Ya, rasanya, sudah tiba masanya untuk diriku kembali ke kampung halamanku setelah menilai beberapa faktor dan cadangan dari rakan-rakanku, ibu bapaku, dan kata hatiku. Maka di hari-hari terakhir ini, aku telah gunakan sebaik-baiknya yang mungkin pada diriku amat bermakna padaku tetapi pada orang lain, aku hanyalah membazir masa sahaja.
Seperti ketidakbiasaanku, aku bangun pagi dalam jam 9.30 pagi kiranya awal untuk hari yang dinamakan cuti. Aku terus menatap laptopku di atas meja Sham dan aku membuka Garena dan bermain game buat seketika sebelum diganggu oleh bunyi-bunyi YM ku. Ok, aku tidak kisah diganggu kerana aku pada hakikatnya sudah dilanda sindrom bosan untuk bermain game. Selepas itu, aku mandi.. opss, apakah ini menghadap laptop lama-lama baru mandi. Setelah mandi, aku kembali menjalankan tugasku di hadapan laptop, rasanya pada ketika itu aku mencoret kata-kata patriotisme itu. Apa pun, selesai sahaja aku menghabiskan coretanku pagi itu aku pun sarapan pagi dan tengah hari yang mana ditaja oleh Bob yang rajinnya memasak nasi berlaukkan sardin. Oh, sedap juga makan seperti ini, tapi aku hanya menambah satu menu iaitu sebiji telur yang tinggal dan ku goreng ala kadar bagi menambah sedikit lauk supaya bolehlah ku sebut lauk-pauk.
Ketika jam menunjukkan 1ptg, aku telah bersedia untuk bertolak untuk menghantar kakak ku ke UKM dengan bantuan encik Bob kita bersama kereta kancil birunya. Kami bertolak dalam sekitar jam 1.30ptg di mana plan asalnya kami ingin pergi ke Monash dan Bob akan menghadiri kelas Malaysian Studiesnya tapi itulah manusia berubah plannya seperti itu sahaja, maka tidak jadilah ku menghantar buku wandai yang dia amanahkan aku untuk menghantarnya. Tidak mengapa wandai, insyaAllah aku akan menghantar buku-bukumu dalam minggu ini. Kami tiba awal di Stesen Bas Pekeliling dan di situ kami berlepak-lepakan dan kemudian pergi ke restoran untuk mengisi perut buat seketika. Dalam pukul 3.45 ptg kakak aku pun menelefonku dan memberitahu dia telah sampai dengan selamatnya di situ, maka kami pun bergeraklah untuk membawanya ke UKM.
Tetapi, malangnya dia telah memberitahuku dia tidak berjaya menelefon kolej kediaman dan itu merisaukan aku untuk menghantarnya ke UKM kerana kebarangkalian masih lagi dilanda cuti Aidiladha. Maka, aku mengambil keputusan untuk menukar plan dan meminta bantuan cik azie untuk memberi homestay buat seketika. Maka, dengan ini kakak ku tinggal bersama mereka. Fuh, ok. maka tidak selesai misi terakhirku sebelum aku meninggalkan negara Makmur. Kena tunggu sampai Jumaat nie. Esok cuti Sultan Selangor pula. Maka, ingin sekali ku mengucapkan selamat hari lahirlah pada baginda.
OK, thats all for today walaupun tonite sumthin also happen with some activity that i will do.
RedBloodCell
Вкус ночи 2010 прокат фильмы online
5 years ago
0 comments:
Post a Comment