Doa... Bukan DOTA....
Doa itulah senjata umat Islam yang terkuat dan telah dipersiapkan kepada kita sejak kita di bangku sekolah lagi. Sejak sekolah kita diajarkan cara untuk berdoa di kala kita mula mengenali program makanan tambahan di sekolah dan maka kita diminta untuk berdoa sebelum makan. InsyaAllah semua umat Islam tahu bagaimana untuk membaca doa makan.
Jika kita lihat statement di atas, So what? apa yang dikatakan senjata itu? Rakan-rakan sekalian, cuba kita lihat... sebab kita membaca doa itu adalah pertama ingin menunjukkan kita bersyukur dengan Pencipta kita, di dalam konteks baca doa makan itu, kita bersyukur dengan rahmat makanan yang ada pda kita. Apabila kita berdoa, dengan itu kita telah mengiktiraf keesan Allah SWT yang memberi rezeki itu dan diharap kita faham yang kekenyangan kita apabila makan itu datang dari Allah dan bukan dari makanan kita... tetapi kekenyangan itu disampaikan melalui kita memakan makanan itu. Maka.....senjata yang paling penting itu terletak kepada KEPERCAYAAN rakan-rakan sekalian. Lihat jika kita tidak percaya bahawa roti boleh menghilangkan kenyang... maka minda kita akan diset... (oh ya, ini hanya bersandarkan kepada roti sahaja)... tapi jika kita sandarkan Allah SWT lah yang mengenyangkan kita... Alhamdulillah... kekuatan percaya kepada Allah ada di situ. Maka mari kita lihat apa yang penting bila ada sifat percaya pada Allah yang memberi rezeki. Maka banyak lah manfaat yang kita dapat.
Kadang-kadang kita sering merungut... jika dan bila mana doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. Maka Allah SWT telah dipersalahkan... Nauzubillah rakan-rakan.... Saya juga terkesan pada sikap ini di mana sejak saya lepas PMR, saya mula mengambil sambil lewa doa-doa saya.... saya kurang prihatin.. kurang khusyuk akan doa di kala lepas saya solat. Saya akui, pada masa itu sebenarnya ada perasaan kecewa dengan beberapa doa saya yang tidak seperti yang dijangkakan.... TAPI... sedarkah kita, apa yang kita telah lakukan selama ini yang menyebabkan doa kita tidak sampai kepada-Nya? maksiat? menjaga pergaulan? makanan? Oh tidak.... banyak juga yang telah menjadi pendinding kepada doa ku selama ini. Alhamdulillah, aku mendapat nasihat dari orang yang aku sayang tentang diriku yang dia nampak macam mengabaikan doa... Dan di situ aku sedar kesilapanku.... sejak lama dulu... Ya Allah... ampunilah aku ya Allah.
Di kala ini, aku sedar.... jika doa aku tidak dimakbulkan.... maka lihatlah apa yang telah aku lakukan yang telah menyakiti pencipta-Ku.... Ya Allah, aku harap doa-doaku akan dimakbulkan oleh Mu ya Allah... Amin... Ampunilah dosaku ya Allah... permudahkan jalan hidupku ya Allah... amin
Monday, December 20, 2010
Doa... senjata umat Islam
Posted by RedBloodCell at 4:07 PM 3 comments
Wednesday, December 15, 2010
Hukum Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Non-Muslim
Assalamualaikum....
Nampaknya Krismas semakin dekat dan ramailah rakan-rakan kita yang beragama Kristian bersiap-sedia menyambut ketibaan hari-hari yang mereka tunggu itu, sama seperti umat Islam yang menanti Aidilfitri dan Aidiladha untuk disambut. Persoalan yang saya akan timbul di sini adalah apakah hukum kita sebagai umat Islam untuk menghadiri majlis rumah terbuka rakan-rakan non-Muslim kita? Di kala ada rakan saya telah pun menjemput diri saya, maka timbullah minat untuk mencari bahan untuk dijadikan asas pada penulisan ini. Diharap ia memanfaatkan pembaca-pembaca blog saya ini.
Pertama yang saya ingin selitkan di sini ialah fatwa yang telah dikeluarkan oleh JAKIM tentang permasalahan ini:
Point-point yang dikemukakan oleh JAKIM adalah hanya jika seseorang muslim itu pergi:
- dengan tidak meredhai agama tersebut dan menjaga syariah agama Islam dan tidak melakukan ritual agama lain
- mengelakkan perkara yang syubhah dan fitnah
- niat untuk menunjukkan Islam agama yang bertoleransi dan dengan kehadiran kita di sana memanfaatkan imej agama Islam
Maka, dengan alasan-alasan di atas, JAKIM telah memutuskan umat Islam tidak ditegah untuk hadir ke majlis-majlis mereka
(Sumber: e-fatwa.gov.my)
Ini adalah berdasarkan fatwa yang dikeluarkan dan kita umat Islam di Malaysia.. Dan jika anda percaya kepadanya maka pergilah. Saya sendiri? jujur saya perlukan pembuktian yang lebih lagi.
Dan laman sesawang di bawah akan menerangkan lagi detail tentang permasalahan itu di mana web ini lebih kepada menyokong fatwa di atas:
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3765
Pandangan kedua yang saya ambil kira pula adalah Haram kepada seorang muslim itu untuk hadir ke majlis agama bukan Islam. Kenapa?
Oh, tiba-tiba saya malas nak tulis... sila pergi blog ini:
http://dialogimani.wordpress.com/2008/09/19/hukum-menghadiri-perayaan-natal/
Dan pandangan penulis ini memang lebih kepada pengharaman pergi ke majlis-majlis mereka
Dan akhir sekali, yang mana saya sendiri percaya ialah tidak salah anda pergi ke majlis mereka tetapi tidak perlulah kita yang beragama Islam untuk menawarkan diri kita untuk pergi. Biarlah atas jemputan rakan kita itu kerana sudah pasti bila dijemput, Hukumnya jatuh kepada Harus kerana kita dikehendaki menghormati jemputan orang lain. Bukan begitu? Dan ingatlah bukan bermaksud kita tidak ingin mengucap selamat kepada non-muslim tapi biarlah kita sedar bezakanlah perayaan agama atau budaya.... Wallahualam (Ini yang aku nak bagitau gak, kalau perayaan budaya, aku sedia wish rakan-rakanku.. contoh: Chinese New Year, Gawai Dayak... Owh, kalau nak sgt wish ntuk Hari Krismas.... kita wish jer Happy New Year kan;)
-RedBloodCell-
Posted by RedBloodCell at 11:08 AM 2 comments