BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 22, 2009

Hujan

Selesai makan tengah hari di rumah di mana agak jarang untuk kami serumah makan tengah hari, tiba-tiba hujan pun turun. Hujannya tidaklah lebat, bukan juga rintik-rintik, maka akan aku klasifikasi sebagai hujan renyai-renyai. Entah mengapa, hujan ini menggerakkan hatiku untuk mencoret sepatah dua kata di "Sikda Keja, Molah Keja' ini.

Di kala jarang aku membuka pintu selebar-lebarnya, hari ini ku buka seketika untuk mendengar alunan semula jadi itu. Memang menenangkan jiwa, walaupun lagu New Divide kat laptopku mengganggu keheningan itu. Maka u silentkan laptopku. Hmmm, baru tenang. Ketenangan memang diperlukan di kala peperiksaan akhir semester ini bakal ku hadapi 2 minggu dari sekarang. Ketenangan juga perlu supaya aku dapat melangsaikan esei pemuliharaan biodiversiti ini yang akan dihantar esok. Walaupun ada bibit kegeraman pada esei ini kerana mengganggu minggu revisi aku, tapi apakan daya, inilah kehidupan sebagai seorang pelajar.

Oh hujan, di kala engkau turun juga maka muncullah perasaan untuk ke atas katil dan apa lagikan akan ku buat di atas katil selain pergi ke alam mimpi. Di kala rakan-rakan stadi ku berada di universiti melakukan revisi.... mana mungkin aku mau tidur.... rakan-rakan, tunggu hujan berhenti akan ku pergi bersama-sama kalian untuk berjuang.

Hujan oh hujan, mengapa engkau turun? bukan kerna katak bukan? ini semua kerana kejadian semula jadi yang dicipta oleh Ilahi. Bayangkan setiap titik-titik hujan itu dibawa oleh malaikat... Subhanallah, sebab itulah hujan itu nikmat, hujan itu rezeki....


Oh tidak, di kala keseronokan melihat hujan, datang pulak sakit perut nie... spoil mood blog jer... hahaha babai

-RedBloodCell-

4 comments:

syaa said...

"Hujan oh hujan, mengapa engkau turun? bukan kerna katak bukan?"

terjatuh chenta dgn ayat itu. heee=)

qmarul_bob said...

~abi jiwang..

RedBloodCell said...

syaa:
jgn ko jatuh cinta pd katak sudeyh

bob:
rasanya ini bukan jiwang, tapi ekspresi sayang pada alam sekitar.... kot

qmarul_bob said...

~abi naturenerd