan menaip report mengenai water quality. Ya, di sini aku banyak bermain dengan kualiti air dalam ladang ternakan dan sekarang ini projek IPPS ini melibatkan penternakan udang putih. So, airnya kami kena jaga dan sentiasa dipantau benda-benda seperti pH, DO, TURB dan juga Salinity. Kerjanya agak senang, hanya masukkan machine itu dan pop terkeluarla result. OK, selain itu, nutrient analysis juga kami lakukan di mana nutrient seperti nitrite, nitrate ammonia dan phosphate hendaklah diketahui komposisinya di dalam air udang itu. Chemical Oxygen Demand juga hendaklah dilakukan untuk memastikan bealan oksigen mencukupi. Beralih kepada ternakan ikan keli, kami pada ketika ini hanya bertugas memberi makanan kepada ikan-ikan itu di mana ini telah masuk minggu yang kedua. Sekali seminggu kami akan mengukur berat dan panjang ikan itu di setiap tangki yang terdiri daripada 11 tangki. Oh ya, semestinya kami hanya mengambil 5 ekor sahaja dari setiap tangki, mana mungkin akan mengambil semuakan:P. OK, skarang masa untuk menerangkan kerja-kerja lab pula di mana, kerja-kerja asas di makmal ialah seperti memastikan haiwan akuatik ini bebas dari penyakit. Maka, pencarian penyakit ini dilakukan dengan menggunakan instrument seperti electrophoresis, HPLC, ELISA, LC-MS/MS dan seperti biasa PCR juga ada. Maka, bolehlah aku mempertingkatkan skil aku di sini. hahaha, apa pun, kerja-kerja lab jarang dilakukan pada awal bulan ini memandangkan ramai syarikat sedang mengemas kinikan kewangan mereka. Oh ya, kadang-kadang jika aku berkesempatan, aku boleh mengikuti perlayaran IPPS ke Satubong or mana2 rempat dengan kapak kajian mereka. Tapi mungkin tidak berkesempatan. Ok janna>>>

RedBloodCell

Tuesday, January 6, 2009

SHIT

ISRAEL DURJANA!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, January 5, 2009

Day 1

hari pertama ini pada dasarnya tidaklah terlalu produktif. Aku hanya sempat untuk dibawa ke makmal-makmal Institut perikanan ini dan dipersembahkan dengan alatan-alatan mereka dan sedikit bicara tentang apa yang mereka lakukan. Aku diperkenalkan dengan rakan sepraktikalku yang datang dari UNISEL seorang dan UPM 3 orang. OK, aktiviti ku yang pertama, mengukur dan menimbang anak ikan keli yang baru berusia seminggu. owh, rasanya itulah kerja ku yang pertama di sini. Lepas tu, lepak:P