BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 10, 2008

Patriotisme

hari ini aku ingin sekali menyentuh pasal sikat patriotisme di dalam diri kita. Aku tiba-tiba sahaja terfikir untuk menghantar tentang tajuk ini apabila aku pergi ke Restoran Subaidah malam tadi dan di situ begitu ramai rakan-rakan perantauan kita warganegara Indonesia berkumpul di sana di hadapan dua biji televesyen yang disediakan oleh PakCik Subaidah. Hari itu tidak pula dia membuka Layar Skrin besarnya itu. Ok, apakah yang mereka sedang tonton? semestinya perlawanan bola sepak Piala Suzuki yang kini sedang dilangsungkan di Thailand. Ya, mereka apa yang ingin saya katakan memang betul-betul kipas susah mati pasukan mereka dan untuk merumitkan lagi pemikiran aku, negara mereka tengah ketinggalan 2-0. Sebelum aku menyedari mereka ketinggalan, di dalam mindaku "owh, pasti mereka tengah mendahului kerana restoran masih penuh" dan masa aku ingin membayar makanan ku baru aku melihat TV itu. Owh, mereka masih menaruh harapan negara mereka membuat keajaiban. Begitu patriotiknya mereka.


KITA? rakyat Malaysia? apa yang kita lakukan? Pasukan kebangsaan kita? bagaimana? perlawanan terakhir kita baru-baru ini kita tewas 3-2. hmm, ya walaupun segelintir yang mungkin tahu itu adalah kesilapan penjaga gawang Malaysia, Eliza kerana tidak berada pada posisi yang sepatutnya. Konklusi mudah faktor kekalahan Malaysia begitu senang sekali dibuat, semuanya salah si penjaga gol itu. Tetapi persoalan yang ingin sekali saya bawa, di manakah rakyat Malaysia yang menjadi tunjang untuk menyokong pasukan negara? ya, saya akui kita selalu sahaja tunduk pada negara-negara di sekitar kita ini, jauh lagi kalau kita menentang Brazil. Tetapi, saya akui di sini rakyat Malaysia sememangnya kurang patriotik di sini apabila hanya segelintir sahaja yang meratapi kekalahan pasukan kita sedangkan yang lain, "eh, Malaysia kalah lagi ke?", "Eh, pertandingan apa itu?", "Eh, silap Eliza Elias? sape soh gne die, naper tak guna Khairul Azman?", dan apa-apa sahaja. OK, berbalik pada bagaimana saya melihat pakcik dan abang indonesia itu, sesungguhnya saya respect dengan mereka. Memang mungkin ada yang memberi alasan itu hanya bola sepak semata-mata, tetapi beranikah anda katakan anda betul-betul patriotik?


Fikir-fikirkanlah..

RedBloodCell

0 comments: