BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 14, 2011

Saya Malu Dengan Anda!!!

Salam readers,

Saya malu... sangat malu apabila mendengar cerita dari seorang rakan sekerja saya hari ini. Malu kerana tiada adab budi bahasa yang baik dari seorang rakyat Malaysia dan kenapa saya malu, perkara ini berlaku pada rakan saya yang bukan rakyat Malaysia. Kisahnya.. adalah lebih kurang seperti ini.

Kawan foreigner saya nie namanyer Jameel dan merupakan warga negara Iraq. Masih menyambung pelajarannya di UM dalam PhD. Pagi itu, dia pergi membeli barang-barang keperluan di sebuah kedai di mana dia membeli untuk kerja-kerja projeknya. Maka, atas dasar kerja projek yang boleh membenarkan Jameel "claim", maka dia minta resit untuk tujuan itu. DIa minta akak kedai untuk mengasingkan resit dan lebih kurang begini lah die berkata

"Sis, can you make resit and please separate the resit"

Dalam keadaan kedai yang agak bizi itu, maka kakak itu pown mencarutlah sambil dengan penuh kasar membuat resit itu, antara ayat-ayat yang Jameel ceritakan

"Nyusahkan btol r ko nie... bla3... BODO pnyer org asing...."

Oleh kerana terdapat perkataan BODO itu, maka Jameel agak terkilan maka menegur akak itu...

"Akak, saya memang foreigner, tapi saya faham... Saye tau sini banyak orang tapi sabar... tak perlu marah2"

..... maka terkejut akak itu, dan barulah nak mintak maaf...

Jameel juga menceritakan ade gak r customer gelak tengok reaction akak tuh... aper pown.... Jameel juz bwat slumber and die siap bagitau kitorrang time cerita, dia tak kisah pown kalau akak tuh kasar2, tapi kalau dah mem"bodoh"kan die, die terkilan sedikit. Owh, dan apa yang saya faham, Jameel memang seorang yang baik dan mengikut ajaran Islam sebenar.

Maka, the moral of stories... silalah berbudi bahasa tak kira dengan siapa2... jagalah tutur kata kita, dan ingatlah sibuk2 kita... itulah lumrah kerja

Sekadar untuk perkongsian, wassalam

(memang Jameel hebat gak berkata-kata bahasa Melayu, silaplah...)

-RedBloodCell-

2 comments:

Anonymous said...

tp perlu kite tegaskan disini akak tu fhm jugak bhs inggeris..rugi la kalau die x bbudi bahasa..customer service ni job y penting..huhu

Rex said...

amende ko merapu ni andoc? mcm org berkulit gelap pon ade.. hahaha