BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 1, 2010

Kan dah kena gak... (sorie panjang sgt... nak bace sile r)

Haih, ku ingatkan ku berjaya melepaskan diri.... rupe2nyer.... unsur-unsur jahat Michigan 12 sudah sebati dalam hidup mereka tanpa kehadiran aku. Walaupun agak lama mereka merancang. Bagi yang tidak tahu apa unsur-unsur jahat budak Michigan 12 nie, apabila genap usia mereka dewasa (Birthday la), maka akan berlakulah perfileman glabah setiap mereka ini.

Memang, aku dah plan terbaiknyer nak ngelak dari apa-apa harrasement dari mereka. Kisahnya bermula pada genap 29 Mei 2010, maka birthday aku menjelma. 3 hari sebelum itu, aku dah pun merancang menutup birthday notification aku kat facebook. Niatnya memang nak ngelak dari dikenakan. Maka sehari sebelum itu, aku kenakan Saiful kaw2 since hari tue birthday die dan dengan niat, diorg nie lupa totally birthday aku... Well it perfectly went well.

Maka pada hari yang berkenaan, aku keluar seawal pagi, yang ini bagi menyambut parti hari jadiku yang formal bersama adik, kakak, bakal abg ipar, kekazen aku dan serorang rakan kekazen aku dan oh ya, kawan kakak aku sekali. Well, formalitinya di sini diorang belanja aku makan... thnx for nice birthday celebration. So this celebration blaku sampailah petangnya kuar jalan2 kejap. Usually aku tak suka window2 shopping tapi on that day, saje jer so that x yah blek umah awl... hahaha. Thanx to u all: Ppin, Siti, Misah, Zahid, Pie and Arlida... with present kasut futsal


Then dalam kol 7pm aku smpi umah, aku update jer la facebook tgk birthday notification, oh ya... sebelum aku gi kua pg tuh br ak activekan blek... ye r, nak bg org wish la katakan :))..... bnyk2... dan thnx to all who wish my birthday. Then ngam2 plak Hairul ajak men futsal... ak yes jer... harapan syok lari lagi dari umah pada hari tersebut datang kebetulan, kalau tak aku da nak ke sebelah jap kot. So, men la futsal then smpi la kol 10pm pi lepak minum kat celah. During tht ime gak dapat kol dari Azie n Sya.... diorg wat suprise gak la kan, nah aku bagi capub name2 korg yang wat ak tharu sgt kan:D.... diorg belikan aku cupcakes birthday... mana tak seronok... maka aku celebrate la kat "celah" skali ngan member futsal... so this was my second birthday party.... Maka thanks to sapa2 yang terlibat. Pemberi cake: Azie n Sya. Futsal player: Syamir, Hairul, AcapX, Budak2 Blowers n also member diorg. Thnx all:D


Then, hari itu berlalu dengan penuh makna.... maka at last aku INGAT aku lari dari prank MIchigan 12.... AKAN TETAPI...



Pada 31 Mei 2010, entah kenapa pada hari itu, aku memulakan swot vac ku ntuk final sem... (ok, ini cerita monolog dari sudut aku sahaja dulu, cerita diorg nanti aku ajak comment2 skali)...

31 Mei 2010
Bila terdengar announcement abg library tuh nak tutup lib dalam kol 10.30mlm, aku bergegas mengemas barang2 ku untuk menuju ke umah. Sesampai sahaja di rumah, Afif yang sedang "sibuk" membantu adiknya Ashraf yang akan menjadi warga Michigan 12 memberitahuku yang adiknya Iqbal nak pinjam motor nak gie men futsal. Aku dengan rasa berat hati bagi r pnjam dan memberitahulah masalah2 motor TAK8214 tuh.... Maka dia pun pergi dengan motor ku itu dalam jam 10.40pm camtu.

11.45pm, Tiba2 Afif masuk umah dengan gelabahnya terus naik ke atas mencari Sham... Aku yang berada di depan laptop agak terkesima... apsal mamat glabah nie? dan dia tros lari kua umah skali ngan Sham yang macam tergesa-gesa. Aku dengan penuh inkuiri bertanya sesama aku, onye, naim epul dan ahnaf.... namun persoalan itu terbiar begitu sahaja... Dalam benak hatiku, apa yang terjadi nie....

12.00am, handphone ku berdering di kala aku melayan ym dan hotel city di facebook. nombor yang tidak dikenali menjelma... Hello... kataku... dan dipendekkan dia bagitau yang Iqbal eksiden time naek moto aku kat depan Summit, n skang die kat PPUM... huh? maka gementarlah aku di situ dan kuberitahu pada mereka-mereka yang berkenaan. Maka bergegaslah aku, epul, anap n Izmil g ke PPUM. Ngam2 Fizi datang dia pun ikut skali. Dalam kereta itu maka berceritalah pasal kemalangan, polis, saman dan sebagainya. Sesampai kat PPUM, aku "disuruh" oleh Epul ntuk g tnyer kat kaunter. Aku ditemani Izmil g r tanyer, dan die kate xde kat sane dan Izmil tiba2 jer kate die kol Afif, die Iqbal dihantar kat Sunway Medical jer.... Maka baleklah kami dengan lajunya ke umah since Izmil kata x bley lawat Iqbal yang g kat ICU tuh.

Sesampai jer di rumah, SUPRISE... tuh perkataan yang aku dengar. Dan nampak Sham dengan Baldi... gedebush... aku disiram... dan gedebush gak dari Iqbal eh, x kena aku kena Sham... pek, kena plak telur dari sapa2 ntah... dan tepung2 bertebaran merata... siapa yang baling aku dah tak tau... dan carutan2 keluar dari mulutku setelah menyedari apa yang berlaku... TIDDAAAAKKKKK..... aku terkena!!!!

Maka, slps adegan itu, sambutan berlaku seperti biasa.... owh... sedeyh... aku ditipu mentah2... aper pon thnx all.... korg memang sengal!!!!


Thanks gak r kat korg ngan prank korang: Sham, Epul, Afif, Ahnaf, Izmil, Fizi, Ashraf, Iqbal, Naim, Onye, Akak 7 Eleven a.k.a polis... haih aku ditipu!!!


-RedBloodCell-

Wednesday, May 26, 2010

New World

Hari ini tanggal 26 Mei, signifikasinya hari ini hari lahir ibuku. Apapun bukan inilah yang ingin aku ceritakan. Hari ini maka tinggal 30 hari lagi untuk aku menamatkan pengajian aku dalam sijil Sarjana Muda (bioteknologi). Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk bernafas sampai tika ini dan harapnya dapat merasa nikmat menamatkan pengajian ini.

Maka, di sini ingin sekali aku merenung apa yang akan ku hadapi selepas habis belajar. Apa yang pasti prioriti hidupku akan diteruskan di tanah air tempat tumpah darahku di Sarawak dan berdasarkan perancangan, aku akan mengisi masa sebelum mendapat pekerjaan tetap dengan menjadi guru pengganti di sekolah lamaku. Mungkinkah aku bersedia untuk bergelar cikgu? oh munkin tidak? Apa pun, cabaran itu akan ku tempuhi jika inilah pilihanku selepas tamat pengajian

Pilihan berikutnya, mungkin aku diterima oleh mana-mana syarikat yang berkaitan? maka adakah aku benar-benar bersedia menyumbangkan apa yang aku pelajari selama ini untuk diriku khususnya dan seluruh masyarakat amnya. Jauh di sudut hatiku terasa bagaikan tidak ingin lagi melangkah ke alam pekerjaan. Mungkin kerana aku belum tamat pengajian, harapnya aku bersedia dengan pilihan kedua ini jika ia berlaku. InsyaAllah.

Pilihan ketiga, mungkinkah tiba-tiba aku ingin melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya? jika ini berlaku aku kena tunggu masa untuk IPTA2 membuka pendaftaran kemasukan maka dalam bulan 10-11 barulah ada peluang di situ. Pilihan ini, memang terdetik dalam hatiku... tapi lihatlah apa yang akan berlaku.

Oh ya, persoalan yang kiranya penting. Adakah aku bersedia untuk menyambung bekerja di Semenanjung lagi selepas ini? Orang tuaku jika dilihat ingin sekali melihat aku terus berada di Sarawak, hmm.... apa pun, jika ditanya pada hati. Aku tak kisah, janji peluang pekerjaan ada di situ dan juga mungkin gaji yang lebih lumayan? hahaha, aku perlukan wang untuk bayar balik kepada MARA kot....

Ok, apapun... harapnya dapat membuat keputusan yang tepat.... amin


-RedBloodCell-

Wednesday, May 5, 2010

Pagi Yang Gelap

Di pagi yang gelap ini, beberapa persoalan bermain di mindaku.

- Apa ibu bapa dia buat sampai anak yang bergelar remaja keluar malam?

- Bagaimana dia pandai memandu di usia itu?

- Kenapa lari?

- Tiada jalan lainkah selain membunuh mereka?

- Perlukah ada 2 versi ceritera yang mengelirukan orang awam?

Persoalan ini timbul kerana, siapa rasa dia rakyat Malaysia, pi la bace paper...
Apapun yang berlaku, marilah sama kita jadikan ini sebagai iktibar.

Al-fatihah kepada dia, aku kasihan pada keluarga arwah.

Dan aku juga kasihan pada keluarga yang mungkin pihak bertentangan akan dibuang kerja, sapa nak bagi makan.....

Dan kasihan pada yang mempolitikkan perkara ini.

Coretan di atas tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati................. (kot)


-RedBloodCell-

Monday, April 26, 2010

Itulah Politik Namanya.... (nurkilan Dr. MaZa)

Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka.
Jika kamu berwang banyak aku kata: kuat kamu berusaha
Jika kamu berkereta lawa, aku kate itu berkat berkerja
Jika kamu berumah mewah, aku kata: untuk tamu yang melimpah

Jika kamu kebencianku semua dinilai celaka
Jika kamu berwang banyak, aku kata duit orang kamu lanyak
Jika kamu berkereta lawa, aku kata kamu mengada-ngada
Jika kamu berumah mewah aku kata itu duit rasuah

Jika kamu pilihanku semuanya akan setuju
Jika kamu bercakap kasar kataku mereka memang perlu diajar
Jika kamu cakap berputar aku kata mereka itu yang celupar
Jika kamu berdusta aku kata bohong mereka lebih berganda
Jika kamu bersumpah aku kata itu tanda mereka bersalah
Jika kamu berdansa itu hanya untuk rakyat bersuka

Jika kamu seteruku semua tindakanmu aku palu
Jika kamu bercakap lunak aku kata kamu memang nak berlagak
Jika kamu bercakap lurus aku kata harapan kamu dah putus
Jika kamu bercakap benar aku kata kamu hanya buat kelakar
Jikka kamu bersumpah aku kata kamu memang telah diupah
Jika kmau berzikir aku kata kamu hanya cuba menyindir

Musuhku semuanya haram
Pilihanku semuanya harum...

Ajaran tuhan jangan hukum ikut perasaan dan sangkaan
Jangan hukum ikut kumpulan dan pasukan
Hukumlah ikut firman dan alasan
Ajaran Syaitan hukumlah ikut perasaan dan kebencian
Lihat dili kawan atau lawan
Bukan kata tuhan atau sabda junjungan

Maka dunia pun bertukar
hukum pun menjadi putar-putar
siapa sahabat maka dia diangkat
siapa tak sepakat, maka dia musibat...

Pilihanku semuanya ditabal mulia
Pilihanmu semuanya ditabal celaka
Tanya mereka mengapa begitu jadinya?
Jawabku. itula politik namanya


Renung-renungkanlah sahabat..

Sunday, April 18, 2010

Sayakah? Akukah? (plz bg opinion korg)

SAYA dan AKU....

Di kala aku masih di sekolah rendah, "saya" dan "aku" diperkenalkan kepada ku sebagai kata ganti diri pertama. Maksudnya di sini, kata ganti diri pertama digunakan untuk merujuk diri sendiri dalam ayat.

Mari kita lupakan dari sudut tatabahasa, apa yang bermain-main difikiranku adalah bilakah sepatutnya diri ini menggunakan aku dan saya. Entah kenapa pada hari ini aku mula terkeliru dalam diri dan nak tak nak mengubah cara berbahasa pada saat itu gak.

Kebiasaanya, aku akan menggunakan aku untuk semua rakan-rakanku, formaliti ketika berurusan dengan hal-hal pejabat atau pada yang betul-betul digelar orang tua. Kerungsingan ini timbul apabila terdapat rakan-rakan kita yang terbiasa menggunakan saya dalam percakapan seharian.

Contoh 1:
Saudara andoc. Mungkin budak nie x pernah menggunakan saya kat aku akan tetapi diberitakan budak ini asalnya menggunakan istilah saya pada mulanya. Ya, pernah gak dia tersasul menggunakan saya, dan aku hanya tergelak dalam hati. Apa pun, tiada kejanggalan di situ untuk terus menggunakan aku kerana pada situasi aku dan dia, aku dirasakan lebih mesra dan andoc pun guna aku gak kat aku. Benarkan Andoc?

Contoh 2:
Ini berlaku juga pada housemate terkiniku. Namanya hmmm... Epul. Sebenarnya harapan aku mereka-mereka yang aku libatkan memberi komen kot tapi apakan daya sapa jer yang layan blog akukan:P. Epul juga rakan ku yang kerap kali menggunakan saya dalam pertuturan seharian. Dan pada situasi aku dan dia, dia membahasakan dirinya sebagai saya, dan aku guna aku. Terus terang aku terasa janggal di sini.... Aku tak ingin menyalahkan Epul kerana ini hanya melibatkan diriku, Persoalan yang timbul adalah, "Sopan kah aku dah dia nir guna ganti nama "saya", patut ke aku gune saya gak?"... well, kadang-kadang, Epul nak membiasakan diri menggunakan aku... dan result die aku trasa janggal... hahaha, nice try Epul... Apa pun, aku nak soh Epul bace nie dan sila tolong bagi komen bagi at least aku tau apa yang sesuai kan.

Contoh 3:
Yang nie blaku kat cikgu Anis (arisa). Heh, sebenarnya problem ini biasanya melibatkan cik2 dan puan2 yang melunturkan aku untuk menggunakan saya dalam berbahasa. Namun, sebenarnya terasa janggal kot. Lidah rasa kelu nak ckp saya, Problem2. Pendapat anda cik Anis? maksud saya apakah yang sesuai untuk digunakan dalam berbahasa dan sesungguhnya anda mungkin mewakili beberapa wanita di luar sana.

Contoh 4:
Ok, budak nie die xkan bace blog aku. Aku kira nie ada dua perempuan... rakan uni ku. Kedua-duanya membahasakan diri mereka "kite"... adik beradik "saya" la kan.... dan Aku sehingga kini menggunakan kata ganti diri "aku" dengan selesa... tapi hakikatnya janggal... maksudnya di sini, (persoalan: sopankah aku? akan bermain-main di minda). Yang nie, sapa2 ada pendapat sila2lah komen.

Contoh 5:
Sekali lagi berlaku pada insan yang bernama wanita. Yang nie aku x bley bla... pada diri sendiri.... dia menggunkan istilah "saya" dan pada awlnya aku gune aku la kan. Namun, trasa macam kasar dan tiba2 terguna la saya blek... dan ini blaku pada orang yang dalam Contoh 3 tadi. Mungkin pada yang budak-budak ini, aku terasa ya, agak kasar kot guna "aku" kat korang nie.

Contoh 6:
X gune langsung pkataan2 itu dan sewaktu dengannya. Ya, ada.... ini berlaku di kala ingin mengenal pasti kata ganti apakah yang sesuai. Kedua-duanya bermain kata-kata sambil ngelat x nak gune kata ganti. Na tunggu sapa guna dulu so that bley jadikan ia sebagai ukuran.

Apa-apapun kerana ini, rapuan aku dah terlebih... dan untuk pengetahuan am, aku sendiri pada mulanya menggunakan istilah saya sebelum fasih berbahasa melayu semenanjung nie. Which mean during my Year 1 secondary school

So, komen?


-RedBloodCell-

Wednesday, April 14, 2010

14 April 2010, a day to remember

ini hanya sekadar hari yang ada signifikasi kepada mereka-mereka yang mengikuti perlawanan futsal antara Boy Band FC vs T10 pada petang itu.

Petang itu merupakan perlawanan keempat bagi kedua-dua pasukan di dalam Liga Futsal Monash 2010 atau lebih dikenali sebagai Sky Blues League. Menariknya dari perlawanan ini, kisah comeback pasukan Boy Band FC yang akhirnya memenangi perlawanan menentang pasukan T10. Berdasarkan prediction plaudit, T10 adalah antara pasukan faveret untuk menjuarai liga ini maka pastinya kemenangan ini telah membakar semangat para pemain.

Pada awal permainan, Boy Band FC telah ketinggalan 3-0 dan ini sesungguhnya telah menjatuhkan moralku sebagai keeper. Lepas itu, kami berjaya mencari sebijik gol tapi malangnya pasukan lawan kembali menjarakkan diri dengan sebijik gol menjadikan keputusan 4-1 pada babak pertama. Memang sangat kecewa. Tapi, berbekalkan semangat dan taktik baru, kami melangkah pada babak kedua dan wow..... inilah pertama kali aku men futsal kene kejar team len. Dengan niat di hati at least seri. Maka kami berjaya mengejar mereka dan kedudukan menjadi 4-4. Dan selepas itu kami berjaya mendahului mereka buat pertama kalinya. Pada saat itu adalah masa-masa kecederaan dan pasukan lawan terus mencuba terus dan malangnya aku terlepas bola mudah... cisss... alhamdulillah, team aku react dengan pantas dan akhirnya kami memenangi perlawanan dengan 6-5.... sangat best:)

Tuesday, March 16, 2010

1 Malaysia, 1 Semester, 1 Subjek

Tajuk karangan tidak ada kaitan dengan politik kali ini. Sembang kali ini hanya berkisar pada sisa-sisa kehidupanku sebagai pelajar Monash semester terakhir.

1. setelah 3 minggu berlalu, nampak sedikit perubahan hidup ku berbanding semester lain, tampak lebih rajin kerana 1 Sem, 1 Subjek

2. Mula untuk mempergiatkan diri dalam ko-kurikulum Monash Uni. Frisbee? walaupun kini tiada rakan seperjuangan lama, akan ku teruskan juga untuk sem ini (esok nak turun pick-up). Next, bercadang untuk join kelab bola sepak monash secara aktif. MWAC xtvt? mungkin akan ikut serta at least 1 program. M.Islamic? aku rasa akan bantu apa yang aku mampu... dan akhir sekali... telah sign contract ngan team futsal bebudak engineer... mcm biase org amik ak ntuk dijadikan keeper jer:P.... dan semua ini kerana 1 Sem, 1 Subjek

3. Hari ini aku belajar Food Microbe, esok... wat revision food microb gie... lusa, tgk lecture slide food microb.... dan begitulah seterusnya. Sumer ini kerna 1 Semester, 1 Subjek

4. 1 Sem, 1 Subjek ini bermakna bermulalah kehidupan ku sebagai aMara (cam anaerobic, aseptate) student. Dan problemnya pastilah kewangan. Harap dapat aku lalui semester ini dengan penuh keinsafan.

5. TAMAT

-RedBloodCell-