BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 22, 2010

Serigala itu Anjing?

Bicara kali ini adalah berkisar tentang 2 haiwan di atas iaitu anjing dan serigala. Pada mulanya, permikiran ku telah disetkan bahawa serigala itu anjing dengan alasan yang kononnya saintifik (sebenarnya ambil sedikit masa untuk membaca tentang salasilah keturunan Lineaus) yang anjing adalah serigala yang telah di "jinak" atau perkataan inggerisnya "domesticated". Maka nama sains bagi anjing adalah Canis lupus familiaris manakala si serigala yang ber "common ancestor" dengan anjing adalah Canis lupus atau lebih dikenali sebagai "Grey Wolf". Oleh itu, ini hanya pengenalan pada tajuk bicara pada hari ini. Untuk informasi yang lebih lanjut tentang haiwan ini, anda bolehlah pergi ke laman Wikipedia seperti biasa untuk mendapatkan maklumat pantas.

Saintifiknya, sepertin nama di atas serigala dan anjing adalah haiwan yang "SERUPA". Akan TETAPI, fakta yang saya baru ketahui (begitu ceteknya kan pemikiranku), dalam islam hukum untuk kedua-dua haiwan ini berbeza. Serigala tidak tergolong dalam najis mughallazah dan ini telah dinyatakan oleh pihak JAKIM sendiri dan juga berlandaskan pegangan kita muslim di Malaysia, Mazhab Syafie. Maka, terlintas di pemikiran kita... atau mungkin aku seorang, potensi untuk orang islam memelihara serigala. Perkara ini telah dilakukan oleh segelintir orang islam sekarang yang mana hal ini yang menyebabkan aku tertarik untuk mencari bahan bacaan tentang status serigala ini. Di dalam pegangan mazhab Syafie, dinyatakan bahawa apa yang dikatakan sebagai keturunan anjing adalah apabila anak itu adalah dari kacukan anjing dengan haiwan lain (serigala).

Dan, ini mungkin tidak menyokong apa-apa tetapi dalam Al-Quran dan Hadith tidak menyebut secara terang pengharaman serigala tetapi ia khusus terus kepada anjing. Di Tanah Arab, serigala dan anjing itu telah ada nama mereka yang tersendiri dan ini bermakna ia telah dikenal pasti sebagai dua haiwan yang berbeza. Aplikasi contoh pada pembezaan haiwan ini dari sudut pandangan islam dapat kita lihat pada kaldai dan kuda. untuk pengetahuan saudara/i, kaldai haram dimakan manakala kuda halal dimakan. Fakta ini dicoret berdasarkan hadith yang saya akui tak tahu kesahihan dia, tolong semak betul ke tak:

Dari Anas r.a katanya:”Tatkala Rasulullah s.a.w menakluk Khaibar, kami menangkap keldai di luar kota lalu kami memasaknya. Tiba-tiba datang pesuruh Rasulullah s.a.w berseru:” Perhatian! Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kamu semua memasak daging keldai kerana daging keldai itu najis (dan memasaknya) termasuk perbuatan syaitan.” Maka dibalikkan orang periuk sehingga isinya tumpah semuanya.” (Muslim)

Maka berbalik kepada serigala dan anjing itu tadi, mungkin faktor kehidupan anjing dan serigala membezakan mereka sama seperti kaldai dan kuda yang pada dasarnya mempunyai kehidupan yang berbeza.

Apapun, mungkin suatu hari nanti di rumahku akan ada serigala sebagai "man Best friends?"

Wallahualam.


-RedBloodCell-

15 comments:

wandai said...

seronok. kalaulah serigala itu boleh dipelihara.

Anonymous said...

bengong mu nak bela srigala..kena ngap baru tau..bela kucing suda..

RedBloodCell said...

wandai:
memang seronok kan:)

andoc:
eh, skang dah ade jer orang bela serigala la... ala, same jer mcm orang bela anjing... lupe plak nak tunjuk gambar orang bela tu kat blog tadikan

~Biotech Boy~ said...

hehe..xde citation..kantoi..=p

wandai said...

kucing yang kecil ada kan? lepas ni cuba buat serigala yang kecil. comel what?

IFyani said...

kalau bela dari kecil mungkin lagi mudah jinak. menarik! walaupun kadang2 antara 2 tu tak tau beza. apa pun mereka tetap makhluk ciptaan Allah.

Anonymous said...

mmg la ada org bela, tp tu bukan kayu ukur y kukuh.ko try la bela tengok...btw, rimau y dbela dr kecik xkn ngap tuan die slagi die dberi mkn..kalau kucing, die xkan mkn kite kalau kite x bg makan kat die...

Zaujah Umar Hamzah said...

buat zoo kat rumah lg senang.. serigala ade.. kuceng ade.. ayam ade.. kalau nak letak gajah pon boleh what.. heee~
tapi agak best kenyataan membela serigala.. kalau werewolf leh bele x eh?? huhu

RedBloodCell said...

adib:
x kisah kot citation ke x, ini bukan formal literature:P

wandai:
serigala ak nak yg besa2 nyer... br leyh kawal umah ak tuh

If:
memang menarik pown, dan memang ade dah yang dah bela

andoc: so ko jgn la x bg serigala tuh makan, pastu ltk la dlm kandang. tu pon nak ak ajarkan ke?

anis:
nak wat zoo a plak. nnti anda akan pegi zoo nnti kat umah yo tuh. Ade itik, ayam, tupai, arnab. dan kadang2 jmper ular dan biawak. kat lua jmper kerbau... hahaha

IFyani said...

Yeah memang ada dah orang bela. Aku baru teringat ada cerita Jepun tentang budak perempuan jumpa baby wolf dalam hutan dan bela terus.

maLinAMaLin said...

trima kasih ats info yg sgt2 berguna...
saya sgt konfius serigala dan anjing sama spesis atau x? sy dh pernh bermain dgn serigala n tiba2 terpikir adakh ia tidak blh disntuh sama seperti anjing..kini saya dh faham..n lega sgt..tq skali lagi..

Aaron Faizal said...

wwaa ,, ade jugak orang shared minat yg sama~^^ hi5!

Anonymous said...

Mana citation?

Unknown said...

Bagaimana dengan red foxes??? Adakah hukumnya sama dgn anjing

Unknown said...

Boleh... Cuma kat dlm undang2 Malaysia.. Serigala bukan salah satu haiwan liar yg boleh dipelihara tak seperti negara lain