BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 2, 2008

mahu bercerita lagi (trip to kedah)

hmmm, hai kawan2, hari ini saya akan menceritakan sebuah kisah yang bertajuk... berjalan-jalan melihat alam. Memandangkan saya tidak ingin untuk membuat novel hari ini, maka saya akan buangkan isi-isi penting dan masukkan isi yang tidak penting sahaja dalam karangan saya ini. opps... kisahnya bermula pada hari khamis petang pada 27 November, selepas menerima result yang kurang baik tapi alhamdulillah tiada gagal, kami bermainlah dota seketika... eh, apalah kaitan nak pi Kedah nie... hahahaha

ok, start dengan ceritera ke Kedah terus. Aku telah dihantar ke KL Sentral oleh insan yang baik hati bernama Bob pada malam itu. Sesampai di KL Sentral, ku pergi makan berseorangan di MekD dgn berbekalkan RM50 di tangan. Selesai makan-makan di sana, aku pun bertolak terus ke Pudu dengan menaiki kemudahan awam yang berada di KL sentral itu. sampai Pudu, berjumpalah ngan pakcik M dan borak-boral lah seketika sambil menunggu bas sampai. Sampai jer bas, kami masuk dan aku pon terus tido... hmmm, kne citer ke x aper yg ak mimpi dlm bas? rasanya tidak perlukan...

Sampai di Alor Setar pagi dalam 5 pagi dan kami menunggu abang pakcik untuk mengambil kami. adeh, malas pula mau bercerita panjang lebar. So, hari Jumaat itu aku membantu abang pakcik untu membuat preparation kenduri kahwin di hari esok.

Sabtunya, masih lagi menjadi pembantu (specifically: bahagian pinggan mangkuk) di mana seperti biasa kalu kenduri bolehlah spot awek-awek canthek... hahahahaa.... adeh, maka masuklah beberapa insan bergelar perempuan di dalam lists perempuan cute dan cantek makmur 505. Malamnya, aku bergabung dengan rakan-rakanku, Adib, Nabil, Wandai dan Andoc utk pergi bermain bowling. Bwk skali la pakcik M nie.... ok, kalau dah pergi tempat bowling, takkan main futsal, main bowling lah kan... tp apa yang penting di situ, ak belajar benda baru di sana di mana akhirnya aku pandai menspinkan bola bowling itu:)... trimas seyh kepada andoc, abg sebelah yang spin x msk jari dalam lubang dan rakan2 yang support aku...

Ahadnya, sepatutnya aku pergi ke Langkawi, tetapi... setelah aku mengconsiderkan keseronokan berjalan-jalan terletak pada jumlah rakan2 yang pergi. Aku menukar haluan untuk mengikut nabil n co ke Puncak Janing. Tujuannya untuk bermain air di sana. Di sana, perkara baru yang aku pelajari:P... pertama, aku belajar terjun... sebelum ini, ketakutan menguasai aku kerana takut terhantuk ke dasar air tu... alhamlillah sekarang dah boleh... thanx to Nabil yang memberi inspirasi di situ... Keduanya, setelah lama aku mengerti basic berenang (walaupun x expert), akhirnya aku mengerti bagaimana untuk mengapungkan diri untuk membolehkan aku membuat kuak lentang... adoi, yang ini terima kasih kepada mereka2 (wandai, nabil, adib n andoc-yg x reti) kerana korg ak blaja bende nie...

Isninnya, balik. habis citer... hahaha ak rs cukup la, mane nak bagi panjang2 nanti x cukup ruang di sini... ntuk pmbacaan laen, korg tau la kan blog bdk2 nie yg mmg akan update ttg cuti di Kedah... opss, luper plak... antara fakta2 menarik yang ingin aku kongsikan bersama:

1. Kedah banyak BSN. mane ade BSN...
2. Bandaraya Alor Setar masih jauh ketinggalan dari Bandaraya Kuching dari segi pembangunan.
3. Kedah memang banyak padi:P
4. makanan kat Kedah masih murah
5. Kuih-muih murah
6. Kat Kedah ade rumah Nabil.

ok, bye;)

2 comments:

Anonymous said...

aku x perasan ade blog ni coz mnumpukan pada politik SS.hehe...btw, kisah ko ni x sedetail ZN..mmmmmm..nnt aku try cite plak...

RedBloodCell said...

mmg ak xnak bg detail pon