BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 6, 2008

Apa itu bioteknologi?

Aduh, aku agak terkesima apabila ibuku sering menanyakan soalan ini kepadaku. Aku pula, hanya terdiam, bukan kerana aku tidak tahu apa itu bioteknologi, tetapi aku ingin sekali mencari perkataan yang senang dan mudah untuk difahami mengikut kehendak minda ibuku. Masalah ini bukannya ku hadapi dengan ibuku sahaja, malah terlalu ramai yang akan bertanya soalan yang lebih kurang serupa seperti tajuk di atas.
Mungkin, aku faham tiada lagi profession di Malaysia yang terus menyebabkan nama pekerjaan itu biotechnologist seperti pekerjaan-pekerjaan yang lain dengan jurusan yang mereka ambil ketika berada di Universiti. Mengambil contoh di sini, Guru, pensyarah- bidang pengajian subjek etc. Doktor-medicine(Perubatan). Jurutera (Engineer xxx). Maka, untuk kerjaya popular seperti ini begitu senang untuk membuat konklusi mudah. Aku sudah beberapa kali ingin mengambil jalan mudah untuk menerangkan apa kerjaya yang aku akan hadapi, aku hanya menjawab aku kerja kat makmal dan membuat penyelidikan. TETAPI, timbul pula soalan yang biasa ku dengar dari ibuku, penyelidikan tentang apa? aduh, kenapakah ada lagi soalan di situ. Tetapi tidak mengapa, aku hanya mahu simpulkan terus di situ bertapa ibuku risau jika jurusan yang aku ambil tidak laku di pasaran Malaysia. Fine, aku tidak ambil kisah kerana di dalam otakku sekarang, bagaimana untukku memasuki bidang forensik pula setelah tamat pengajianku nanti

RedBloodCell

Friday, December 5, 2008

kenape RedBloodCell?

:D okay, rasanya sudah tiba masanya untuk aku menjawab soalan kenapa RedBloodCell sebagai nama perantaraan dalam memblogging... RedBloodCell pada asasnya adalah nama gamingku. Apa?? kamu tidak pernah melihatku menggunakannya??? memang, kerana aku jarang menggunakannya untuk sekian lamanya, nama ini kugunakan ketika zaman kemahsyuran Counter Strike dalam kamus hidupku. Tetapi, signifikasinya?? pastilah ada, mulanya ketika ingin mencari identiti sendiri ku cuba untuk mencipta nama gaming ku sendiri. Mulanya, ABC... erk, agak streotaip dan dalam masa beberapa minggu, ku mula menukarkannya. Ku olah-olah dan terbentuklah R-BC. Nama ini sering juga aku gunakan kini dan kenapa R-BC? kerana bunyinya pun macam ABC juha.. dan itulah aku. Nama ini memang sedap untuk digunakan tetapi aku ingin juga mencari nama supaya lebih rock lagi... So, bila aku mula mengenali sains, dan mempelajari sains, muncullah abbreviation RBC dalam mindaku, iaitu RedBloodCell. So, disinilah mulanya nama RedBloodCell secara rasminya milikku. Hahaha, di kala aku menaip ini, si Kuantan telah membuat spekulasi aku mengambil nama ini kerana pembacaan buku yang aku baru baca, ada sedikit betul tapi kurang tepatlah itu. Fik plak menyampun untuk mengetahui kenapa, tapi apa boleh buat, nak tau, kena baca sendiri, bukan nak suruh bayar pun.
RedBloodCell

Thursday, December 4, 2008

Delima Abi

hmm, apakah yang menyebabkan aku dalam dilema? sekarang aku sedang memikirkan sama ada aku ingin kembali ke Sarawak atau pun tidak. Sesungguhnya, aku tak tahu kenapa berat rasa di hati ini untuk kembali. Mulanya, aku amat berat hati untuk kembali kerana aku takut pada result Semester 2 yang pada diriku, aku amat risau dengan subjek cellular metabolism. Kini, aku berjaya melepasi subjek tersebut, tapi entah kenapa, aku terasa untuk tidak ingin kembali. Kenapa? haih, aku sendiri tidak tahu kenapa begini, sesungguhnya memang ada di sudut hati ku merindui keluargaku di kampung. Tapi... oh, mungkin ku masih menaruh harapan pada internship yang langsung tidak kedengaran reply dari syarikat-syarikat yang jual mahal padaku.
Ibuku sering menelefonku dan bertanyakan padaku "An, pa polah ko?, mun sikda molah pa... alit jak ko"... arrrgh, aku tak tahu kenapa aku rasa macam ayat-ayat itu amat menyakitkan... adeh, kenapa? aku pening kepala.
Kalau aku balik, makan free, x yah difikirkan sangat perbelanjaan harian, tetapi jika aku balik, aku mungkin tidak tahu apa yang ingin ku lakukan untuk menghabiskan sisa-sisa cutiku yang mungkin habis seawal bulan Mac nanti.
OK, minta pendapat rakan-rakan yang terbaca blogku ini:)

Sihat Sebelum Sakit

  1. Sedarlah kita wahai sahabatku, sesunguhnya kita hanyalah hamba yang lemah, hanya kerana virus influenza badan-badanku telah menjadi lemah longlai seperti daun-daun yang dimakan ulat. Begitu senang Allah swt memberi cubaan kepadaku insannya yang hina.
  2. Di kala sakitlah baru kita menyedari bahawa kita lupa pada-Nya, Dia yang mencipta kita dan di kala kita sakitlah barulah kita banyak mengingati-Nya. Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah. Terima kasih atas sakitku ini, kerana aku sakit baru aku selalu mengingati-Mu ya Allah.
  3. Bertapa hebatnya procedure yang ditetapkan oleh-Nya. Mau sembuh, hendaklah kita berusaha untuk sembuh. Kita kena cari ubat, beli ubat, makan ubat... hai ubat, hai ubat, mau beli ubat, kalau lah terlambat tak dapat... ceh menyanyi la plak.

Wednesday, December 3, 2008

cinta.sayang.suka?

mungkin pada pandangan sebilangan orang tiga perkataan ini membawa maksud yang sama. Tapi pada saya perkataan ini adalah penting untuk diri saya membezakan penggunaannya kerana tidak perlulah saya memberi reason kenapa saya pentingkan perbezaan perkataan ini. Pada pendapat saya, tiga perkataan ini bagaikan tahap keinginan anda untuk menyatakan pertalian anda dengan seseorang. Tahap yang tertinggi ialah cinta, diikuti dengan sayang dan suka. Prinsipnya sama seperti kita belajar level-level keimanan kita kepada-Nya, di mana sesiapa yang mencapai tahap ihsan adalah insan yang sangat bertuah di mata Allah swt, diikuti iman dan islam. Berbalik kepada bicara tentang cinta, sayang dan suka, alhamdulillah saya begitu menyukai ramai insan-insan yang ada di dunia ini. Lebih-lebih lagi yang berlainan jantina kerana saya normal orangnya. Perasaan suka itu timbul apabila melihat mereka-mereka yang cantik luarannya (comel, cantik, seksi, etc)... hahahaha, harapnya lelaki-lelaki normal mengakui perkara-perkara ini, lumrahnya tidak kira laki atau perempuan, kita suka pada benda-benda yang cantik buatannya. Mungkin rakan-rakan saya selalu mendengar saya memuji insan-insan cantik dan saya ingin memilikinya, chewah... agak ramai kan... sesungguhnya saya hanya suka mereka.

sayang? ini adalah tahap kedua perasaan kita kepada mereka yang kita suka. pada saya sayang akan timbul kepada mereka setelah kita mengenali isi hati pihak-pihak yang kita suka fizikalnya... setelah kecantikan/kecomelan mereka digabungkan dengan sikap dan perangai yang cambest, maka perasaan sayang akan terpupuk di hati yang pada dasarnya depend on kesesuaian seseorang itu di mata kita. Maka, perasaan sayang kepada mereka-mereka pastinya hanya segelintir yang berjaya menawan mataku untuk disenaraikan dalam mereka yang ku sayangi.

cinta... erks, setakat aku hidup di dunia ini.... rasanya belum ada yang ku cintai kerana aku tidak mampu lagi untuk memberi komitment ke tahap itu. Kadang-kadang ingin juga aku untuk merasai nikmat cinta tetapi itu hanyalah sekadar keinginan yang bagaikan angin sepoi-sepoi sahaja... eh, apakah yang ku rapukan ini??? hahaha, di kala aku yang selsema ini, ku telah merapu benda-benda yang aku pun tak tahu....

Tuesday, December 2, 2008

PKR mahu tawan Sabah Sarawak?

salam, rasanya untuk pos kali ini aku amat tertarik dengan isu terbaru politik di negara kita mengenai tajuk yang di atas itu. Wah, harapnya penulisanku ini tidak akan membawa aku ke ISA lah pulak ek. Sejak aku hidup di dunia ini, dan sejak aku menenali dunia politik Malaysia, tidak pernah aku dengar tentang Parti Pembangkang untuk cuba menawan negeri Malaysia TImur ini. Well, ini bagaikan mereka-mereka ini menganggap Sabah dan Sarawak hanyalah Malaysia kelas kedua sahaja. Hmmm, apakah maksud saya di sini? Pada saya, saya ingin katakan di sini, mereka-mereka ini hanya beranggapan Sabah dan Sarawak bukanlah faktor besar untuk menjadi pemerintah di Malaysia. Sekarang? kita boleh lihat, menawan Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu kepada masa hadapan Malaysia, siapakah yang akan memimpin negara kita yang tercinta.

Berbalik kepada persoalan relevankah atau bolehkah impian PKR ini direalisasikan di Sabah dan Sarawak? perkara pertama yang ingin saya utarakan ialah, sejak penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Malaysia, kita lihat Sabah dan Sarawak adalah kubu kuat Barisan Nasional di mana agak sukar bagi parti pembangkang untuk mendapatkan walau satu kerusi. Point saya di sini, adalah satu misi mustahil untuk menawan sabah sarawak JIKA tiada isu besar yang cuba untuk dimainkan pihak pembangkang. Secara teorinya, memang Sarawak (Sabah saya tak tahu) dijaga dengan baik. Mungkin di tempat saya! tetapi, seperti biasa adalah rakyat-rakyat suka mengata belakang pemimpin-pemimpin kita ini. Apapun, perkara penting yang saya ingin tekankan, rakyat tidak bodoh untuk menilai siapa yang berhak untuk diberi kuasa memerintah

Signifikasi PKR melakukan pengumuman seperti ini? sesungguhnya saya sangat suka apabila pihak pembangkang melakukan penumuman seperti ini... Mengapa? hahaha, kerana ini pastinya menyebabkan parti pemerintah tidak senang duduk, maksud saya di sini, mereka akan pastikan kawasan mereka dijaga dengan baik apabila ada orang lain cuba untuk menawan mereka. In a good way, its benefit d rakyat.. itu yang penting pada saya. Apapun, kepada sesiapa yang ingin memerintah itu, sila-silalah memerintah negara kita ini dengan baik. renung-renungkan dan selamat beramal

mahu bercerita lagi (trip to kedah)

hmmm, hai kawan2, hari ini saya akan menceritakan sebuah kisah yang bertajuk... berjalan-jalan melihat alam. Memandangkan saya tidak ingin untuk membuat novel hari ini, maka saya akan buangkan isi-isi penting dan masukkan isi yang tidak penting sahaja dalam karangan saya ini. opps... kisahnya bermula pada hari khamis petang pada 27 November, selepas menerima result yang kurang baik tapi alhamdulillah tiada gagal, kami bermainlah dota seketika... eh, apalah kaitan nak pi Kedah nie... hahahaha

ok, start dengan ceritera ke Kedah terus. Aku telah dihantar ke KL Sentral oleh insan yang baik hati bernama Bob pada malam itu. Sesampai di KL Sentral, ku pergi makan berseorangan di MekD dgn berbekalkan RM50 di tangan. Selesai makan-makan di sana, aku pun bertolak terus ke Pudu dengan menaiki kemudahan awam yang berada di KL sentral itu. sampai Pudu, berjumpalah ngan pakcik M dan borak-boral lah seketika sambil menunggu bas sampai. Sampai jer bas, kami masuk dan aku pon terus tido... hmmm, kne citer ke x aper yg ak mimpi dlm bas? rasanya tidak perlukan...

Sampai di Alor Setar pagi dalam 5 pagi dan kami menunggu abang pakcik untuk mengambil kami. adeh, malas pula mau bercerita panjang lebar. So, hari Jumaat itu aku membantu abang pakcik untu membuat preparation kenduri kahwin di hari esok.

Sabtunya, masih lagi menjadi pembantu (specifically: bahagian pinggan mangkuk) di mana seperti biasa kalu kenduri bolehlah spot awek-awek canthek... hahahahaa.... adeh, maka masuklah beberapa insan bergelar perempuan di dalam lists perempuan cute dan cantek makmur 505. Malamnya, aku bergabung dengan rakan-rakanku, Adib, Nabil, Wandai dan Andoc utk pergi bermain bowling. Bwk skali la pakcik M nie.... ok, kalau dah pergi tempat bowling, takkan main futsal, main bowling lah kan... tp apa yang penting di situ, ak belajar benda baru di sana di mana akhirnya aku pandai menspinkan bola bowling itu:)... trimas seyh kepada andoc, abg sebelah yang spin x msk jari dalam lubang dan rakan2 yang support aku...

Ahadnya, sepatutnya aku pergi ke Langkawi, tetapi... setelah aku mengconsiderkan keseronokan berjalan-jalan terletak pada jumlah rakan2 yang pergi. Aku menukar haluan untuk mengikut nabil n co ke Puncak Janing. Tujuannya untuk bermain air di sana. Di sana, perkara baru yang aku pelajari:P... pertama, aku belajar terjun... sebelum ini, ketakutan menguasai aku kerana takut terhantuk ke dasar air tu... alhamlillah sekarang dah boleh... thanx to Nabil yang memberi inspirasi di situ... Keduanya, setelah lama aku mengerti basic berenang (walaupun x expert), akhirnya aku mengerti bagaimana untuk mengapungkan diri untuk membolehkan aku membuat kuak lentang... adoi, yang ini terima kasih kepada mereka2 (wandai, nabil, adib n andoc-yg x reti) kerana korg ak blaja bende nie...

Isninnya, balik. habis citer... hahaha ak rs cukup la, mane nak bagi panjang2 nanti x cukup ruang di sini... ntuk pmbacaan laen, korg tau la kan blog bdk2 nie yg mmg akan update ttg cuti di Kedah... opss, luper plak... antara fakta2 menarik yang ingin aku kongsikan bersama:

1. Kedah banyak BSN. mane ade BSN...
2. Bandaraya Alor Setar masih jauh ketinggalan dari Bandaraya Kuching dari segi pembangunan.
3. Kedah memang banyak padi:P
4. makanan kat Kedah masih murah
5. Kuih-muih murah
6. Kat Kedah ade rumah Nabil.

ok, bye;)