Apabila berbincang tentang AUKU, kebiasaannya pelajar-pelajar bumiputera akan mula bising dengan akta tersbut. Memang tidak dapat dinafikan lagi pelajar bumiputera ini lebih-lebih lagi amat sensitif apabila AUKU ini diguna pakai untuk menyekat aktiviti politik mereka ketika berada di Universiti.
Sebagai seorang pelajar, saya berpendapat kita tidak perlu untuk meminda AUKU ini memandangkan akta ini pada dasarnya ingin pelajar-pelajar untuk lebih menumpukan perhatian mereka dengan pelajaran mereka daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti politik ini. Pada saya memang tidak salah jika kita mengikuti perkembangan politik semasa, tetapi akta ini hanya adalah untuk memastikan mereka ini tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang kadang-kadang memang tidak memberi manfaat kepada mereka. Contohnya, aktiviti berdemonstrasi dan juga perhimpunan haram. Jika diikutkan, akta ini meliputi apa-apa aktiviti yang berunsur politik maka dengan ini ia termasuklah aktiviti politik dari pihak pemerintah. Maka, kenapakah mereka membantah akta ini. Kebiasaannya, mereka yang membantah adalah mereka-mereka yang menyokong pihak pembangkang yang pada saya bagaikan takut penggunaan akta ini untuk merencat golongan-golongan ini untuk berpolitik.
Bunyi kenyataan saya di sini mungkin dianggap sebagai pro kerajaan, tetapi untuk pengetahuan pembaca, saya hanyalah memikirkan baik buruk perkara ini berdasarkan apa yang saya faham. Oleh itu, jika ada sebarang pendapat, marilah kita kongsikan bersama. Saya ingin sekali melihat sesiapa yang mungkin bercanggah pendapat dengan saya bagi melihat bagaimana pihak yang bertentangan pendapat dengan saya memikirkan isu ini.
RedBloodCell
0 comments:
Post a Comment