Assalamualaikum....
Nampaknya Krismas semakin dekat dan ramailah rakan-rakan kita yang beragama Kristian bersiap-sedia menyambut ketibaan hari-hari yang mereka tunggu itu, sama seperti umat Islam yang menanti Aidilfitri dan Aidiladha untuk disambut. Persoalan yang saya akan timbul di sini adalah apakah hukum kita sebagai umat Islam untuk menghadiri majlis rumah terbuka rakan-rakan non-Muslim kita? Di kala ada rakan saya telah pun menjemput diri saya, maka timbullah minat untuk mencari bahan untuk dijadikan asas pada penulisan ini. Diharap ia memanfaatkan pembaca-pembaca blog saya ini.
Pertama yang saya ingin selitkan di sini ialah fatwa yang telah dikeluarkan oleh JAKIM tentang permasalahan ini:
Point-point yang dikemukakan oleh JAKIM adalah hanya jika seseorang muslim itu pergi:
- dengan tidak meredhai agama tersebut dan menjaga syariah agama Islam dan tidak melakukan ritual agama lain
- mengelakkan perkara yang syubhah dan fitnah
- niat untuk menunjukkan Islam agama yang bertoleransi dan dengan kehadiran kita di sana memanfaatkan imej agama Islam
Maka, dengan alasan-alasan di atas, JAKIM telah memutuskan umat Islam tidak ditegah untuk hadir ke majlis-majlis mereka
(Sumber: e-fatwa.gov.my)
Ini adalah berdasarkan fatwa yang dikeluarkan dan kita umat Islam di Malaysia.. Dan jika anda percaya kepadanya maka pergilah. Saya sendiri? jujur saya perlukan pembuktian yang lebih lagi.
Dan laman sesawang di bawah akan menerangkan lagi detail tentang permasalahan itu di mana web ini lebih kepada menyokong fatwa di atas:
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3765
Pandangan kedua yang saya ambil kira pula adalah Haram kepada seorang muslim itu untuk hadir ke majlis agama bukan Islam. Kenapa?
Oh, tiba-tiba saya malas nak tulis... sila pergi blog ini:
http://dialogimani.wordpress.com/2008/09/19/hukum-menghadiri-perayaan-natal/
Dan pandangan penulis ini memang lebih kepada pengharaman pergi ke majlis-majlis mereka
Dan akhir sekali, yang mana saya sendiri percaya ialah tidak salah anda pergi ke majlis mereka tetapi tidak perlulah kita yang beragama Islam untuk menawarkan diri kita untuk pergi. Biarlah atas jemputan rakan kita itu kerana sudah pasti bila dijemput, Hukumnya jatuh kepada Harus kerana kita dikehendaki menghormati jemputan orang lain. Bukan begitu? Dan ingatlah bukan bermaksud kita tidak ingin mengucap selamat kepada non-muslim tapi biarlah kita sedar bezakanlah perayaan agama atau budaya.... Wallahualam (Ini yang aku nak bagitau gak, kalau perayaan budaya, aku sedia wish rakan-rakanku.. contoh: Chinese New Year, Gawai Dayak... Owh, kalau nak sgt wish ntuk Hari Krismas.... kita wish jer Happy New Year kan;)
-RedBloodCell-
2 comments:
haizzzz....sedih gak la sebab ko y post mende ni.p la kalau nk p..pandai2 jaga diri...haha
naper lak sedey klu aku post?? hahaha...
Post a Comment