Di Malaysia terdapat satu trend yang agak unik berbanding dengan negara-negara lain. Menjelang tiba sesuatu perayaan, seseorang itu bagaikan "WAJIB" untuk kembali ke kampung halaman yang tercinta. Hal ini sebenarnya jarang sekali berlaku di negara-negara lain dan itu pastinya menimbulkan keunikan kita sebagai rakyat Malaysia. Apabila tiba sahaja musim perayaan, mulalah sibuk dengan bas tambahan untuk ke setiap negeri di mana itu pun masih tidak mencukupi untuk mereka-mereka kembali untuk mengunjungi keluarga yang dicintai. Memang sudah menjadi satu lumrah, lebih-lebih lagi pada rakyat Malaysia yang beragama islam akan mengambil peluang di hari raya itu untuk bermaaf-maafan sesama mereka. Persoalan di sini yang tidak akan saya jawab adalah adakah hanya hari raya kita ingin bermaafan bersama keluarga?
Sekarang saya menulis blog ini bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang akan kunjung tiba 2 hari sahaja lagi. Banyak persoalan yang pada hemat saya ingin saya timbulkan di sini. Pertamanya, kenapakah kita rakyat Malaysia menyambut Aidiladha ala kadar sedangkan untuk Aidilfitri, hmm, bagai nak rak... Alhamdulillah, trend menyambut Aidiladha secara besar-besaran dilakukan di negeri Kelantan dan Terengganu (fakta ini rasanya umum sudah mengetahui). Apapun di sini, saya amat berharap Aidiladha diberi layanan yang sama adilnya seperti kita menyambut Aidilfitri. Walaupun pada asasnya, ramai golongan cerdik pandai akan mengatakan kita hendaklah menghayati Aidiladha melebihi Aidilfitri.
Persoalan yang kedua, mungkin bukanlah persoalan yang sebenar, tapi ini lebih kepada mengimbas kembali sejarah bermulanya Hari Raya Aidiladha ini. Aidiladha, juga dikenali dengan nama raya haji dan juga raya qurban. Kenapa raya haji? ini kerana pada bulan ini, umat islam seluruh dunia berkumpul di Makkah untuk menunaikan haji mereka pada 10 zulhijjah. Di sini, mari kita sama-sama berdoa supaya umat islam yang menunaikan haji pada tahun ini mendapat haji mabrur..amin... ok, kenapa raya qurban? mudah, sebab hari itu ramailah lembu2, kambing2, unta2 bersedia untuk dijatuhkan beramai2 di kala lembu kaki pendek (Bxbx) bergumbira melihat ramai rakan kaki empatnya dipotong. Apapun, di sini signifikasi qurban ini sungguh indah....
Bagaimanakah keindahannya? saya tidak ingin untuk menceritakannya kerana.... kita pasti akan mendengarnya pada khutbah aidiladha nanti. Pastinya kita akan mengimbas kembali kisah Nabi Ibrahim dan Ismail di mana perintah Allah adalah yang paling penting sekali dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa decision yang Dia tetapkan.
Rasanya cukuplah sekadar di sini. Akhir kata, selamat hari raya aidiladha saya ucapkan kepada keluarga saya: Mak, Bapak, Ppin, BB, CT, Niza, Rol & Hariz. Pak Nek, Mak Nek, PakCik n MakCik.... tidak lupa juga kepada rakan-rakan Makmurku: Husni, Nabil, Rashid, Wandai, Andoc dan Sham juga extra Makmur: Adib, Fik dan Bob... minta maaf kalau aku tersalah kata or perbuatan. Kepada rakan batch Monash: DJ,Intan, Jeli dan Masitah... walaupun korang x baca blogku, ak mintak maaf gak n bsama2 kita tempuhi hidup di Monash ini:P... dan last but not least, to my keluarga angkat (auntie Rusila n family + Pakcik M), dan seluruh umat islam di dunia, slamat menyambut aidiladha:)
RedBloodCell
1 comments:
hari raya haji n hari raya mane same so layanan pun x sama...pe pe pun, slmt bhari raya
Post a Comment