BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 27, 2009

Generasiku

pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
pasti dunia ku yang punya di hari ini
bersama kawan-kawan ku pergi
ketawa riang senang hati
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
oo...

malam ini bertemu di pesta
berdebar membalas senyumannya
manisnya oh jatuh cinta kali pertama
bersama menitiskan impian
cinta, cita-cita dan harapan
di usia ini... tiada yang tak mungkin
oh sayang

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
jangan gentar mengejar mimpi
yakin berani percaya diri
dan mula dengan hello
oo...

jangan takut jatuh ke bumi
bingkas bangun melangkah lagi
ke depan, lari dan terbang menuju bintang
hanya kau saja yang bisa menentu
arah hidupmu yeah...
oo...

pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
oo...

segalanya dalam genggaman (oo...)
hidup ini...
generasiku...

Thursday, March 26, 2009

Sikda Keja, Molah Keja...

my title today is juz about my Main Title... which means "takde keje, bwat keje"....
thats all I want to say... renung2kan dan selamat beramal

-RedBloodCell-

Wednesday, March 25, 2009

Addiction Syndrome Studies (ASS1011)

1. Syndrome DOTA Addiction (SDA)
sindrom ini tidak terlalu acute kat aku... basically ade r cket addiction di situ apabila berada di game environment yang melibatkan kekalahan yang tidak diterima akalku... kalah jer, nak rematch... and this sindrom sbl berlaku kene r ade catalyst... dulu biasenyer catalyst adalah sejenis protein bernama andoc... kini enzyme yang bertindak sebagai catalyst adalah pelbagai, antaranya trmasuklah enzyme adib. Kadang2, allosteric enzyme juga bertindak untuk mengaktivasikan syndrom Addict DOTA ini.... iaitu Naim+Halim.... bila mereka berdua bertandang ke Michigan 12, maka permainan DOTA sukar untuk dibendung lagi. Apapun, permainan ini masih boleh ku bendung dengan tiadanya mana-mana catalayst dia atas. Oh, tidak lupa juga dengan enzyme2 seperti bob dan zaki.

2. Syndrome PES Addiction (SPA).
Syndrome ini baru dikesan kat aku dalam minggu ini. Di kala sebuah regulator yang bernama laptop Fizi tiada ligand yang stuck kat promoter site, maka enzyme Abi akan terus masuk untuk melakukan transcription process in producing mRNA. The problem is agak sukar untuk menggapai termination process. Termination akan berlaku hanya apabila aku berjaya memenangi perlawanan yang aku main.... mungkin.... dan kadang2 akan berlarutan tidak kira apa yang berlaku... maka syndrome ini aku rasa sangat merbahaya lebey lagi dari syndrome DOTA.

3. Syndrome Blogging Addiction (SBA)
Syndrome ini juga dikesan pada diriku. Mulanya, bajet nak berhenti dari kareer penulisan setelah semester baru bermula, tapi... hanya kerana catalysts seperti wandai dan andoc yang suka memberi respond pada topic2 sampahku ini yang mengaktifkan activation energy untuk aku mencoretkan kata-kata nista ini....

4. Syndrome Study Addiction (SSA)
Hahahaha, tipu la aku kalau aku kata aku ade sindrom ini.... dan sindrom inilah yang ku inginkan sangat daripada mendapat 3 sindrom2 di atas. Apapun, akan ku tetap meneruskan sindrom2 di atas jika tiada catalyzer yang boleh mengubah diriku ini;)

Kepada sesiapa para ilmuan yang terbaca pasal sindrom yang dijumpai oleh Prof Abi nie, sila2lah tambah untuk menambah ilmu pengetahuan x betul ku ini.

-RedBloodCell-2250hrs-25032009-

hmmm, is it a good change for me?

agak pelik bagi diriku... tidur lewat... last year "paling2" average mase tido ak adalah pada jam 12... kini aku suke plak tido jam 1 lbey... perubahan minda nampaknya... hopefully aku tambah masa terluang itu utk studi... hahahaha... nerd seyh bunyinyer

Tuesday, March 24, 2009

Renungan #1

Entah di kala ku membuka facebook ku, ku terbuka sebahagian profile kenalanku... dan tiba2 aku terfikir, apabila melihat perubahan padanya.... wow, adakah aku patut berasa beruntung untuk tidak mengenalinya dengan lebey rapat lagi? mungkin.... tapi, jauh di sudut hatiku, aku ingin melihat dia insaf. Mungkin kerana masih ada perasaan sayang padanya.... wow... aku tlalu emosi ke skang nie? apa-apapun... satu persoalan telah timbul di sudut hatiku, sejauh manakah kita patut mengenali sahabatku.. kerna akan ada risiko jika aku mengenali mereka dengan lebey rapat lagi menyebabkan aku smakin kurang selesa dengan mereka2 ini???
-RedBloodCell-

Thursday, March 5, 2009

Perjanjian Makmur-Michigan 2009

Momorendum Perjanjian ini dikemukakan oleh bakal Sultan Sham pada 28 Feb 2009, hari Sabtu ketika sesi pembersihan negara Makmur 505 yang dilakukan bersama oleh bakal bendahari Abi, Laksamana Bob dan hamba baru Hafizi.... opps, hampir terlupa dalam sejarah pula... Syahbandar Adib juga bersama tetapi agak lambat kerana ada urusan dengan Permaisuri kuku titanium di Negara Subaidah Syah... kot....

Apapun, di kala sesi pembersihan Makmur... timbul bicara kata mengenai nama negara baru dan sepeti biasa idea pertama pastinya mengenai perkara2 pelik yang mungkin dijumpai di negara baru itu. Plan B pula telah diutarakan oleh Syahbandar Adib dan Bakal Sultan Sham supaya membawa juga nama Makmur itu ke sana dengan menamakan negara itu Baitul Makmur.... Dan bicara kata itu berlalu begitu sahaja setelah selesai mengemas dan membawa turun aset2 lama Makmur untuk dibawa ke negara baru menggunakan raksasa beroda enam.

Dipendekkan ceritera perjalanan lori dan kapal UNSER yang dinakhoda oleh Syahbandar Adib di co-pilotkan Permaisuri Kuku Titanium, rakyat-rakyat sampai 10 minit lambat dari Sultan Sham yang turut sama menunggang raksasa beroda 6 itu. Sampai sahaja di negara baru itu, sesi pemunggahan barang dilakukan. Tiba-tiba terlihatlah 2 biji plat yang agak pelik di atas rak kasut itu di mana tertulis Michigan SK2456 yang seiras Batu Bersurat Negara Terengganu..... Dengan menggunakan kepakaran pembelajaran Sultan Sham ketika di Tingkatan 2 di SERATAS, dia memplagerized cara Sultan Parameswara memberi nama Melaka sebagai Negara, maka muncul idea untuk menamakan negara baru ini Michigan.... dan oh ya... 12 itu muncul kerana di atas kubu kuat Michigan tertulis no. 12.

Penamaan negara itu secara tidak rasminya dinamakan pada 28 Februari 2009 pada jam 5.00ptg. Setelah 5 hari berlalu, muncullah perjanjian yang telah ditandatangani oleh Temenggung Zaki dan Pacar Fiq di Piramid untuk mendapatkan lesen yang memberi ruang rakyat Makmur berinternet dan berblogan... iaitu pada 3 Mac 2009, Selasa kira-kira jam 11.30malam.....

Namun begitu, terdapat malapetaka apabila bende yang bernama router tidak berjaya diaktifkan untuk membentuk kata laluan rahsia Michigan 12. Dahulunya, benda ini diaktifkan oleh pengkhianat negara berpangkat S, Andoc Muazzam Syah secara tidak sengaja. Setelah 1 hari berlalu, akhirnya termeteralah perlembagaan INternet Michigan 12 dengan kata laluan yang bukan lagi "dfacd180e1" yang sentiasa menjadi siulan warga lama Makmur 505. Kini kata laluan itu adalah... ???????? xkan nak bgtau kot:P... Kesimpulannya negara ini dibentuk pada 4 Mac 2009, hari Rabu pada jam 5 petang setelah try n error oleh Sultan Sham, Bentara Abi (x best la pangkat Bendahari:P)... dan juga Temenggung Zaki...

Bab seterusnya, nantilah ek:D

Wednesday, March 4, 2009

Jatuhnya Empayar Makmur 505, Bangunnya Empayar Michigan 12

Stlh 2 tahun Empayar Makmur 505 yang diasaskan oleh Morshidi yang menjadi pemerintah pertama selama beberapa bulan yang kemudiannya takhtanya diambil oleh Sultan Yazid. Kemudian pada tahun 2008, Bemulalah kegemilangan Empayar Makmur 505 setelah kuasa pemerintahan diambil alih oleh Sultan Abisina a.k.a AKU. Di zaman itu, negara Makmur telah melahirkan 4 tokoh negarawan yang telah berjaya membuka sebuah negara ... di Gippsland dan pemerintah mereka di sana ialah Sultan Nabil. Tetapi, Makmur 505 telah pun mengalami konflik dalaman? di mana berlaku kegawatan ekonomi dan juga konflik diri. Maka berlakulah revolusi baru di mana bencana telah melanda Makmur 505. Mungkin, air menitik adalah perkara biasa tapi akhirnya rakyat Makmur tidak lagi mampu bertahan dan bermulalah penerokaan tanah baru bagi negara Makmur 505 yang mana Laksamana Bob, Temenggung Zaki dan Pacar Sham mula mencari tanah baru di kala Sultan Abisina bertapa bersama-sama ikan-ikan keli gergasi. 4 bulan berlalu pantas dan Sultan Abi kembali ke tanah air dan dengan terkejutnya tanah air Makmur telah pun berubah. Kini Tanah baru telah dijumpai oleh Pacar Sham yang telah melantik dirinya sebagai ketua negara rpublik itu. Kuasa Sultan kini sudah tiada. Negara Makmur telah pun ditukar nama apabila perjanjian Internet Maxis Broadband dimerterai oleh Pengawal Zaki (diturunkan Pangkat) dan Pacar Fiq (rakyat baru) bersama toke broadband di Piramid. Sultan Abi pula telah digulingkan dan atas rasa tidak malu Sulatan Abi (ops, bukan Sultan), dia telah mengambil jawatan Bendahari Husni yang murtad negara Makmur 505. Prasaan tidak malu itu wujud apabila wang pengeras Makmur sebanyak 1500 kupang berada dalam genggamannya. Maka bermulalah revolusi Michigan 12. Kisah Sejarah ini akan dajar pada murid-murid Pra Sekolah tahun depan (2010)... Bab seterusnya adalah bagaimana wujudnya nama Michigan 12 ini