BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 21, 2009

Birokrasi

Perkataan Birokrasi di Malaysia kebiasaanya akan dikembarkan dengan perkataan-perkataan seperti "karenah" dan "masalah". Maka secara psikologinya akan menempelkan imej negatif pada mata "rakyat biasa" kepada agensi-agensi yang berkenaan. Akan tetapi, seperti biasa bagi mereka yang kaki putar belit cekerawala..... ada kebaikan juga di situ.

Pertama, karenah birokrasi mengajar kita erti usaha. "ussaha taqwa mulia"... slogan UiTM kot... "Usaha tangga kejayaan" peribahasa popular. Birokrasi yang mengajar kita erti usaha ini ingin saya bawa pada konteks nak pinjam duit dan sebagainya. Mau pinjam, takkan nak dalam sekelip mata, sedangkan along pon ade proses-proses die apa lagi agensi-agensi yang berkenaan. So, menunggu jawapan agensi-agensi ini adalah satu usaha, usaha nak push mereka, usaha untuk isi borang2, nak wat gambar pasport... dan sebagainya. Sifat semula jadi kita ingin sahaja menyalahkan pihak yang berkenaan... :boXX da diorg nie, aku nak pinjam duit pun susah, pastu aku nak pinjam kat along orang bising plak"...... mereka-mereka ini, sila salahkan diri sendiri.... pernahkah anda dengar perkataan menabung?berjimat-cermat?... ini mau pinjam mau cepat, mau bayar punya susah... dan tiba-tiba wat lupa... lu pk la sendiri

Kedua, birokrasi mengajar kita supaya pertingkatkan borsosial.... Konteks nya seperti MLM la yang ingin saya tekankan. Perbanyakkan talian hayat anda dengan orang-orang yang penting. Ok, saya tak nak putar belit alam kat part nie.... pastikan anda ada kabel. Kabel sangat diperlukan bagi menyelesaikan perkara yang bernama "Birokrasi". Kabel tidak adil??? ok, itu adalah ceritera lain... baik buruknya alau ingin dihuraikan boleh buat karanganku ini tersalah topik. Maka, perlulah ada communication skill yang baik untuk meningkatkan tahap sosial dan connectiity ngan orang-orang penting.

Ketiga, birokrasi mendidik kita supaya membaca. contohnya. Bila anda tau pasal tajuk blog ini anda baca:P... ok, itu poin anda boleh buang dalam tong sampah. Point sebenarnya, birokrasi terjadi apabila ada certain2 yang kita tidak buat yang menepati apa yang agensi berkenaan mahukan. Maka untuk mengelakkan dari terjerumus dengan masalah birokrasi, pembacaan kepada benda-benda seperti "terma dan syarat"... "cara mengisi borang".... yang terpampang kat dinding agensi akan dibaca oleh mereka yang bijak menangani birokrasi.

Keempat, ok.... cukup... nak berdota...

Kesimpulan, DOTA boleh menghilangkan perasaan benci pada birokrasi.... jom dota

-RedBloodCell-

Monday, December 14, 2009

Cuti.Kerja.Isu?

Maka untuk mengakhiri tahun 2009 ini, aku telah pun mengerah tulang empat kerat bagi menyara hidup 'anak bini' ini. Dan telah masuk kira-kira dua minggu aku mengabdikan diri di tempat kerjaku itu. Maka ada sahaja pengalaman tak kira manis, masin, masam dan pahit seperti rasa-rasa yang ada pada lidah manusia. Kerja apa? kerja la....

1. Yang perit Pertama:
Buat pertama kalinya kot, aku terpaksa mencukur bulu-bulu yang ada di bawah dagu (janggut) dan di atas bibir (misai) kerana kerja. Setiap hari kena buat, kalau tak, memang tumbuh balik. Memang perit bagi diriku yang sentiasa menyimpan janggut sejemputku itu.

2. Yang Perit Kedua:
Aku ada sindrom gelabah ayam. Nak 'serving2' nie, adusssss.... tangan aku memang menggeletar. Mungkin esok... lusa... atau... hopefully not happened.... adelah sesaper tersimbah makanan atau minuman tima aku serve.

3. Yang Perit Ketiga:
Kasutku (atau kasut pinjam kaler hitam kat luar tu saper pnyer), dah la licin... dan2 selalu jer masuk air. Kakiku nie baunya, enak sekali. Tak kisahlah pasal bau, yang aku concern... sakit seyh berjam2 gune kasut yang basah nie.

4. Yang Perit Keempat:
Ada banyak hari, aku serve 'transformers'... fuh, diorang-diorang nie yang grade A nyer.... fizikalnya memang dah transform abes dah.... TAPI, bila nak order tuh.... kuarla suare jantan dan tiba-tiba imaginasi indah bertukar menjadi mimpi ngeri... hahaha:P

5. Yang Best Satu:
Takkan nak cakap yang tak best jer kot. Apa yang best? makan... makan... makan... makan free, apa mau cakap lagi? sedap? kesedapan dia semakin hari semakin jatuh lah kan dek hari-hari makan benda yang sama... Tapi skang still sedap di mata lidahku.

6. Yang Best Dua:
Minum free... hahaha, same jer cam yang kat atas, rase cam takde plak modal nak cakap aper yang best keje nie

7. Yang Lawak Satu:
Yang pasal transformers tu tadi, selain perit... masuk dalam list lawak gak la kot.

8. Yang Lawak Dua:
Ada customer nie giler-giler dia puji masakan restoran nie sedap... hahaha, aku yang tengah dok kemas meja boleh dengar dia borak ngan cashier. Budak-budak yang kerja pun bertanya sesama sendiri.... sedap sangat kah??? hahaha, yang lawak sebenanyer, die nyer act yang lebey2 cakap sedap tu dowh....

9. Yang Sengal Satu:
Dan bila kita dok jadi waiter nie, barulah aku berjumpa pada character yang ade kat dalam TV tuh, marah-marah waiter tak tentu pasal. Aku baru jer kena hari nie, hahaha... pompuan yang aku rase dah tua, rambut die, baju seksi (nasib bek nampak 'hot' yang ciri nak masuk 'hell').... mula-mula soh aku lap kerusi n meja yang kotor dan tak lap lagi. Yang sengal pertama, tak nampak ka ada meja len ntuk ko masuk tuh? ade meja len nak meja nie gak.... (fine, ko customer, time tu aku sabar gie), second incident, time die nak order... punyer menjerit sambil angkat tangan... "ORDER!".... style ala2 mak datin la... aduss, tak tahan!, nasib aku yang bukan pegi amik order die... 3rd incident plak, aku yang anta makanan, aku anta... then dengan "macam tuttt die order kat aku... "I want extra chilli please", memang itu ayat biasa, tapi cara dia tengok aku yang sangat menyakitkan hati... then once aku hantar, aku menyeberang die (memang silap aku la, i admit), dijeritnyer... "Hey, why don't u pusing here!!!", bod... la... (nseb bek ak jenis saba lagi), chill la makcik oi... ok cukup mengumpat.

10. Customer baik yang aku tak nak terima:
Thanks la ek kat customer yang baik-baik, tapi saya memang tak dapat tahan kalau dapat tips tuh... adoi... gwa tarak amik tips nie... tapi u bg, i bg kat cashier... huahahaha, sengok la kat aku:P

11. Customer baik jenis yang aku suka.... yang cute2... hahaha, yang kua ngan gang2 pompuan jer, kalau couple aku tak suka!:p ok, yang nie merapu jer....

DONE, aku nak tido... wassalam

-RedBloodCell-


Sunday, December 13, 2009

Rokok... untuk mereka2 yang suka putar belit fakta

Ok, penulisan ini bukannya sekadar menceritakan keburukan rokok itu semata-mata seperti yang anda selalu baca di muka akhbar ataupun di mana-mana sahaja. Penulisan ini juga adalah kerana ingin bermain kata-kata denga budak yang letak tajuk Rokok beberapa hari lepas.

1. Rokok mengajar kita menipu.
Menipu ini ada banyak sangatlah contoh yang aku dah tengok sejak aku hidup nie.

Situasi 1:
Menipu diri sendiri takyah la nak citer. Kalau die tipu orang lain, sah-sah dah menipu diri sendiri. Ada perokok tak nak ngaku dia perokok.

Situasi 2:
Tipu mak bapak. haaaa, nie.... aku tengok sendiri pun ada. Aduh, kesiannya. Situasi nie selalu berlaku pada yang bawah umur lah kan. The worst possible yang pernah aku tengok, mak dia dapat tangkap dia ada rokok dalam beg dan lepas tu, dia cakap kat mak dia itu kawan dia punya. Aduh, punya mak dia tak percaya... kene tenyeh muka dia depan aku dan member2 die. Itu yang red handed, yang tak red handed, ade jer.... kes yang aku pernah tengok, bapak die nie memang tak nak anak dia merokok (tapi die merokok apacer!!!), pastu anak dia nie sanggup la asal nak merokok jer kuar umah la, bapak die balik umah jer cabut lari la... memang macam budak2...adoi

Situasi 3:
Tipu Cikgu. Hahahaha, yang nie aku tak boley blah.... Bukan sebab diorang boleh tipu cikgu, tapi diorang nyer action tak nak kantoi. Antara adegan 'sengal' yang diorang buat. Letak rokok dalam kasut+stoking(~~), merokok dalam tandas (persoalan: macho ke tu?), mempergunakan awek diorg tolong bwkkan (isu: ko ingt awek ko tu locker?), n ade gak yang sanggup sembunyi kat tempat2 seperti.... longkang (Adusss, sengaL!!!)...

Situasi 4:
Antara kamu dan yang tersayang.... ada awek akan tanya kat bakal bf atau bf die kan... dan jwapan diorang... x merokok... ok, ini punya laki memang tarak boley pakai... yang ngaku tu, ok, korang macho... n yang perempuan terima tue...... sendiri mau ingtla... hahaha, no offense ek kengkawan yang merokok

2. Atas tu baru pasal menipu diri sendiri... skang nak citer pasal fakta kerajaan mendapat keuntungan dari rokok.... sumer orang yang berilmu tau kerajaan tak sanggup nak mengboikot rokok secara total kerana cukai yang mereka dapat tu jauh melebihi keuntungan kat mereka. TAPI, ini bukan hanya kerana fakta itu sahaja, ini kerana menteri2 ini pun kaki rokok da(~~). Itu satu. Secondly bila sebut pasal keuntungan, jangan hanya sekadar melihat sebelah mata, cuba kita ingat lagi fakta penyakit-penyakit kat Malaysia... antara penyumbang kematian, sakit2 kronik??? kanser pasti terlintas pada kepala kita kan??? nah di situ, berapa RM yang dibazirkan di situ??? saya tak tau dan tak nak tau pun, yang pasti, it cost a lot... dan... keuntungan rokok dapat kat kerajaan... dan apa yang anda dapat dari kerajaan?? selalu pulak rakyat bising pasal tu gak kan,

3. Ok, ini pun pasal cukai rokok gak pown, kerana cukai rokok yang tinggi... makin banyak lah rokok seludup daaa... Apa, korang tak tau ka rokok seludup banyak jer kat Malaysia?? malah rokok seludup nikotin dia lagi 'high' tu yang budak merokok cakap... heh, maka kerajaan dah rugi kat nak control kes penyeludupan la plak... owh, rugi2.

ok, cukup panjang sudah. nanti kang korang tak baca plak:P

-RedBloodCell-

Monday, December 7, 2009

Aku Sekeping Nota ....

Hari pertama aku dilahirkan, aku dipisahkan dari kembar2 siamku setelah dipotong dengan mesin pemotong. Apa yang membezakan diriku dengan kembar-kembarku hanyalah kod bersiri yang menjadi identiti kepada diri kami semua. Akulah, sekeping wang RM50. Dalam kehidupan manusia, akulah yang bernilai untuk dijadikan tebusan pada barang-barang yang mungkin berfaedah kepada mereka. Bernilaikah aku?

Setelah dilahirkan, aku telah dimasukkan di dalam sebuah kotak hitam bersama adik-adikku dan sepupuku yang terdiri daripada nota RM10 dan juga RM50 sendiri. Tak sampai 5 jam, tiba-tiba aku diseret keluar dari kotak hitam itu dan maka ternampaklah seorang lelaki tua sedang menculit air liurnya sambil mengira aku dan kembar-kembarku di hadapan kotak hitam itu. Oh, rupa-rupanya kotak hitam itu tadi mesin ATM Maybank. Selepas itu, aku dimasukkan ke dalam satu benda yang manusia gelar sebagai dompet dan dimasukkan ke dalam poket di punggungnya. Aduh, bukan kerana sakit diduduk oleh tuanku yang baru itu, tapi alangkah "sedapnya" bau yang dilepaskan oleh tuanku ini, dan pada rakan-rakanku yang di dalam dompet ini memberitahu padaku, bau itulah yang dinamakan kentut. Wah, tak ku sangka hidupku akan dipenuhi liku-liku hidup seperti ini.

Setelah agak lama di dalam dompet tuanku, satu hari aku dikeluarkan dari dompet tuanku dan diserahkan pada seorang yang digelar 'mamak'. Sampai sahaja di tangan 'mamak' itu, aku terhidu bau yang sangat tidak menyenangkan. Bau itu seperti bau kentut, tapi lebih kuat dari itu. Setelah itu, sahabat-sahabat baruku yang ada dalam mesin wang aku memberitahu, tuan baruku itu selalu sahaja berak tak basuh. Oh tidak, badanku sudah ditambah bau yang tidak elok lagi dan lagi.

Nampaknya apabila senja menjelang, tiba-tiba aku terdengar berdas-das tembakan dan kulihat beberapa orang yang menggunakan stoking dimuka dengan parang di tangan. Aku musykil, kenapa sarung kaki disarung dikepala.... Oh, rupa-rupanya itu taktik untuk menrompak... Maka aku telah diambil oleh 'si perompak' yang juga tuanku yang baru. Aku dimasukkan ke dalam karung guni, baunya boleh diterima daripada bau kentut tuan pertamaku tadi.

Setelah beberapa jam di dalam karung guni, aku dikeluarkan dari karung itu dan di saat itu kulihat lima perompak yang tadinya memakai sarung kaki di kepala sedang membahagi aku dan rakan-rakanku sesama mereka. Aduh, kejam sungguh mereka membahagi kami semua, patut kah di kala mereka membahagi kami semua, aku diletak di atas kaki seorang mereka untuk mengelak aku dari terbang dek angin.... Banyak bau dapat ku hidu di situ.

Tiba-tiba, terdengar bunyi siren dari jauh. Ku lihat mereka-mereka ini pun mula menggelabah. Aku dibaling di ceruk-ceruk dan aku tak arif apa yang berlaku tapi dapat kulihat perompak-perompak tadi dibawa oleh mereka yang berbaju biru gelap di dalam kereta yang tertulis perkataan "POLIS". Ramai rakan-rakanku dibawa bersama pakcik-pakcik berbaju biru gelap itu, tapi aku entah bagaimana diabaikan sahaja di atas lantai itu.... Aku cuba memanggil mereka tapi nampaknya, mereka tak nampak aku. Bertapa ruginya mereka kerana bukankah aku bernilai pada mereka.

Tiga hari aku dibiarkan di atas lantai, aku dikencing dek anjing yang berehat disitu. Aduh bertapa pedihnya diriku. Harapnya ada saja siapa-siapa yang boleh menyelamatkan aku dari bala ini. Maka tiba hari yang ditunggu seorang laki-laki yang kurus kering terlihat diriku di atas lantai dan wah gembiranya tidak tehingga melihatku. Diciumnya aku, diletaknya aku di pipi. Wah, kalau lah aku boleh membrritahu kisah hidupku padanya.... apakah mungkin diciumnya aku... Mungkin dia telah dikaburkan oleh nilaiku, RM50.....

Inilah cerita hidupku, sekeping wang RM50. Hidupku dipenuhi dengan kitaran... harapnya kitaran yang baik pula akan kuhadapi selepas ini.... (mungkin bersambung?)


[KESIMPULAN: Wang, memang berharga pada kita, lebih-lebih lagi yang tertera nilai tertinggi la kan. Apapun, mari berfikir sejenak antara kisah-kisah wang ini bila berada pada tuan yang seperti dalam cerita di atas. Hal ini dibangkitkan kerana bila difikirkan sejenak ada golongan kita ini ada habit suke la letak wang tu kat bibir ke dan ape2 lagi la. Maka, fikir-fikirkan lah]

-RedBloodCell-

Sunday, December 6, 2009

Berhabuk seyh!!!!

aduss, 3 minggu dibiarkan... penuh sarang lelabah kat "sikda keja molah keja".... (~~)

Aku juz... kecewa... Chelsea kalah game lawan Man City la plak... haih, nasib badan.... xper2... kalau menang slalu pun susah gak... kang riak plak... maybe next time:)... ayat2 nak comfort diri sendiri

Knapa berhabuk? well exam la katakan dulu2... pas abes exam bizi ngan holiday mode (DOTA n DOTA n DOTA n DOTA n zzzz)... pastu skang plak keje dan keje.... ntah malam nie, tensen kot sbb klh... tu la nak anta brg sepatah dua kata... dan tiba2 terlebey kate2.

Dan... x sangke plak... di hari yang mengecewakan ini.... adalah post ku yang ke 111. wow.... kire x sangke.... permulaan pembukaan perasmian blogku dulu tidak sekadar hangat2 tahi ayam. walaupun isinya kurang memberangsangkan... x kisahlah, janji aku gumbira.

Aku ngantuk.nak tido. gud nite.

-RedBloodCell-