Obsesi secara definisinya perasaan taksub kepada 'sesuatu'. Maka, di sini ingin sekali ku huraikan beberapa obsesi ku tentang beberapa perkara:
1. Kamek dan Chelsea:
Ya, tahap obsesiku kepada Chelsea mungkin mencapai tahap HD mengikut aras penilaian Universiti Monash. Laptopku disaluti dengan pelekat Chelsea. Wallpaper laptopku Chelsea. Juga icon utama pada butang pemula (start). Itu baru laptop. Jersi Chelseaku, kini aku ada 3 helai kits 2 helai jersi utama biru tahun 2007/2008 dan 2008/2009 dan sehelai lagi baju tempat lawan berwarna kuning. Dulu, aku ada sebentuk cincin Chelsea yang kini hilang entah ke mana. Akhir sekali, aku masih menyimpan tiket perlawanan di antara Malaysia-Chelsea di mana Chelsea memenangi perlawanan tersebut dengan 2-0. Penjaring gol ketika itu ialah Nicholas Anelka kedua-duanya. Pengetahuan tentang kelab ini? mungkin boleh dicuba walaupun rasanya jika ditanya soalan sejarah Chelsea aku kantoi. Apa pun, boleh aku anggap obsesi aku dan Chelsea bagaikan aur dengan tebing.
2. Kamek dan Bola Sepak.
Mungkin ada kaitan dengan obsesiku pada Chelsea, aku sangat obses dengan permainan bola sepak. Walaupun jika difikirkan secara signifakasi dan faedah bola sepak ini, akan membawa kepada kekeliruan. Pertama, mengapa 22 pemain berebut dengan sebiji bola padahal banyak lagi bola di sana. Kedua, kenapa kalau bola melepasi tiang yang berbentuk segi empat akan terdengar sorakan GOL??? dan banyak lagi. Apapun, persoalan itu ku letak ke tepi kerana instinct ku mengatakan Tidur Bola, Makan Bola, Minum Coca Cola.
3. Kamek dan Laptop.
Obsesi ini bermula apabila aku mendapat sebiji alat elektronik bernama laptop. Laptop ini agak mengobseskan tapi dalam diriku, mungkin ia agak kurang dari obsesiku pada chelsea dan bola. Apapun, ia tetap boleh dikaitkan. Dengan laptop, aku boleh bermain game bola, walaupun agak jarang aku bermain game bola.
4. Kamek dan Tidur.
Mungkin ada yang mengklasifikasi tidur sebagai lumrah tapi padaku ia adalah satu obsesi bagiku, tidur petang adalah wajib. Tidur lebih penting dari assignment. Apa pun, akan ku tunaikan tanggungjawabku sebagai student untuk belajar.
5. Kamek dan perempuan.
Malas untuk dihuraikan. Apapun, aku normal.
6. Kamek dan Blog?
Ini mungkin obsesiku yang terbaru. Lihat saja kiriman bulan ini. Oh, obsesi....
Apapun, setiap insan mempunyai obsesinya yang tersendiri dan ini membuatkan setiap kita unik. Alhamdulillah, aku telah dijadikan dengan obsesi seperti ini. Hanya untuk peringatan pada diriku sendiri, janganlah terlalu obses hingga lupa diri, agama dan bangsa. InsyaAllah...
-RedBloodCell-
Вкус ночи 2010 прокат фильмы online
5 years ago
2 comments:
menarik2....tp y obsesi pada prempuan tu kurang jelas...xplain needed
yang tu biarlah rahsia buat seketika... hahaha
Post a Comment