Pada jam 12.50am, 12 Disember 2008, Abi telah bermain dota dan menggunakan hero yang digunakan untuk bergembira iaitu Void Demon. Secara amnya, hero ini dicipta sebagai hero 'strength' yang mempunyai 'attack speed' dan agility yang sangat tinggi. Kelebihan utama atau senjata utamanya adalah kelajuannya yang di dalam permainan ini adalah yang paling pantas sekali. Kepantasan itu bukan sahaja membantu dirinya, tetapi rakan-rakan di persekitaran turut merasai efek kelajuan tersebut. Selain dari kuasa kelajuan yang dimiliki oleh Balanar ini, dia juaga mempunyai kuasa memperlahankan musuh (passive) dan juga (active). Ini bolehlah disimpulkan yang ciri-ciri ini membuatkan Balanar ini amat sesuai untuk membunuh hero-hero.
Balanar yang digunakan ini sekarang telah dilupuskan kerana kuasanya yang agak 'Godlike' itu tetapi harus diingat seseorang itu hendaklah memahami penggunaan hero ini. Secara basicnya, ingin saya kongsikan, penggunaan hero ini hendaklah secara berhati-hati pada awal permainan kerana di awal permainan kemungkinan untuk mati adalah senang. Apabila anda berjaya melepasi level 6 barulah kiranya anda telah dianggap unik dengan penambahan kelajuan yang amat luar biasa itu.
Sekarang, saya ingin bercakap tentang items yang mungkin boleh digunapakai untuk Balanar lama ini. Items permulaan saya adalah Helm of Dominator, Stout Shield, Vitality Booster dan Boot of Speed. Kemudian, saya mengupgradekan pertahanan saya dengan membentuk Vanguard shield dalam beberapa minit kemudian setelah Ring of Health berjaya diperolehi. Kemudian, saya membuat Satanic dengan mengumpul wang untuk membeli M.reaver dan resipinya. Selesai dengan Satanic, saya mengumpul wang lagi untuk membeli M.reaver yang kedua dengan niat di hati untuk membuat HoT. Di dalam keadaan selepas level 6, agak mudah untuk farming maka begitu senang sekali untuk saya membuat HoT. Ketika saya berjaya mencapai level 11, saya mula menjual Boot of Speed dan kemudiannya bersedia membuat Assault Cuirass. Saya membuat Assault Cuirass dengan pembelian item yang penting iaitu Hyperstone yang menambah lagi kelajuan Void Demon itu. Selesai sahaka membina Cuirass, saya pun memulakan lagi dengan membentuk Butterfly bagi memaksimakan kelajuan Void Demon. Selesai dengan Butterfly, saya menjual Vanguard dan membina Divine Rapier, senjata pemusnah yang sehebat bom nuklear. Selesai membina Divine rapier, saya membuat item yang terakhir iaitu Buriza Kaynon.
Permainan ini berlanjutan sehingga sejam, 2 minit dan 28 saat dengan hasil yang agak memberansangkan. Void Demon pada permainan ini berjaya membunuh sebanyak 99 kali heroes pasukan lawan yang terdiri daripada Geomancer, Necrolic, Moon Rider, Centaur dan Blood Seeker. Bukan itu sahaja, Void Demon telah berjaya membunuh Roshan sebanyak 3 kali pada permainan tersebut di mana perlawanan terakhir bersama Roshan hanya berlangsung begitu cepat dengan 21 pukulan sahaja. Jika dibandingkan dengan penggunaan Axe sebelum perlawanan ini, boleh saya simpulkan pengunaan VOid Demon ini agak "Godlike" kerana pertama, Heroes lawan tidak berjaya membunuhnya walaupun sekali. Keduanya, sebanyak dua kali percubaan dalam game ini saya hanya membiarkan Void Demon menentang kelima-lima hero itu tanpa saya mengawal Void Demon itu. Wah, sesungguhnya saya amat terpegun dengan kekuatan luar biasa Void Demon ini.
Grade perlawanan ini tidak perlu saya gradekan kerana anda sendiri dapat menilai begitu mudah perlawanan ini dengan menggunakan Balanar lama itu. Walaubagaimanapun, hanya satu sahaja misi saya yang tidak sempat untuk dilaksanakan iaitu memusnahkan Fountain pihak musuh. Pada ketika perlawanan tamat, saya telah berjaya memusnahkan Fountain mereka sebanyak 1/4 dari HPnya. Jika perlawanan itu berjaya dilambat-lambatkan mungkin misi saya itu berjaya terlaksana.
Taktikalnya, saya seperti biasa memulakan permainan di bahagian atas dan menolak pasukan sepantas yang mungkin dan seperti permainan pertamam menggunakan Axe, saya berjaya sampai ke base lawan pada minit yang ke 8. Pada ketika itu, musuh utama saya adalah Geomancer dan oleh kerana itu, mungkin kerja saya menjadi lebih mudah. Selesai sahaja sampai ke base, saya menukar taktik permainan dengan permainan saya lebih tertumpu kepada mencari hero lawan untuk dijadikan mangsa sambil memastikan base tidak diganggu. Peringkat ketiga taktik pula adalah dengan membiarkan base untuk diserang bagi memastikan keseimbangan perlawanan namun nampaknya perlawanan tetap tidak seimbang seperti yang dijangka.
Kesimpulannya, u pk la sendiri. Encik Abi mau tidur pula.
RedBloodCell
0 comments:
Post a Comment