BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 7, 2009

Aku Sekeping Nota ....

Hari pertama aku dilahirkan, aku dipisahkan dari kembar2 siamku setelah dipotong dengan mesin pemotong. Apa yang membezakan diriku dengan kembar-kembarku hanyalah kod bersiri yang menjadi identiti kepada diri kami semua. Akulah, sekeping wang RM50. Dalam kehidupan manusia, akulah yang bernilai untuk dijadikan tebusan pada barang-barang yang mungkin berfaedah kepada mereka. Bernilaikah aku?

Setelah dilahirkan, aku telah dimasukkan di dalam sebuah kotak hitam bersama adik-adikku dan sepupuku yang terdiri daripada nota RM10 dan juga RM50 sendiri. Tak sampai 5 jam, tiba-tiba aku diseret keluar dari kotak hitam itu dan maka ternampaklah seorang lelaki tua sedang menculit air liurnya sambil mengira aku dan kembar-kembarku di hadapan kotak hitam itu. Oh, rupa-rupanya kotak hitam itu tadi mesin ATM Maybank. Selepas itu, aku dimasukkan ke dalam satu benda yang manusia gelar sebagai dompet dan dimasukkan ke dalam poket di punggungnya. Aduh, bukan kerana sakit diduduk oleh tuanku yang baru itu, tapi alangkah "sedapnya" bau yang dilepaskan oleh tuanku ini, dan pada rakan-rakanku yang di dalam dompet ini memberitahu padaku, bau itulah yang dinamakan kentut. Wah, tak ku sangka hidupku akan dipenuhi liku-liku hidup seperti ini.

Setelah agak lama di dalam dompet tuanku, satu hari aku dikeluarkan dari dompet tuanku dan diserahkan pada seorang yang digelar 'mamak'. Sampai sahaja di tangan 'mamak' itu, aku terhidu bau yang sangat tidak menyenangkan. Bau itu seperti bau kentut, tapi lebih kuat dari itu. Setelah itu, sahabat-sahabat baruku yang ada dalam mesin wang aku memberitahu, tuan baruku itu selalu sahaja berak tak basuh. Oh tidak, badanku sudah ditambah bau yang tidak elok lagi dan lagi.

Nampaknya apabila senja menjelang, tiba-tiba aku terdengar berdas-das tembakan dan kulihat beberapa orang yang menggunakan stoking dimuka dengan parang di tangan. Aku musykil, kenapa sarung kaki disarung dikepala.... Oh, rupa-rupanya itu taktik untuk menrompak... Maka aku telah diambil oleh 'si perompak' yang juga tuanku yang baru. Aku dimasukkan ke dalam karung guni, baunya boleh diterima daripada bau kentut tuan pertamaku tadi.

Setelah beberapa jam di dalam karung guni, aku dikeluarkan dari karung itu dan di saat itu kulihat lima perompak yang tadinya memakai sarung kaki di kepala sedang membahagi aku dan rakan-rakanku sesama mereka. Aduh, kejam sungguh mereka membahagi kami semua, patut kah di kala mereka membahagi kami semua, aku diletak di atas kaki seorang mereka untuk mengelak aku dari terbang dek angin.... Banyak bau dapat ku hidu di situ.

Tiba-tiba, terdengar bunyi siren dari jauh. Ku lihat mereka-mereka ini pun mula menggelabah. Aku dibaling di ceruk-ceruk dan aku tak arif apa yang berlaku tapi dapat kulihat perompak-perompak tadi dibawa oleh mereka yang berbaju biru gelap di dalam kereta yang tertulis perkataan "POLIS". Ramai rakan-rakanku dibawa bersama pakcik-pakcik berbaju biru gelap itu, tapi aku entah bagaimana diabaikan sahaja di atas lantai itu.... Aku cuba memanggil mereka tapi nampaknya, mereka tak nampak aku. Bertapa ruginya mereka kerana bukankah aku bernilai pada mereka.

Tiga hari aku dibiarkan di atas lantai, aku dikencing dek anjing yang berehat disitu. Aduh bertapa pedihnya diriku. Harapnya ada saja siapa-siapa yang boleh menyelamatkan aku dari bala ini. Maka tiba hari yang ditunggu seorang laki-laki yang kurus kering terlihat diriku di atas lantai dan wah gembiranya tidak tehingga melihatku. Diciumnya aku, diletaknya aku di pipi. Wah, kalau lah aku boleh membrritahu kisah hidupku padanya.... apakah mungkin diciumnya aku... Mungkin dia telah dikaburkan oleh nilaiku, RM50.....

Inilah cerita hidupku, sekeping wang RM50. Hidupku dipenuhi dengan kitaran... harapnya kitaran yang baik pula akan kuhadapi selepas ini.... (mungkin bersambung?)


[KESIMPULAN: Wang, memang berharga pada kita, lebih-lebih lagi yang tertera nilai tertinggi la kan. Apapun, mari berfikir sejenak antara kisah-kisah wang ini bila berada pada tuan yang seperti dalam cerita di atas. Hal ini dibangkitkan kerana bila difikirkan sejenak ada golongan kita ini ada habit suke la letak wang tu kat bibir ke dan ape2 lagi la. Maka, fikir-fikirkan lah]

-RedBloodCell-

7 comments:

Rex said...

aku tau, mase kecik2 dulu (darjah satu) mesti ko xpuas tulis karangan tajuk ni kan? hehee

RedBloodCell said...

darjah satu mner der blaja karangan la ko... barjah 3 br blaja wat karangan nie....

Anonymous said...

y menariknya, duit dkaitkan ngan bau..mmmmmm

Syasya said...

Hakz~reminds me when we were in primary school.

Rex said...

ish, lmbt gile skolah ko blaja wat karangan! skolah mane ni?! :P hohohoo

slmt hari raye, maap zahir batin

IFyani said...

aku pernah terkenang kisah duit ni dan siapa yang penah memegang dan dari mana dia di-pass. tapi tak detail camni plak.

ehh, ni karangan kategori "biografi" macam dalam buku karangan tu kan. "Saya Seekor Kucing" etc

RedBloodCell said...

andoc:
nak wat karangan kene la ade topic utama die... ak nak tekankan psl bau la nie

syahadah:
ingatlah time primary skool tuh, saya sebatang pensel paling popular

rex:
ye2, skola kat sarawak... slamat raye gak

ifyani:
adik beradik karangan biografi la nie... mesti lebih dari 80 patah perkataan, wow... dari mule 80 patah perkataan... skang 80 tu aper la sgt kan...