BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 31, 2009

Pengumuman!!!

APRIL BODOH!!!!!!!!!!!!

Apakah signifikasinya 1 April dengan kebodohan? rasanya mulalah orang kita menungkit kembali sejarah berlakunya APRIL BODOH nie... aper pon.... satu jer nasihat kepada mereka2 dan juga untuk diriku sendiri.... sesunguhnya gurauan yang melampau adalah salah satu sifat orang2 munafik... renung-renungkan

-RedBloodCell-

Monday, March 30, 2009

Obsesi

Obsesi secara definisinya perasaan taksub kepada 'sesuatu'. Maka, di sini ingin sekali ku huraikan beberapa obsesi ku tentang beberapa perkara:

1. Kamek dan Chelsea:
Ya, tahap obsesiku kepada Chelsea mungkin mencapai tahap HD mengikut aras penilaian Universiti Monash. Laptopku disaluti dengan pelekat Chelsea. Wallpaper laptopku Chelsea. Juga icon utama pada butang pemula (start). Itu baru laptop. Jersi Chelseaku, kini aku ada 3 helai kits 2 helai jersi utama biru tahun 2007/2008 dan 2008/2009 dan sehelai lagi baju tempat lawan berwarna kuning. Dulu, aku ada sebentuk cincin Chelsea yang kini hilang entah ke mana. Akhir sekali, aku masih menyimpan tiket perlawanan di antara Malaysia-Chelsea di mana Chelsea memenangi perlawanan tersebut dengan 2-0. Penjaring gol ketika itu ialah Nicholas Anelka kedua-duanya. Pengetahuan tentang kelab ini? mungkin boleh dicuba walaupun rasanya jika ditanya soalan sejarah Chelsea aku kantoi. Apa pun, boleh aku anggap obsesi aku dan Chelsea bagaikan aur dengan tebing.

2. Kamek dan Bola Sepak.
Mungkin ada kaitan dengan obsesiku pada Chelsea, aku sangat obses dengan permainan bola sepak. Walaupun jika difikirkan secara signifakasi dan faedah bola sepak ini, akan membawa kepada kekeliruan. Pertama, mengapa 22 pemain berebut dengan sebiji bola padahal banyak lagi bola di sana. Kedua, kenapa kalau bola melepasi tiang yang berbentuk segi empat akan terdengar sorakan GOL??? dan banyak lagi. Apapun, persoalan itu ku letak ke tepi kerana instinct ku mengatakan Tidur Bola, Makan Bola, Minum Coca Cola.

3. Kamek dan Laptop.
Obsesi ini bermula apabila aku mendapat sebiji alat elektronik bernama laptop. Laptop ini agak mengobseskan tapi dalam diriku, mungkin ia agak kurang dari obsesiku pada chelsea dan bola. Apapun, ia tetap boleh dikaitkan. Dengan laptop, aku boleh bermain game bola, walaupun agak jarang aku bermain game bola.

4. Kamek dan Tidur.
Mungkin ada yang mengklasifikasi tidur sebagai lumrah tapi padaku ia adalah satu obsesi bagiku, tidur petang adalah wajib. Tidur lebih penting dari assignment. Apa pun, akan ku tunaikan tanggungjawabku sebagai student untuk belajar.

5. Kamek dan perempuan.
Malas untuk dihuraikan. Apapun, aku normal.

6. Kamek dan Blog?
Ini mungkin obsesiku yang terbaru. Lihat saja kiriman bulan ini. Oh, obsesi....

Apapun, setiap insan mempunyai obsesinya yang tersendiri dan ini membuatkan setiap kita unik. Alhamdulillah, aku telah dijadikan dengan obsesi seperti ini. Hanya untuk peringatan pada diriku sendiri, janganlah terlalu obses hingga lupa diri, agama dan bangsa. InsyaAllah...

-RedBloodCell-

Sunday, March 29, 2009

CheDet Kate itu, Kamek kata...

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah"-CHEDET.CC (2009)-

Ini yang diungkapkan oleh Tun kepada 'Well U Knoe Who (Mr KJ bukan nama sebenar)'.
- Sebagai orang yang berkecuali, saya terfikir jika betul KJ itu terlibat dalam rasuah seperti yang diketahui melalui media.... kenapa masih mengundi beliau. Memang memalukan jika wang lebih penting dari kempimpinan bersih tanpa rasuah.

- Bila sebut pasal rasuah, saya teringat satu kisah pada zaman Khalifah, iaitu ketika saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah, cara terbaik yang dia lakukan untuk memerangi rasuah adalah dengan memberi elaun yang tinggi kepada pemimpin2 dan juga para tentera (di mana ketika itu antara pekerjaan yang mudah untuk melibatkan diri dalam rasuah)... tapi kini, rasanya elaun mereka2 ini sudah agak tinggi tapi masih tidak dapat mengelakkan dari perkataan rasuah.

- Dari mana datangnya perasaan dan keinginan pada rasuah? berdasarkan pengalaman saya, pernah ketika saya berkerja di stesen minyak pada masa minyak dikuotakan pembeliannya, saya telah cuba dirasuah dengan amount RM2 (nie ntuk minum dik)... dan juga ada sebilangan pekerja lori mintak resit lbey dari amount asal dan pastu bagi la air minum (hell u)... mungkin ketika itu niat di hati hanya untuk menisi masa lapang time lepas SPM, maka kehendak hati pada duit bukan prioriti, tapi bagaimana dengan yang bekerja untuk menyara hidup... ish3, begitu senangkan kita bley dipengaruhi. Kesimpulan rasuah blaku di mana2.

- Apa pun, mungkin saya bersetuju untuk mempunyai pemerintahan berbentuk islamic, mengikut perundangan islam TETAPI bukanlah pihak PAS yang memerintah. Apa salahnya para cendiakawan islam masuk ke BN dan melontarkan idea seperti ini??? tidak perlu untuk bertanding sebagai opposition tapi kita tukar mind orang2 BN:P.... kepada lebih islamic thinking?

- Apapun, ini hanyalah rapuan semata-mata

-RedBloodCell-

Bermulalah kisah membuat lab report

Setelah Week 4 berlalu, baru kini terasa kehangatan report... kini aku mengambil sedikit masa untuk mencoret sesuatu dalam bloggku di kala cuba untuk menyiapkan report GEN3030... barangkali aku antara yang lambat memulakan report ini... well, aku perlukan sesuatu untuk menjadi pemangkin, tapi entah rasanya macam tiada tahun ini. Antara yang aku perlukan ialah rakan yang turut sama membuat report ini, Dulu ada si Husni untuk dijadikan penanda aras sama ada aku terlewat membuat report atau tidak... tapi kini:D... ah, itu hanyalah alasan semata-mata.

Report kedua pula berkenaan dengan MBB atau Molecular Biology & Biotech. walaupun ia hanya report 4 pages tapi ia agak sukar kerana ia akan disemak oleh lecturer yang mempunyai expectation tinggi supaya pelajar dapat berfikir secara kritis dan memahami aplikasi di sebalik experiment yang telah dilakukan.

Dan satu lagi, assignment MBB yang telahpun bermula Jumaat lepas. Akan ku sentuh hujung minggu ini.

Last but not least, malam ini akan ku cuba siapkan GEN3030 walau apa pun tjadi:P

-RedBloodCell-

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour

Apakah Signifikasi Earth Hour JIKA:

1. Tiada sesiapa mengetahui tujuan utama EH dilakukan.
2. Pembaziran tenaga dilakukan oleh manusia.
3. Hanya untuk trend semata-mata.
4. Menutup lampu tapi membuka segala macam alat elektrikal lain seperti air-cond, laptop dan etc.

Apapun, terpulanglah pada mereka2 ini untuk melaksanakan EH. Saya amat menyokong EH jika kita memahami signifikasi EH...

renung2kan da slamat beramal

-RedBloodCell-

Summary after 4 weeks @ Monash

Summary: After this whole 4 weeks then i hv 2 reports to be sumbitted next week. An assignment commence this week n will be handed thru MUSO before next Monday @ 9am Malaysia time. And d only assignment tht i hv handed in this whole week was Lab Mangement Assignment. Wow, not v. busy as i predicted as a final year student:P

Apa pun, in non academical nyer summary, bulan ini dipenuhi dengan futsal, DOTA & housewarming. Nak terangkan satu2 kang bukan summary plak. Tapi itulah isi2 penting hidupku sepanjang bulan Mac.

Studi? aku berusaha untuk menambah cket sebanyak waktu utk pembacaan buku ilmu ini supaya lebey dr masa aku melayan onemanga.com.

Friday, March 27, 2009

Generasiku

pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
pasti dunia ku yang punya di hari ini
bersama kawan-kawan ku pergi
ketawa riang senang hati
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
oo...

malam ini bertemu di pesta
berdebar membalas senyumannya
manisnya oh jatuh cinta kali pertama
bersama menitiskan impian
cinta, cita-cita dan harapan
di usia ini... tiada yang tak mungkin
oh sayang

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
jangan gentar mengejar mimpi
yakin berani percaya diri
dan mula dengan hello
oo...

jangan takut jatuh ke bumi
bingkas bangun melangkah lagi
ke depan, lari dan terbang menuju bintang
hanya kau saja yang bisa menentu
arah hidupmu yeah...
oo...

pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
oo...

segalanya dalam genggaman (oo...)
hidup ini...
generasiku...