BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 21, 2009

Birokrasi

Perkataan Birokrasi di Malaysia kebiasaanya akan dikembarkan dengan perkataan-perkataan seperti "karenah" dan "masalah". Maka secara psikologinya akan menempelkan imej negatif pada mata "rakyat biasa" kepada agensi-agensi yang berkenaan. Akan tetapi, seperti biasa bagi mereka yang kaki putar belit cekerawala..... ada kebaikan juga di situ.

Pertama, karenah birokrasi mengajar kita erti usaha. "ussaha taqwa mulia"... slogan UiTM kot... "Usaha tangga kejayaan" peribahasa popular. Birokrasi yang mengajar kita erti usaha ini ingin saya bawa pada konteks nak pinjam duit dan sebagainya. Mau pinjam, takkan nak dalam sekelip mata, sedangkan along pon ade proses-proses die apa lagi agensi-agensi yang berkenaan. So, menunggu jawapan agensi-agensi ini adalah satu usaha, usaha nak push mereka, usaha untuk isi borang2, nak wat gambar pasport... dan sebagainya. Sifat semula jadi kita ingin sahaja menyalahkan pihak yang berkenaan... :boXX da diorg nie, aku nak pinjam duit pun susah, pastu aku nak pinjam kat along orang bising plak"...... mereka-mereka ini, sila salahkan diri sendiri.... pernahkah anda dengar perkataan menabung?berjimat-cermat?... ini mau pinjam mau cepat, mau bayar punya susah... dan tiba-tiba wat lupa... lu pk la sendiri

Kedua, birokrasi mengajar kita supaya pertingkatkan borsosial.... Konteks nya seperti MLM la yang ingin saya tekankan. Perbanyakkan talian hayat anda dengan orang-orang yang penting. Ok, saya tak nak putar belit alam kat part nie.... pastikan anda ada kabel. Kabel sangat diperlukan bagi menyelesaikan perkara yang bernama "Birokrasi". Kabel tidak adil??? ok, itu adalah ceritera lain... baik buruknya alau ingin dihuraikan boleh buat karanganku ini tersalah topik. Maka, perlulah ada communication skill yang baik untuk meningkatkan tahap sosial dan connectiity ngan orang-orang penting.

Ketiga, birokrasi mendidik kita supaya membaca. contohnya. Bila anda tau pasal tajuk blog ini anda baca:P... ok, itu poin anda boleh buang dalam tong sampah. Point sebenarnya, birokrasi terjadi apabila ada certain2 yang kita tidak buat yang menepati apa yang agensi berkenaan mahukan. Maka untuk mengelakkan dari terjerumus dengan masalah birokrasi, pembacaan kepada benda-benda seperti "terma dan syarat"... "cara mengisi borang".... yang terpampang kat dinding agensi akan dibaca oleh mereka yang bijak menangani birokrasi.

Keempat, ok.... cukup... nak berdota...

Kesimpulan, DOTA boleh menghilangkan perasaan benci pada birokrasi.... jom dota

-RedBloodCell-

2 comments:

Anonymous said...

boleh pening ak nak fhm apa y ko tulis...itu pun birokrasi jgk kot.haha

qmarul_bob said...

~GG jom..ak nk jgak main dota