BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 24, 2008

Lima Hari Bagaikan Lima Tahun

Rasanya sudah 5 hari aku tidak mengonlinekan diri dan juga tidak mengupdatekan blogku ini.

  • Hari ini aku menungu panggilan dari encik kedai motor. Hahaha, tak sangka ibuku membeli sebuah motor untukku walaupun aku akan menggunakan motor itu untuk mungkin sebulan setengah sahaja.
  • Berkenaan dengan internshipku, alhamdulillah aku telah mendapat offer letter dari Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak dan akan melaporkan diri pada 5 Januari 2009. Dan inilah juaga sebab aku mendapat motor baru.
  • Dalam hari-hari aku menyepikan diri ini, aku telah melakukan pelbagai kerja amal di rumah ini seperti mengecat dan mengecat, mengangkut tanah, dan banyaklah kerahan tenaga. In the bright sight, aku tidaklah bosan dengan kerja-kerja tidurku yang selalu ku lakukan di Sunway itu.
  • Oh ya, aktiviti DOTA tetap berjalan, kini aku sedang melatih adikku supaya boleh dijadikan rakan seperjuangan menentang 5 AI insane. Progressnya bolehlah dikatakan pantas, cuma penggunaan item yang agak errr...
  • RINDU? hahaha, kenapakah aku timbulkan perkataan ini??? ya, aku rindukan ..... korang buatlah spekulasi korang sendiri ek:P
  • Rumah Makmur??? nampaknya telah ada usul untuk berpindah. FYI, skang nie tengah tunggu Dr. T balik dari UK dan akan berbincang dengannya tentang penukaran hak sewaan rumah lama Dr. T. So, kepada rakan-rakan Makmurku, kalau boleh minta bantuan anda untuk mensettlekan pasal rumah tu nanti... thanx
  • Currently, aku tengah melengah-lengahkan masa kerana adik kecilku yang baru berusia 5 tahun ingin menjajah laptopku untuk bermain..... FROZEN THRONE... hahaha, ya dia bermain bende2 ini termasuk DOTA... tapi.... kenalah gune cheat:D

OK, itulah sahaja coretanku hari ini... aku ingin menunaikan kewajipan MANGAku pula... renung-renungkan dan selamat beramal

RedBloodCell

3 comments:

~Biotech Boy~ said...

woiiii.....
cpt ahh..aku nk main garena nie..adehh..

Anonymous said...

rindu kat siapa tu?
agagagaga

Anonymous said...

aku rase rindu nak main dota ngan kiteorang..hahahha