BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 24, 2008

Lima Hari Bagaikan Lima Tahun

Rasanya sudah 5 hari aku tidak mengonlinekan diri dan juga tidak mengupdatekan blogku ini.

  • Hari ini aku menungu panggilan dari encik kedai motor. Hahaha, tak sangka ibuku membeli sebuah motor untukku walaupun aku akan menggunakan motor itu untuk mungkin sebulan setengah sahaja.
  • Berkenaan dengan internshipku, alhamdulillah aku telah mendapat offer letter dari Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak dan akan melaporkan diri pada 5 Januari 2009. Dan inilah juaga sebab aku mendapat motor baru.
  • Dalam hari-hari aku menyepikan diri ini, aku telah melakukan pelbagai kerja amal di rumah ini seperti mengecat dan mengecat, mengangkut tanah, dan banyaklah kerahan tenaga. In the bright sight, aku tidaklah bosan dengan kerja-kerja tidurku yang selalu ku lakukan di Sunway itu.
  • Oh ya, aktiviti DOTA tetap berjalan, kini aku sedang melatih adikku supaya boleh dijadikan rakan seperjuangan menentang 5 AI insane. Progressnya bolehlah dikatakan pantas, cuma penggunaan item yang agak errr...
  • RINDU? hahaha, kenapakah aku timbulkan perkataan ini??? ya, aku rindukan ..... korang buatlah spekulasi korang sendiri ek:P
  • Rumah Makmur??? nampaknya telah ada usul untuk berpindah. FYI, skang nie tengah tunggu Dr. T balik dari UK dan akan berbincang dengannya tentang penukaran hak sewaan rumah lama Dr. T. So, kepada rakan-rakan Makmurku, kalau boleh minta bantuan anda untuk mensettlekan pasal rumah tu nanti... thanx
  • Currently, aku tengah melengah-lengahkan masa kerana adik kecilku yang baru berusia 5 tahun ingin menjajah laptopku untuk bermain..... FROZEN THRONE... hahaha, ya dia bermain bende2 ini termasuk DOTA... tapi.... kenalah gune cheat:D

OK, itulah sahaja coretanku hari ini... aku ingin menunaikan kewajipan MANGAku pula... renung-renungkan dan selamat beramal

RedBloodCell

Thursday, December 18, 2008

Cuti2 Sarawak...:D

okai, setelah sehari aku berpuasakan diri untuk tidak menginterneting merangkap tidak melawat blogku dan blog-blog len, kini akhirnya aku berpeluang untuk mencuri sedikit masa untuk moncoret-coret buat seketika. Di kala adik-adikku bershopping di Bandar Serian, aku mengambil peluang ini melepak di umah kuarters kat SMK Serian dan di situ adalah kemudahan internet berbanding dengan umahku di kampung itu. Apapun, hanya sekadar ingin berkongsi di hari-hariku di Sarawak ini:

1. Alhamdulillah semalam aku pergi berjalan-jalan ke Kuching dengan harapan mendapat melakukan internship yang ku cuba cari di Semenanjung Tanah Melayu tapi tak dapat... Maksud ku, aku baru sahaja pergi ke sebuah institut penyelidikan itu dan tidak ku sangka begitu mudah mereka memberi respon (positif), mereka hanya minta aku membuat surat meminta penempatan di sana dan insyaallah akan masuk secepat mungkin. Thanks to Encik Muhammad yang membantu di sana.

2. Apapun di sini, plan B ku tetap ada iaitu jika tidak dapat merealisasikan impianku untuk menginternship, maka menjadi gurulah aku. opsss, kebaikannya di situ, bolehlah aku earn some money there since internship xde gaji. n also, maner tau ade prospek2 nak dijadikan ehem2... hahaha, maklumlah... kuota 4 nie masih tak diisiikan lagi:P.

3. Lepas nie aku akan menghubungi Dr. T untuk membincangkan prospek rumah baru budak-budak Makmur 505. Mungkin nanti adakah nama Makmur masih melekat pada bujang2 yang tingal di situ nanti?

4. Lepas nie gak aku pergi ke Kuching, itupun selepas mereka-mereka balik bershopping dan sebenarnya aku mengharap mereka lambat sikitlah bershopping itu supaya aku ada masa untuk di hadapan laptop ini:D.

5. BYE.


RedBloodCell

Monday, December 15, 2008

program persediaan

hahaha, sikda pa pon program persediaan tok, tok ntuk dirik ku jak, lamak la juak since post ptama ku.. ku make bhs dirik bah. Skang tok ku sik tauk la berulang kali ku nenga lagu nemiak nama knowno ya... lagu nya sik la ku mok mdh best gilak, tp nyalah ya, sbb nya jak yang brani molah lagu tros make bhs kedirik nak. In d sense, mungkin aku tok juz mok support urang ku dirik, aku bukan pa la nak, ku bukannya nemiak nok nang suka gilak lagu berirama rap2 kedak ya.... Anyway, tahniah lah ngan ko Nono, bbaloi la ko molah lagu ya alu jd ringtone ku. hahahaha


ok, ntah brapa kali nak aku mok ngulang dlm pos ku... ku dah mok balit dah ke Serian nun, mok spesifik gik Kpg Jaya Ria. Rumah ku kinek tok boleh ku madah sia lah walaupun yang ku tauk kmk urang tinggal sia ngan umah ku sigeh gik kat kuarters cikgu nun. hmmm, mok tauk kenak alu ada duak igek umah tros ku diam? tok nang sebab pertama: bapak ku tok warden skool n warden knk la dok skool nak. So, yala alu kedak ya. Keduaknya: Famili ku sik mok nandah umah ku kat kmpg ya dtinggal kedak ya coz da dimasuk urang 3 kali ka mun ku sik salah. Nok part sedeynya is brg kemas time mak bapak ku kawen lok di ambik nya juak dah. Alulah sikda pa gik yang tinggal sbg kenangan ntuk mak bapak ku. Pasya no 3: umah ku kat kmpg ya sikpat dipasang Streamyx so SMK Serian mpun umah juz as a place for us to use internet facility:p... so, this is some of the reasonlah.

hmm, pasal umah ku kat kampung Jaya ria tek nak. Nya teletak keduak ujung kat jalan baru kampung ya... di depan umah ku adalah kelapak sawit... n FYI, nang umah ku dalam kebun klapak sawit. sebelah umah ya is umah tinggal, sikda urg tinggal n belakangnya kebun mak bapak ku. Ok, basically, umah ku ya tebalit. Sebena2nya, dpn umah ku dah jd blakang umah. Why? becoz of planning molah jalan ya bengong. Mula tek mok molah jln kat depan, tiba2 alu kat belakang, Anyway, its make my bapak pnyer umah unic:D...

Mula2 dolok, aku nang la sik suka mun mok stay sia. Ku sik tauk kenak... maybe sbb mun mok gi sia, kenak mengharungi utan cket. yes, its true. sbl umah ku ya siap, ku kenak la berundan dalam semak sbl sampe sia. Anyway, skang br la ada umah2 len so, ada la jalan n frm tht time, bukan ku suka la stay sia, tp i get use to it since now, its my permanent house. Umah bapak mak ku ya, memang besa n umah ya dibuat oleh dirik mpun. Ku? adala nolong molah, lbey kurang 0.4% maybe, its my contribution... hahaha. pa2 jak lah nak.

OK, skang tok dah jam 3.49 pagi.. masa ntuk ak tido... Aie tok Adib dah balit, so ble la kmk urg layan sekejap men DOTA... at last, bley la ku men ngan human:P... n d result: kamek urg men 4 kali... mula2 aku dpt Tiny n Adib dpt Faceless Void. Nya dpt hero aku, n ak dpt hero adib. Men sik sampe 30 minit aku n nya pon give up since game ya nampak cam sikkan ke sine. I mean, kmk urg comform kalah. So 2nd game, kamek urang men la -apne. So, ak amik Void Demon n Adib men ngan Tiny. N d result is kmk urg rsnyer menang mudah alu. hahaha, so d third one, men -apne agik. Kinek tok ku amik Axe, hero faveret ku juak n Adib mok men ngan Barathumnya... hahahaha, sik sangka gik game tok kantoi... ku mala jak mati, n maybe coz of wrong tactic... ku meli but awal glak. n sayo juak la kmk duak time ya. So, awl2 gik give up n restart la match. Ku msey gik amik Axe sbb ku rs ku salah molah item td n Adib tuka Hero nya amik Lina. N Alhamdullillah, game tok ada sedikit fight... n kamek urg mng:D

Sunday, December 14, 2008

renungan singkat...

mungkin ini tiada ertinya pada anda, tapi saya tetapkan kongsikan bersama dua perkara yang saya lihat hari ini:

1. Pertama mengenai 2 buah pokok cempaka, satu ditanam di dalam pasu yang kecil dan satu lagi ditanam di atas tanah. Setelah 3 tahun tuan empunya pokok ini menanam pokok ini, maka dapat dilihat pokok yang ditanam dalam pasu terbantut manakala pokok yang ditanam atas tanah hidup segar bugar.

2. Kedua adalah 2 orang pemuda, pada hari sebelumnya mereka telah pergi ke satu perkhelahan di Pulau Tioman dan tidak disangka-sangka tertukar sebelah selipar mereka sesama sendiri. Untuk merumitkan keadaan, seorang dari mereka berkaki saiz 8 dan seorang lagi saiz 9. Setelah beberapa lama juga, mereka bertemu lagi dan pada waktu itu adalah satu majlis di rumah rakan mereka dan bila hendak balik baru mereka melepaskan perasaan masing-masing setelah menemukan pasangan yang sebenarnya bagi selipar mereka. Menariknya, 2 pemuda ini masih menggunakan selipar yang saiznya berbeza itu.

Hahahaha, ok.... untuk pengetahuan rakan-rakan, ini bukanlah kisah dongeng, tapi ini kisah benar yang saya lihat hari ini. Pengajarannya, anda cubalah cari sendiri sebab pada saya, saya mendapat sesuatu dari dua perkara ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

P/S Kejadian ini berlaku kat umah prospek untuk aku tinggal next year r FYI kat budak Makmur:D
RedBloodCell

Friday, December 12, 2008

The time will be....

Depart from Kuala Lumpur to Kuching on Tuesday, 16 December 2008. The flight number is AK5218. The departure time is at 1620 and may arrive at 1805. Total of the ticket is RM250 which include admin fee, airport tax, checked baggage handling fee, and sky bus. Sunway.... Gudbye:D

RedBloodCell

Laporan Prestasi Void Demon (Balanar)

Pada jam 12.50am, 12 Disember 2008, Abi telah bermain dota dan menggunakan hero yang digunakan untuk bergembira iaitu Void Demon. Secara amnya, hero ini dicipta sebagai hero 'strength' yang mempunyai 'attack speed' dan agility yang sangat tinggi. Kelebihan utama atau senjata utamanya adalah kelajuannya yang di dalam permainan ini adalah yang paling pantas sekali. Kepantasan itu bukan sahaja membantu dirinya, tetapi rakan-rakan di persekitaran turut merasai efek kelajuan tersebut. Selain dari kuasa kelajuan yang dimiliki oleh Balanar ini, dia juaga mempunyai kuasa memperlahankan musuh (passive) dan juga (active). Ini bolehlah disimpulkan yang ciri-ciri ini membuatkan Balanar ini amat sesuai untuk membunuh hero-hero.
Balanar yang digunakan ini sekarang telah dilupuskan kerana kuasanya yang agak 'Godlike' itu tetapi harus diingat seseorang itu hendaklah memahami penggunaan hero ini. Secara basicnya, ingin saya kongsikan, penggunaan hero ini hendaklah secara berhati-hati pada awal permainan kerana di awal permainan kemungkinan untuk mati adalah senang. Apabila anda berjaya melepasi level 6 barulah kiranya anda telah dianggap unik dengan penambahan kelajuan yang amat luar biasa itu.
Sekarang, saya ingin bercakap tentang items yang mungkin boleh digunapakai untuk Balanar lama ini. Items permulaan saya adalah Helm of Dominator, Stout Shield, Vitality Booster dan Boot of Speed. Kemudian, saya mengupgradekan pertahanan saya dengan membentuk Vanguard shield dalam beberapa minit kemudian setelah Ring of Health berjaya diperolehi. Kemudian, saya membuat Satanic dengan mengumpul wang untuk membeli M.reaver dan resipinya. Selesai dengan Satanic, saya mengumpul wang lagi untuk membeli M.reaver yang kedua dengan niat di hati untuk membuat HoT. Di dalam keadaan selepas level 6, agak mudah untuk farming maka begitu senang sekali untuk saya membuat HoT. Ketika saya berjaya mencapai level 11, saya mula menjual Boot of Speed dan kemudiannya bersedia membuat Assault Cuirass. Saya membuat Assault Cuirass dengan pembelian item yang penting iaitu Hyperstone yang menambah lagi kelajuan Void Demon itu. Selesai sahaka membina Cuirass, saya pun memulakan lagi dengan membentuk Butterfly bagi memaksimakan kelajuan Void Demon. Selesai dengan Butterfly, saya menjual Vanguard dan membina Divine Rapier, senjata pemusnah yang sehebat bom nuklear. Selesai membina Divine rapier, saya membuat item yang terakhir iaitu Buriza Kaynon.
Permainan ini berlanjutan sehingga sejam, 2 minit dan 28 saat dengan hasil yang agak memberansangkan. Void Demon pada permainan ini berjaya membunuh sebanyak 99 kali heroes pasukan lawan yang terdiri daripada Geomancer, Necrolic, Moon Rider, Centaur dan Blood Seeker. Bukan itu sahaja, Void Demon telah berjaya membunuh Roshan sebanyak 3 kali pada permainan tersebut di mana perlawanan terakhir bersama Roshan hanya berlangsung begitu cepat dengan 21 pukulan sahaja. Jika dibandingkan dengan penggunaan Axe sebelum perlawanan ini, boleh saya simpulkan pengunaan VOid Demon ini agak "Godlike" kerana pertama, Heroes lawan tidak berjaya membunuhnya walaupun sekali. Keduanya, sebanyak dua kali percubaan dalam game ini saya hanya membiarkan Void Demon menentang kelima-lima hero itu tanpa saya mengawal Void Demon itu. Wah, sesungguhnya saya amat terpegun dengan kekuatan luar biasa Void Demon ini.
Grade perlawanan ini tidak perlu saya gradekan kerana anda sendiri dapat menilai begitu mudah perlawanan ini dengan menggunakan Balanar lama itu. Walaubagaimanapun, hanya satu sahaja misi saya yang tidak sempat untuk dilaksanakan iaitu memusnahkan Fountain pihak musuh. Pada ketika perlawanan tamat, saya telah berjaya memusnahkan Fountain mereka sebanyak 1/4 dari HPnya. Jika perlawanan itu berjaya dilambat-lambatkan mungkin misi saya itu berjaya terlaksana.
Taktikalnya, saya seperti biasa memulakan permainan di bahagian atas dan menolak pasukan sepantas yang mungkin dan seperti permainan pertamam menggunakan Axe, saya berjaya sampai ke base lawan pada minit yang ke 8. Pada ketika itu, musuh utama saya adalah Geomancer dan oleh kerana itu, mungkin kerja saya menjadi lebih mudah. Selesai sahaja sampai ke base, saya menukar taktik permainan dengan permainan saya lebih tertumpu kepada mencari hero lawan untuk dijadikan mangsa sambil memastikan base tidak diganggu. Peringkat ketiga taktik pula adalah dengan membiarkan base untuk diserang bagi memastikan keseimbangan perlawanan namun nampaknya perlawanan tetap tidak seimbang seperti yang dijangka.
Kesimpulannya, u pk la sendiri. Encik Abi mau tidur pula.
RedBloodCell

BerDOTA lagi

Aduh, sebelum aku menidurkan diri. Aku cuba untuk mengeksperimentasi penggunaan Void Demon pula. Hero yang diperkenalkan oleh Wandai kepadaku. Laporan penuh akan disampaikan pada esok hari. Jika aku masih ingat


RedBloodCell