SAYA dan AKU....
Di kala aku masih di sekolah rendah, "saya" dan "aku" diperkenalkan kepada ku sebagai kata ganti diri pertama. Maksudnya di sini, kata ganti diri pertama digunakan untuk merujuk diri sendiri dalam ayat.
Mari kita lupakan dari sudut tatabahasa, apa yang bermain-main difikiranku adalah bilakah sepatutnya diri ini menggunakan aku dan saya. Entah kenapa pada hari ini aku mula terkeliru dalam diri dan nak tak nak mengubah cara berbahasa pada saat itu gak.
Kebiasaanya, aku akan menggunakan aku untuk semua rakan-rakanku, formaliti ketika berurusan dengan hal-hal pejabat atau pada yang betul-betul digelar orang tua. Kerungsingan ini timbul apabila terdapat rakan-rakan kita yang terbiasa menggunakan saya dalam percakapan seharian.
Contoh 1:
Saudara andoc. Mungkin budak nie x pernah menggunakan saya kat aku akan tetapi diberitakan budak ini asalnya menggunakan istilah saya pada mulanya. Ya, pernah gak dia tersasul menggunakan saya, dan aku hanya tergelak dalam hati. Apa pun, tiada kejanggalan di situ untuk terus menggunakan aku kerana pada situasi aku dan dia, aku dirasakan lebih mesra dan andoc pun guna aku gak kat aku. Benarkan Andoc?
Contoh 2:
Ini berlaku juga pada housemate terkiniku. Namanya hmmm... Epul. Sebenarnya harapan aku mereka-mereka yang aku libatkan memberi komen kot tapi apakan daya sapa jer yang layan blog akukan:P. Epul juga rakan ku yang kerap kali menggunakan saya dalam pertuturan seharian. Dan pada situasi aku dan dia, dia membahasakan dirinya sebagai saya, dan aku guna aku. Terus terang aku terasa janggal di sini.... Aku tak ingin menyalahkan Epul kerana ini hanya melibatkan diriku, Persoalan yang timbul adalah, "Sopan kah aku dah dia nir guna ganti nama "saya", patut ke aku gune saya gak?"... well, kadang-kadang, Epul nak membiasakan diri menggunakan aku... dan result die aku trasa janggal... hahaha, nice try Epul... Apa pun, aku nak soh Epul bace nie dan sila tolong bagi komen bagi at least aku tau apa yang sesuai kan.
Contoh 3:
Yang nie blaku kat cikgu Anis (arisa). Heh, sebenarnya problem ini biasanya melibatkan cik2 dan puan2 yang melunturkan aku untuk menggunakan saya dalam berbahasa. Namun, sebenarnya terasa janggal kot. Lidah rasa kelu nak ckp saya, Problem2. Pendapat anda cik Anis? maksud saya apakah yang sesuai untuk digunakan dalam berbahasa dan sesungguhnya anda mungkin mewakili beberapa wanita di luar sana.
Contoh 4:
Ok, budak nie die xkan bace blog aku. Aku kira nie ada dua perempuan... rakan uni ku. Kedua-duanya membahasakan diri mereka "kite"... adik beradik "saya" la kan.... dan Aku sehingga kini menggunakan kata ganti diri "aku" dengan selesa... tapi hakikatnya janggal... maksudnya di sini, (persoalan: sopankah aku? akan bermain-main di minda). Yang nie, sapa2 ada pendapat sila2lah komen.
Contoh 5:
Sekali lagi berlaku pada insan yang bernama wanita. Yang nie aku x bley bla... pada diri sendiri.... dia menggunkan istilah "saya" dan pada awlnya aku gune aku la kan. Namun, trasa macam kasar dan tiba2 terguna la saya blek... dan ini blaku pada orang yang dalam Contoh 3 tadi. Mungkin pada yang budak-budak ini, aku terasa ya, agak kasar kot guna "aku" kat korang nie.
Contoh 6:
X gune langsung pkataan2 itu dan sewaktu dengannya. Ya, ada.... ini berlaku di kala ingin mengenal pasti kata ganti apakah yang sesuai. Kedua-duanya bermain kata-kata sambil ngelat x nak gune kata ganti. Na tunggu sapa guna dulu so that bley jadikan ia sebagai ukuran.
Apa-apapun kerana ini, rapuan aku dah terlebih... dan untuk pengetahuan am, aku sendiri pada mulanya menggunakan istilah saya sebelum fasih berbahasa melayu semenanjung nie. Which mean during my Year 1 secondary school
So, komen?
-RedBloodCell-