Setelah lama menyepi dari membuka DOTA di kala saya ditinggalkan oleh rakan-rakan DOTA, saya akhirnya mengambil keputusan untuk berjuang bersendirian pada jam 10.30 malam di atas meja Sham diiringi bunyi kipas yang agak mengganggu ini. Oleh kerana takut skill DOTA saya menurun setelah penat berlatih di kala cuti musim panas ini, saya pun mainlah satu lawan lima. Oleh kerana saya bukanlah terlalu hebat, memadai pada saya untuk bermain 5 bot normal bagi melepaskan geram DOTA ini.
Seperti yang sering rakan-rakan DOTA ku katakan, aku seperti biasa apabila tidak bermain dengan mereka, aku akan mengunakan perwira kegemaranku. Ya, tidak lain tidak bukan Axe atau dalam bahasa melayunya "Si Kapak". Perwira ini pada asasnya adalah perwira yang akan bermain di barisan hadapan kerana mempunyai deria membunuh yang sangat tinggi. Pada malam yang indah ini, aku telah bersemuka dengan "Tukang Sembelih", "Pembunuh Senyap", "Pemburu Kurnia", "Kubu Pembela" dan "Tuan Raksasa".
Permainan ini dimulakan dengan pembinaan barang yang padaku agak biasa iaitu perisai stout, penggerak tenaga hidup (yang akan dinaiktaraf untuk membuat Perisai Vanguard, saya memerlukan cincin kesihatan) dan keledar pendominasi (akan dinaiktaraf ke Syaitan"ic setelah saya mendapatkan Messerschmidt Reaver-tiada dalam bahasa pula- ) dan juga but kelajuan (yang akan dinaiktaraf menjadi but melancong). Dipendekkan cerita, barang terakhir aku adalah but melancong, Syaitan'ic', Hati Tarrasque, Rama-rama, Buriza Kyanon, dan penggempur cuirass. Mungkin pada rakan-rakan DOTA ku gabungan ini tidak masuk akal tapi tidak mengapa kerana inilah strategi saya dalam mengeksperimentasikan Si Kapak.
Dalam permainan tersebut saya telah membunuh pahlawan pihak lawan sebanyak 53 kali dan mati sebanyak 3 kali. Pada saya, itu adalah pencapaian yang agak baik ditambah dengan strategi saya iaitu cuba membocorkan kubu pihak lawan pada 10 minit pertama. Saya berjaya melakukan rasanya pada minit ke 7 di mana saya berjaya juga menolak lawan saya di lorong atas sepantas mungkin. Pada kebiasaannya, apabila saya menggunakan Si Kapak ini, begitu mudahlah kerja membunuh ini di mana seawal minit pertama saya berjaya membunuh Si Pemburu Kurnia. Setelah berjaya memecah kubu lawan yang di atas, maka mudahlah kerja-kerja saya dan setelah but melancong berjaya disiapkan kerja untuk menolak askar-askar ke hadapan begitu mudah dilakukan.
Saat yang paling seronok ketika bermain itu apabila saya diserang hendap oleh Tukang Sembelih, Tuan Raksasa dan Pembunuh Senyap. Pada masa itu dengan mengeletar kaki saya berjaya membunuh ketiga-tiganya sekaligus dengan adanya Syaitan'ic' dan juga kuasa terakhir dan kuasa penarik musuh. Kematian Si Kapak seperti biasa juga melalui serang hendap seperti itu dan pada ketika itu mungkin barang terbaik saya belum lagi berjaya diperolehi.
Permainan ini berjaya ditamatkan dalam masa 44 minit dengan ada unsur melengah-lengahkan perlawanan dari saya. Niat asalnya ingin sekali menambah jumlah pembunuhan tetapi askar-askar saya begitu rakus untuk memusnahkan Manara Berais pihak lawan. Apa pun, perlawanan malam ini bolehlah dianggap sebagai perlawanan mudah.
Kesimpulannya di sini, wahai rakan-rakan adakah saya berkesempatan untuk bermain buat kali trakhir bersama anda semua sebelum saya meningalkan Makmur untuk tahun ini:P
RedBloodCell
2 comments:
kalau dengan aku, harapanlah. tahun depan, mungkin. sekarang, sik tauk.
hahaha, begitulah nampaknya. mungkin tahun depan? harapan gak r nak men tahun depan.
Post a Comment