Salam kepada pembaca-pembaca yang berada di luar sana.
Hari ini, di masa saya mencoretkan kata-kata harapan Ramadhan ini tepat jam 12.39 tengah malam, 19 Ogos 2009. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menghidu bau kedatangan bulan yang mulia ini yang akan jatuh pada Sabtu ini insyaAllah. Harapan pertama saya sudah pasti ingin berjumpa sekali lagi dengan hari-hari yang indah ini. Mari kita sama-sama berdoa agar dapat berjumpa kembali bulan Ramadhan ini hendaknya.
Sepanjang perjalanan kehidupan, saya rasa bagaikan bulan ini adalah bulan yang sangat menyeronokkan. Ramadhan, saya kenali ketika saya berusia 7 tahun. Ketika itu saya faham puasa itu adalah tidak boleh makan dan minum di siang hari. Maksudnya di sini, tidak pula ketahuan di sini definisi tambahan iaitu dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tidak perlulah saya nyatakan apa-apa perkara itu kerana rasanya anda pun tau. Apapun, alhamdulillah saya dilahirkan dalam keluarga yang mengambil berat tentang didikan agama, telah mendidik saya berpuasa sejak berusia 7 tahun lagi.
Maka, harapan Ramadhan tahun ini?

- Tamat puasa 30 hari.
- Khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Rakan-rakan Michigan 12 jom beri sokongan.
- Kurangkan pembaziran di Bazaar Ramadhan, makan ala kadar sudah memadai. Jom masak budak-budak Michigan 12.
- Menjaga pandangan di bulan Ramadhan. Allah, cabaran yang sangat mencabar bagi diri saya. Tidak perlu salahkan mereka-mereka yang kekurangan kain itu, tapi nafsu saya yang inginmencari peluang yang terhidang.
- Tarawih? saya tidak berani untuk mengatakan akan menamatkan sebulan tarawih. Tapi insyaAllah, jika masa mengizinkan akan saya cuba. Target, at least 15 kali.
- Dapat berjumpa dan berpuasa bersama keluarga di akhir bulan Ramadhan nanti insyaAllah.
- Menjaga tutur kata yang sememangnya mulut saya yang agak suka mencarut-marut. Mari sama-sama kita perbanyakkan salawat pada-Nya
Maka, dengan ini termeteralah harapan Ramadhan saya kali ini. Persoalan yang sering timbul bagi mereka-mereka dan juga diri saya. Mengapa hanya pada bulan baik seperti ini kita ingin pasang niat yang baik seperti ini? Jawapan dia memang susah. Tapi saya hanyalah manusia biasa, iman itu naik, turun bagaikan pasang surutnya air sungai. Kesimpulan, marilah kita sama-sama memeriahkan bulan ini dengan penuh ketaqwaan.
Akhir kata, jangan lupe niat puasa;)
Akhir kata, jangan lupe niat puasa;)
-RedBloodCell-
3 comments:
boleh2....harapan y bagus....ak harap ko dpt tunai harapan ko tu...
bgus~~ ameenn..
hehe..
'kekurangan kain' haha
anyway, slamat berpuasa :D
Post a Comment