BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 6, 2010

Cerita Lama

Time aku nak post penulisan ini pun aku rasa macam.... dah malas sebab tapi ia bukan lagi isu 'besar' since isu 'besar' sekarang ialah "Kisah Berliwatan di Kondo Mewah".

Mari kita buat konspirasi. Bukan itu maksud aku, tapi apa kata aku berfikir di luar pemikiran aku seketika. Aku sebenarnya ingin mengembalikan kisah akak Altantuya itu. Oh ya kes sudah ditutup ke? Aku bukan suka berperasaan syak wasangka nie tapi.... Enchik Razak Baginda telah dibuktikan tidak bersalah maka kepanasan isu ini terus hilang.... DAN TUJUAN UTAMA AKU BANGKITKAN MASALAH INI.... siapa yang dok bagi c4 tu kua?? aduh, tiada berita langsung kan.

Baik biar aku berterus terang apa yang aku fikirkan. Perkara ini bagaikan macam cerita hindustan,

Si Pesalah Laku---> apa kesalahan dia ---> letak kambing hitam---> masuk mahkamah---> kua mahkamah----> berbulan-bulan ----> kambing hitam jadi putih balik ----> kesalahan utama dilupakan (C4 kua cmner?)

Harapnya ada follow-up di situ... atau mau tunggu satu lagi kejadian yang lebih kurang macam itu.

Dan kes yang baru-baru ini macam ini... kes kehilangan enjin kapal terbang yang mana ia kini dalam proses masuk mahkamah tapi rasanya ntuk kes nie sumer kesalahan tros jatuh jer kat kambing hitam kot... apa-apa pun, aku tengah "enjoy" layan citer baru tuh, "Kisah Liwat Meliwat" tuh

-RedBloodCell-

Thursday, February 4, 2010

Royalti Minyak

5%..... itulah jumlah yang sepatutnya diperoleh bagi negeri-negeri yang mempunyai minyak di persisiran pantai mereka. Maka negeri-negeri yang berkenaan adalah meliputi negeriku sendiri, Sarawak.

Oleh kerana Dato' Nik Aziz membangkitkan isu royalti minyak ini, baru saya ambil tahu tentang permasalahan ini walaupun duit itu mana mungkin masuk ke dalam poket saya sendiri.

Isu pertama yang ingin saya kupaskan, 'double standard' yang diamalkan oleh pihak kerajaan kita masa kini. Maaf, saya bukanlah penyokong pembangkang malah saya tidak mengundi pun lagi tapi pemikiran saya lebih kepada pro kerajaan asalnya. Tetapi, saya amat terkilan apabila isu minyak di Kelantan ini perkataan 'royalti minyak' ini bertukar kepada 'wang ihsan' di mana pada saya ini amat menghina rakyat Kelantan. Mereka tidak perlukan wang ihsan, mereka perlukan hak mereka. Tapi, apakan daya. Anda yang memerintah, bukan saya. Apa pun, seperti apa yang saya baca pada hari ini, Encik Ku Li telah menyatakan telah wujudnya agihan 5% royalti minyak pada negeri-negeri penyumbang minyak di masa zaman Tun Abdul Razak (Ayah kepada PM kita). Dengan ini, kepada yang bersalah apalah kiranya patuhi perjanjian tersebut.

Isu kedua, ialah bagaimana kerajaan menguruskan hal ini. walaupun info yang saya dapat hanya pada Wikipedia namun mungkin tepat saya katakan ia lebih 'reliable' dari media kerajaan sendiri yang pastinya mengangkat cerita lebih kepada sebelah pihak. Katanya di sini di Terengganu kira-kira 4 billion 'wang ehsan' pada 2009 (time nie Tganu da milik kerajaan kan? nie saya musykil tapi ini bukan pointnya), from about total 7 billion sepatutnya diterima pihak negeri Terengganu. Haih, tolonglah, di manakah duit itu? ini mengingatkan kembali apabila saya sering disoal ibu saya ke mana perginya elaun Mara saya setiap bulan.....

Isu ketiga. bukanlah isu yang penting....:P tapi... 5%?? adeh sikitnyerrrrrr! kalaulah isu Kelantan tuh diorang dapat 4 juta.... dengan minyak yang setitik dua jer.... bayangkan Sarawak nyer.... mungkin kita dapat hm.... xx billion? tapi itu hanya 5%??? wow, banyak 'sumbangan' negeri Sarawak pada negara.... Apapun, kesimpulannya yang betul-betul menyimpul kata-kata saya ini ialah, duit royalti minyak itu mana mungkin masuk poket saya.... So, ada ku kesah? ada la juak sikit bah.... sikda juak nya aku meli minyak murah gik dari negeri len:P hahaha

-RedBloodCell-

Monday, January 25, 2010

Sekilas Pandang 4

Apabila tibanya reunion, maka bermulalah sesi mengimbau kisah silam....

* Merujuk pada perjumpaan di antara 'alumni' Ausmat 17:
Abi, Sharol, Zaidi, Deng, Tang, Poji....


-RedBloodCell-

Perosak Peribahasa #1

Hujan emas di Subang Jaya,
Hujan batu di Serian...
Lagi Baik Bandar Serian;)
Selamat tinggal Michigan 12... cya back on 2 Mac 2010

-RedBloodCell-

Friday, January 22, 2010

Sekilas Pandang 3

Anak derhaka.... Hak Penjagaan Anak.... Punahnya harapan seorang ibu. buduss punya anak

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

-RedBloodCell-

Thursday, January 21, 2010

Sekilas Pandang 2

Terlajak perahu, boleh ditarik.. terlajak kata/ typing... apa mau buat.... inilah yang terjadi kat si gadis yang bernama Farhani Termizi... gwa kesian sama lu.. nak tau sapa dia? korg google jer.... boleh la jumpa naper die bley glamour kejap jer...(~~)

Tuesday, January 19, 2010

Sekilas Pandang 1

Juz wondering... bile jer ade kes mahkamah cerai2 nie.... lebey2 lagi artis2 nie... mesti gne spec mate itam...

-RedBloodCell-