BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 2, 2008

PKR mahu tawan Sabah Sarawak?

salam, rasanya untuk pos kali ini aku amat tertarik dengan isu terbaru politik di negara kita mengenai tajuk yang di atas itu. Wah, harapnya penulisanku ini tidak akan membawa aku ke ISA lah pulak ek. Sejak aku hidup di dunia ini, dan sejak aku menenali dunia politik Malaysia, tidak pernah aku dengar tentang Parti Pembangkang untuk cuba menawan negeri Malaysia TImur ini. Well, ini bagaikan mereka-mereka ini menganggap Sabah dan Sarawak hanyalah Malaysia kelas kedua sahaja. Hmmm, apakah maksud saya di sini? Pada saya, saya ingin katakan di sini, mereka-mereka ini hanya beranggapan Sabah dan Sarawak bukanlah faktor besar untuk menjadi pemerintah di Malaysia. Sekarang? kita boleh lihat, menawan Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu kepada masa hadapan Malaysia, siapakah yang akan memimpin negara kita yang tercinta.

Berbalik kepada persoalan relevankah atau bolehkah impian PKR ini direalisasikan di Sabah dan Sarawak? perkara pertama yang ingin saya utarakan ialah, sejak penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Malaysia, kita lihat Sabah dan Sarawak adalah kubu kuat Barisan Nasional di mana agak sukar bagi parti pembangkang untuk mendapatkan walau satu kerusi. Point saya di sini, adalah satu misi mustahil untuk menawan sabah sarawak JIKA tiada isu besar yang cuba untuk dimainkan pihak pembangkang. Secara teorinya, memang Sarawak (Sabah saya tak tahu) dijaga dengan baik. Mungkin di tempat saya! tetapi, seperti biasa adalah rakyat-rakyat suka mengata belakang pemimpin-pemimpin kita ini. Apapun, perkara penting yang saya ingin tekankan, rakyat tidak bodoh untuk menilai siapa yang berhak untuk diberi kuasa memerintah

Signifikasi PKR melakukan pengumuman seperti ini? sesungguhnya saya sangat suka apabila pihak pembangkang melakukan penumuman seperti ini... Mengapa? hahaha, kerana ini pastinya menyebabkan parti pemerintah tidak senang duduk, maksud saya di sini, mereka akan pastikan kawasan mereka dijaga dengan baik apabila ada orang lain cuba untuk menawan mereka. In a good way, its benefit d rakyat.. itu yang penting pada saya. Apapun, kepada sesiapa yang ingin memerintah itu, sila-silalah memerintah negara kita ini dengan baik. renung-renungkan dan selamat beramal

5 comments:

Anonymous said...

YB serian, saya x bsetuju sama sekali y mana Sabah n Sarawak (SS) mrupakan kubu kuat BN. SS merupakan kubu y plg fragile dlm situasi politik mlaysia skrang. point saya di sini bpandukan sejarah y mbuktikan BN kalah kepada pebangkang PBS dlm pilihan raya tdahulu. selepas itu, barulah PBS masuk BN dan kmasukkan ini mnambakkan kekebalan BN di Sabah. So, mgikut konteks jurang masa, gelaran Kubu kuat BN itu tdk tepat sama sekali krn tempoh masa ini hanya blaku kurang dr 30 tahun. Contoh kubu kuat BN adalah Johor n Pahang yakni BN mguasai hampir sepenuhnya negeri2 ini sejak merdeka.

RedBloodCell said...

YB Kuantan, owh.. mungkin itu di Sabah. saya tersilap fakta di situ barangkali. apa pun, Sarawak merupakan kubu kuat barisan nasional. itu sudah pasti. saya tidaktahulah kalau YB ingin membangkang kata-kata saya. Dari pemerhatian saya, Sarawak tidak pula pernah berlaku perkara-perkara seperti yang anda nyatakan yang berlaku di Sabah. Tetapi, kejadian yang berlaku yang boleh dijadikan isu ialah pada salah satu komponen BN di Sarawak, Parti opps, saya lupa di mana ia telah dibubarkan kerna terdapat percanggahan pendpat di kalangan pemimpin mereka. Apa pun, ingin saya katakan di sini Sarawak memang kubu kuat BN TETAPI pada situasi sekarang ini, Sabah Sarawak akan menjadi titik tolak pemerintahan di Malaysia kerana sesiapa yang memerintah SS pada hemat saya akan menjadi kerajaan di Malaysia.

Anonymous said...

Mjurus kepada maklum balas Serian, saya agak bersetuju mengenainya. Berbanding dgn Sabah, BN Sarawak lebih kukuh n mantap. Mengenai penguasaab kerajaan oleh parti y mnguasai SS, saya juga tampak setuju kerana SS mmpunyai peratusan kerusi parlimen y tinggi. Namun, fakta ini jugalah y saya kesali. SS x patut mpunyai kerusi parlimen y banyak kerana akan timbul suasana x sihat dmana parti2 akan cuba menguasai negari2 ini bbanding negeri2 lain. Walhal, faktor pbangunan n kuasa rakyat tidak sekuat negeri2 lain. Y ini dpt dperhatikan mlalui kurangnya pemimpin2 SS y mguasai kerajaan. Ini akan myebabkan perasaan tidak adil di kalangan pemimpin2 SS.
mintak maklum balas dr Serian

RedBloodCell said...

terima kasih atas respond YB Kuantan. Berkenaan dengan jumlah peratusan kerusi di SS, ini bukanlah satu isu yang patut anda mainkan yang berhormat. Terbukti di sini dari segi geografinya, SS terlalu besar untuk dikurangkan jumlah kerusinya maka memang relevanlah peratusan kerusinya banyak. Saya tidak tahu mengapa anda melihat di sana sebagai sesuatu yang akan membawa kepada suasana tidak sihat. Apapun yang YB katakan di sini, faktor pembangunan dan kuasa rakyat negeri SS tidak sekuat negeri-negeri lain. saya akui sebelum ini memang suara-suara rakyat SS adalah picisan semata-mata di kalangan pemimpin-pemimpin di semenanjung tanah melayu, tetapi sekarang rasanya mereka tidak akan mengambil mudah dengan suara rakyat di SS kerana apa yang pasti Pilihan Raya yang seterusnya jangkaan saya SS adalah penentu titik kemenangan Parti-parti di Malaysia. Berkenaan dengan kurangnya pemimpin-pemimpin SS yang kurang menguasai kerajaan (saya tidak jelas dengan ayat ini, mungkin anda merujuk kepada kurang pemimpin SS memegang port folio di jabatan PM)... memang diakui sangat kurang pemimpin SS memegang port folio dan saya akui saya mersakan ketidak adilan di situ. Pada saya, pemegang port folio hendaklah dibahagikan secara saksama, kerana kita patut faham orang-orang yang tidak suka akan kerajaan akan terus bermain api dengan isu-isu walau sebesar neutron sekalipun

Anonymous said...

1.Ssungguhnya persempadanan kawasan pilihan raya mpunyai hubung kait y kuat dgn keluasan sesebuah negeri. Namun, perkara y plg utama ialah bilangan pengundi di sesuatu kws. Mengikut SPR, purata pengundi di satu2 kws parlimen adalah 50000. Oleh itu, negeri padat seperti PP n Selangor mpunyai jumlah kerusi y byk scr relative mgikut perkiraan populasi.
2. Y point2 seterusnya akan saya sambung jika panjang umur. Sekarang kita enjoy