Aduh, aku agak terkesima apabila ibuku sering menanyakan soalan ini kepadaku. Aku pula, hanya terdiam, bukan kerana aku tidak tahu apa itu bioteknologi, tetapi aku ingin sekali mencari perkataan yang senang dan mudah untuk difahami mengikut kehendak minda ibuku. Masalah ini bukannya ku hadapi dengan ibuku sahaja, malah terlalu ramai yang akan bertanya soalan yang lebih kurang serupa seperti tajuk di atas.
Mungkin, aku faham tiada lagi profession di Malaysia yang terus menyebabkan nama pekerjaan itu biotechnologist seperti pekerjaan-pekerjaan yang lain dengan jurusan yang mereka ambil ketika berada di Universiti. Mengambil contoh di sini, Guru, pensyarah- bidang pengajian subjek etc. Doktor-medicine(Perubatan). Jurutera (Engineer xxx). Maka, untuk kerjaya popular seperti ini begitu senang untuk membuat konklusi mudah. Aku sudah beberapa kali ingin mengambil jalan mudah untuk menerangkan apa kerjaya yang aku akan hadapi, aku hanya menjawab aku kerja kat makmal dan membuat penyelidikan. TETAPI, timbul pula soalan yang biasa ku dengar dari ibuku, penyelidikan tentang apa? aduh, kenapakah ada lagi soalan di situ. Tetapi tidak mengapa, aku hanya mahu simpulkan terus di situ bertapa ibuku risau jika jurusan yang aku ambil tidak laku di pasaran Malaysia. Fine, aku tidak ambil kisah kerana di dalam otakku sekarang, bagaimana untukku memasuki bidang forensik pula setelah tamat pengajianku nanti
RedBloodCell
2 comments:
ak pn x pasti samada ibuku juga tahu ttg ia..tp jrg plak die btanya...
aku, orangtua aku tak tanya. tapi orangtua member aku pula yang sibuk tanya.
Post a Comment