BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 5, 2009

Perjanjian Makmur-Michigan 2009

Momorendum Perjanjian ini dikemukakan oleh bakal Sultan Sham pada 28 Feb 2009, hari Sabtu ketika sesi pembersihan negara Makmur 505 yang dilakukan bersama oleh bakal bendahari Abi, Laksamana Bob dan hamba baru Hafizi.... opps, hampir terlupa dalam sejarah pula... Syahbandar Adib juga bersama tetapi agak lambat kerana ada urusan dengan Permaisuri kuku titanium di Negara Subaidah Syah... kot....

Apapun, di kala sesi pembersihan Makmur... timbul bicara kata mengenai nama negara baru dan sepeti biasa idea pertama pastinya mengenai perkara2 pelik yang mungkin dijumpai di negara baru itu. Plan B pula telah diutarakan oleh Syahbandar Adib dan Bakal Sultan Sham supaya membawa juga nama Makmur itu ke sana dengan menamakan negara itu Baitul Makmur.... Dan bicara kata itu berlalu begitu sahaja setelah selesai mengemas dan membawa turun aset2 lama Makmur untuk dibawa ke negara baru menggunakan raksasa beroda enam.

Dipendekkan ceritera perjalanan lori dan kapal UNSER yang dinakhoda oleh Syahbandar Adib di co-pilotkan Permaisuri Kuku Titanium, rakyat-rakyat sampai 10 minit lambat dari Sultan Sham yang turut sama menunggang raksasa beroda 6 itu. Sampai sahaja di negara baru itu, sesi pemunggahan barang dilakukan. Tiba-tiba terlihatlah 2 biji plat yang agak pelik di atas rak kasut itu di mana tertulis Michigan SK2456 yang seiras Batu Bersurat Negara Terengganu..... Dengan menggunakan kepakaran pembelajaran Sultan Sham ketika di Tingkatan 2 di SERATAS, dia memplagerized cara Sultan Parameswara memberi nama Melaka sebagai Negara, maka muncul idea untuk menamakan negara baru ini Michigan.... dan oh ya... 12 itu muncul kerana di atas kubu kuat Michigan tertulis no. 12.

Penamaan negara itu secara tidak rasminya dinamakan pada 28 Februari 2009 pada jam 5.00ptg. Setelah 5 hari berlalu, muncullah perjanjian yang telah ditandatangani oleh Temenggung Zaki dan Pacar Fiq di Piramid untuk mendapatkan lesen yang memberi ruang rakyat Makmur berinternet dan berblogan... iaitu pada 3 Mac 2009, Selasa kira-kira jam 11.30malam.....

Namun begitu, terdapat malapetaka apabila bende yang bernama router tidak berjaya diaktifkan untuk membentuk kata laluan rahsia Michigan 12. Dahulunya, benda ini diaktifkan oleh pengkhianat negara berpangkat S, Andoc Muazzam Syah secara tidak sengaja. Setelah 1 hari berlalu, akhirnya termeteralah perlembagaan INternet Michigan 12 dengan kata laluan yang bukan lagi "dfacd180e1" yang sentiasa menjadi siulan warga lama Makmur 505. Kini kata laluan itu adalah... ???????? xkan nak bgtau kot:P... Kesimpulannya negara ini dibentuk pada 4 Mac 2009, hari Rabu pada jam 5 petang setelah try n error oleh Sultan Sham, Bentara Abi (x best la pangkat Bendahari:P)... dan juga Temenggung Zaki...

Bab seterusnya, nantilah ek:D

5 comments:

Anonymous said...

cih...pengkhianat ko cakap...tp dlm blog y lepas ko puji kiteorang...berbelit la ko ni...btw, bukan aku y aktifkan la dulu...salah puji ni..

Anonymous said...

ooookay, dari situ dapat michigan 12.
though kadang - kadang aku rasa macam machinegun lah pula.

fistivo
mood untuk berfestival?

RedBloodCell said...

andoc:
belajar sejarah nie mmg sukar... hahaha kadang2 dianggap pengkhianat... kadang-kadang dianggap wira.. sama seperti Hang Tuah kan3;)

wandai:
owh,machinegun??? tu ade gak citer die camner machine gun org bagi name machine gun... nanti ak poskan sejarah die ek:P

Anonymous said...

(makan dalam).....perghhhh...kalau gitu aku nak jadi pecinta wanita plak pas ni...

Rex said...

pergh sedey giler password makmur yg lame telah dilupekan.. bukannye "dfacd180e1" r.. tapi "dfacd810e1"..huhuu..

-pembela bekas warganegara makmur-