Penghujung tahun di Malaysia cukup sinonim dengan angin monsun yang bertiup ke arah pantai timur semenanjung Malaysia. Tiupan angin ini telah membawa kepada kejadian banjir di beberapa kawasan di negeri-negeri pantai timur semenanjung Malaysia lebih-lebih lagi di Terengganu dan Kelantan. Pada masa ini, hebohlah tidak kira di TV1, 2, 3, 8 atau pun 9 menghebahkan tentang bah yang telah menyebabkan ramai penduduk di sana terpaksa berpindah ke penempatan sementara. Signifikasi pada tahun ini pula bencana ini telah berlaku di kala umat islam ingin menyambut Hari Raya Aidiladha. Maka berhijrahlah mereka-mereka ini ke tempat yang lebih selamat. Mungkin pada pandangan umum, kita sememangnya tidak dapat mengelak banjir ini untuk berlaku,tetapi apa kata kita menyediakan sesuatu yang lebih sistematik seperti sistem perlongkangan yang sangat baik, pemindahan penempatan yang baik dan nak dipendekkan ceritera, perkara-perkara ini hendaklah telah dirancang kerana kita tahu banjir ini pastinya akan berlaku. Kepada pihak yang berkenaan, kita tahu anda telah bijak mengatur strategi untuk meraih keuntungan dengan menganjurkan pertandingan monsun cup yang insyaallah menjana kewangan negara, tetapi marilah sama-sama mencari inisiatif juga untuk mengurangkan bebanan rakyat yang menhadapi banjir itu. Selamat hari raya kepada mereka-mereka.
Keduanya, yang mungkin agak menggemparkan seketika di Malaysia, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Ulu Yam dan yang terbaru di Bukit Antarabangsa. Bagaikan sudah biasa dengan perkara ini, kita hanya mula untuk berkata-kata tentang langkah keselamatan apabila benda-benda seperti ini telah berlaku., Seingat saya, ketika berlaku pada beberapa tahun yang lepas ada juga suara-suara yang lantang supaya tiada perumahan diadakan di kawasan berisiko seperti ini, tetapi suara itu hanyalah suara angin semata-mata. Maka, janganlah hanya sekadar berkata-kata seperti saya di blog ini wahai YB, saya harap tindakan sewajarnya diambil. Apapun, al-Fatihah kepada 2 adik kita yang kembali kerahmatullah di Ulu Yam. Tidak lupa juga ucapan takziah kepada 4 lagi yang terkorban di Bukit Antarabangsa, untuk yang islam, saya sedekahkan al-Fatihah. Wallahualam
RedBloodCell
Вкус ночи 2010 прокат фильмы online
5 years ago
0 comments:
Post a Comment