BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 25, 2009

Menjejak Lailatul Qadar.

Assalamualaikum.

Ramadhan.... Lailatul Qadar pastinya tidak boleh dipisahkan. Maka dengan inilah mengapa umat islam yang cintanya pada Allah SWT berebut-rebut untuk mendapatkan nikmat malam seribu bulan ini.

Ada apa dengan Lailatul Qadar? dari sekolah rendah lagi sering sahaja ustaz/ustazahku berceritera tentang malam Lailatul Qadar ini. Di mana pada malam itu beribu-ribu malaikat turun ke Bumi untuk membawa doa-doa muslimim yang beribadah kepada-Nya. Dan pada ketika itu, pahala berlipat-kali ganda akan diberikan kepada mereka-mereka yang bertuah ini. Tidak dapatku bayangkan, bagaimana Ramadhan itu sendiri juga memberi ganjaran pahala yang berlipat ali ganda dan pada malam kemuncak itu pahala berkali-kali ganda lagi dari-Nya. Sesungguhnya Allah SWT memang Maha Pemurah dan Maha Pengasih kepada hamba-hambanya.... Alhamdulillah.

Dalam surah Al-Qadr itu sendiri telah cukup menjadi bukti tentang anugerah malam yang begitu nikmatnya pada kita. Oh Allah, bilakah tiba masanya untuk ku merasai nikmat malam itu? hanya Allah sahaja yang tahu bilakah malam itu.

Tanda2? ya adalah cerita-cerita yang kedengaran bagaimana suasana malam lailatul qadar itu. Mungkin benar? mungkin hanya perasaan mereka pada ketika itu? apa yang pasti, mereka yang beribadat pada malam itu tetap mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Malam Lailatul Qadar pada 20 terakhir Ramadhan? Hmmm, persoalannya di sini, perlukah kita menunggu 20 hari terakhir untuk berusaha mencari malam Lailatul Qadar..... tepuk dada tanya iman.

Akhir kata, marilah kita sama2 mencari malam tersebut, moga-moga kita mendapat rahmat dari-Nya... Wallahualam

-RedBloodCell-

5 comments:

syaa said...

salam. bravo for this post!*clap*:D

Zaujah Umar Hamzah said...

yeh.. pkir2 kan.. =)

Anonymous said...

kalau cari 20 mlm trakhir, kite dah jimat 2/3 ramadan...so, kire discount la supaya senang kite dapat..

RedBloodCell said...

sya: mekaceh;)

anis: btol2.. pk2kan

andoc: aper plak jimat, klu ko wat full ko ttp dpt lailatul qadar+extra pahala 10 hari... renung2kan:D

saye_chegu said...

alhamdulillah...hihihi...budak baru nyebok lam site neh sat...