Assalamualaikum,
aduh, bicara saya pada kali ini agak tidak bersesuaian dengan status diri ini yang begitu cetek ilmunya tapi apakan daya, keinginan untuk berkongsi ilmu yang cetek itu digagahi jua.
Bicara saya saya tidak akan cuba untuk menyentuh isu-isu ghaib di mana jika kita fikir, dalam Islam kita hendaklah percaya kepada benda-benda ghaib, contohnya wujudnya Malaikat, Syuga Neraka dan makhluk selain manusia. Maka, alasan-alasan perbezaan antara kepercayaan umat islam kepada teras-teras berkaitan isu yang kita anggap history dan tidak nampak pada mata kasar kita akan tidak dibincangkan. (Hal ini saya kaitkan dengan isu kepercayaan orang kristian pada konsep triniti dan sewaktu dengannya, yang pada saya kalau hendak dibahaskan, pasti tiada jalan penyelesaian dengan both parties akan tetap dengan kepercayaan ghaib yang agama masing-masing telah tetapkan pada kita.
Baiklah, maka saya sebenarnya ingin bincangkan perbezaan dari sudut praktikal islam dan kristian itu sendiri, bagaimana manusia mempraktikalkan agamanya dalam kehidupan kita.
Pertama, dalam islam kita sepatutnya percaya bahawa dalam kehidupan kita tiadanya pengasingan di antara pemerintahan dengan keperluan agama. Dengan kata sensitifnya... tiada sekularism dalam kehidupan kita. Berlainan pula dengan agama Kristian, mungkin bukan semua yang beranggapan seperti saya, tapi pada saya... kristian mengsekularkan politik dan agama. Manakan tidaknya wujud kerajaan sekular dan jika kita belajar sejarah sendiri, sub topik yang muncul adalah politik agama dan sosial adalah pemisahan isi yang akan dibicarakan. Malaysia sekarang ini? saya tidak ingin untuk mengkomen, tapi alangkah baiknya jika kita dapat garapkan politik bersama-sama dengan agama, tidak rasional kah kerana kita mempunyai berbilang-bilang kaum? ok, mungkin ada point di situ, tapi pernahkah kita mencuba untuk mengtidak sekularkan negara? belum cuba belum tahu, mungkinkah ia lebih baik dari Malaysia sekarang? tepuk dada, tanya selera
Kedua, dalam kehidupan praktikal kita sebagai umat islam, kita melakukan banyak amalan harian yang mana ia telah diterangkan secara detailnya dalam al-Quran, maksud saya di sini adalah amalan seperti solat 5 waktu, praktikalnya berwuduk sebelum solat, wasiat dan juga menunaikan zakat. Pendek kata, apa-apa amalan baik harian ini telah diterangkan secara detail dan kita sebagai umat Islam sudah sedia maklum bagaimana ia akan dilaksanakan... mungkin jika tiada imam2, baca al-Quran pasti jumpa jawapan praktikal amalan harian ini (ade ke xde imam zaman sekarang? takde la kan)... Dalam kristian pula, amalan-amalan yang mereka lakukan itu sebenarnya (jika ada, tolong bagitau... oh, sapa jer nak bace blog saye kan:P)... rasanya tiada yang menyentuh pada detail2 amalan harian anda pada Tuhan yang disembah. Baiklah jika ada yang menerangkan detail sembahyang hari Ahad itu mungkin saya boleh terima (jika ada).
Ketiga, mari kita berbicara tentang solat.... Subhanallah, praktikal yang digunakan oleh seluruh umat Islam di dunia, kita percaya bahawa solat wajib... 5 waktu sehari semalam, dan berdasarkan waktu2 yang telah ditetapkan seperti jatuh matahari (terbenam) ialah maghrib... berapa rakaatnya, bacaan dalam solat, cara bersolat... semuanya adalah sama bagi penghanut Islam... bacaan solat adalah dalam bahasa Arab dan semua bangsa akan menggunakan yang sama... Subhanallah, rasanya kita dapat lihatkan kehebatan agama Islam di sana. Bagi kristianiti, mungkin mereka angap ini sebgai kekuatan iaitu tiada proper words untuk bersembahyang dan tiada batasan waktu untuk melakukannya. Pada pandangan yang patuh pada kristianiti, ini adalah kelebihan dalam kata mereka mempunyai fleksibiliti dalam melakukan solat, tapi bagaimana kita lihat ia sebgai kelebihan umat islam? bagaimana solat 5 waktu kita membentuk disiplin diri dan kita tahu manusia adalah makhluk lemah yang sering lupa, juga lupa pada pencipta kita (jika sesaat, sudah kira ok... tapi kalau dah berjam2, hari2, bulan2??) kita lihat, jika kita sekurang-kurangnya melakukan solat 5 waktu ini, adalah kitaran kita ingat pada Allah ketika kita solat... Alhamdulillah...
Okai, terasa malas nak tulis dah... for more reading... cari lah apa2 yang patut... dan rasanya, jika kita ingin mendifferenkan apa yang kita pegang, biarlah kita lihat pada praktikalitinya di mana kelebihan kita sebagai umat islam akan terserlah bila melihat kenapa secara praktikal kita melakukan nya (contoh: hukum riba, amalan berjudi, poligami, zakat, wasiat, kahwin etc)... hikmah2 yang ada pada islam akan terserlah pada jalan hidup islam... insyaAllah, kita akan dapat lihat... Wallahualam
Вкус ночи 2010 прокат фильмы online
5 years ago
1 comments:
bgus2...i like
Post a Comment